Jumaat, 31 Januari 2014

Review : Kate by Kanebo - High Quality Cosmetic

Saya suka mekap tapi tak suka pakai mekap yang tebal. :-bTapi ada satu brand yang betul-betul saya minat, dengan harga yang berpatutan iaitu Kate by Kanebo. Made in Japan. Secara keseluruhannya saya memilih produk Japan kerana kualiti sentiasa dijaga. Even barangan dari kedai Daiso (kedai barangan Jepun dan semunya berharga RM5) juga begitu bagus.

Untuk eyeshadow Kate boleh dibeli dengan harga RM59.80, blusher Kate RM32+, compact powder RM66 plus case RM27. Eyeliner Kate berharga RM59. Foundation Kate RM59. Boleh dibeli di farmasi Guardians dan Watsons.

Jenama lain pun saya suka juga.Mascara Majolica Majorca (RM50+) adalah mascara terbaik saya pernah ada. Dan dari dulu hingga sekarang, favorite liquid eyeliner saya adalah Silky Girl (RM19.90).

P/S - Tak kira apa jenama mekap pun... yang penting sesuai dengan kulit kita ^^

Khamis, 30 Januari 2014

Hari-Hari Terakhir Bekerja Sebelum CNY

Hari ni kira busy juga walaupun excited nak bercuti esok. Tapi sebenarnya esok nak pergi office kejap. Hehehe.... dan seterusnya merayau-rayau pergi shopping complex. Rasa cam nak beli mekap :b Walaupun busy tapi tetap seronok buat kerja. Bila kerja tu siap... ringan rasa hati. Then buat next punya kerja lagi. Hihih...

Hari ni balik awal sedikit. Jam 6.00PM dah blah. Tanya Hafiz nak makan di mana. Yang penting bukan fastfood. Piu! Piu! Piu! Hehe. Masing-masing blur. Saya tanya Hafiz, Hafiz tanya saya balik. Nak makan apa ek? Tiba-tiba teringin nak makan di Prepeni Thai. Terus teringat masa belajar di Shah Alam dulu. Sana banyak gerai makanan Siam. Pernah termakan cili Thailand yang disangkakan sayur kailan!! Haiyoooo..... gila pedas.

Sedap juga makan di Prapeni Thai, Putatan. Kalau ikutkan tom yam bukan kegemaran saya tapi hari ni teringin hirup tom yam pula. Hahaha. :-b Apa la saya ni. Sekarang benda yang least favorite dah jadi favorite.
Okay set. Esok cuti. Yeah!

Rabu, 29 Januari 2014

Singapore Chicken Rice : All-Time Favorite

Siapa yang suka makan nasi ayam Hainan, nak servis cepat, kualiti makanan yang baik dan harga yang berpatutan.... sila datang ke Singapore Chicken Rice. Dari kecil sampai sekarang, this is one of my favorite restaurants. Biasa lepak with my brother makan sana konon macam mummy tiada masak di rumah tapi sebenarnya kami suka buang tabiat. Me and Hafiz juga suka datang momom nasi ayam di sana! Kami suka makan! :-D

Cawangan SCR kalau di Kota Kinabalu adalah di Api-Api Centre dan Karamunsing Shopping Complex. Kalau di Kuching Sarawak lagi banyak cawangan dan sentiasa dipenuhi pelanggan. My favorite minuman di sana adalah Kit Chai Ping tapi rasa dia lain sikit sebab jus limau yang mereka guna tu different. Wish cawangan di KK juga ada that menu someday.

Dulu-dulu punya ceta, rasa nasi ayam SCR di KK lain sikit. And I miss that original taste. I mean kuah kicap tu ada different taste. Untuk ayam steam... kuah kicap lebih hitam dan masin. For roasted.... manis. Sekarang punya semua sama. Bila makan... teringat saya SCR di Sarawak. But still yum yum dan menu pun bertambah dah. Boleh add on lain-lain jenis lagi.

Today is 29th January and when both of us pergi sana, dapat pula tag number 29. Yeah! Kebetulan saja but today we had a lot of fun and more santai la. Eventough non stop menghadap PC, turun naik office. Wawawawah!! Hafiz lagi kesian badan sakit-sakit + akhirnya berbekam juga. So I cannot pukul manja dengan dia la. Nanti tambah sakit. So to ensure cepat baik, I need to treat him well. Ngehehehe.... :-b

Oh ya. By the way, kami yang kuat makan ni telah pesan beberapa menu iaitu nasi ayam steam isi 2x, 1x roasted chicken isi tanpa nasi, baby kailan, taugeh, Teh Lemon Ais dan Nescafe Tarik Panas... total cost RM30. Plus fast service, aircond, comfortable environment and gov tax.... kira murah larrr!

Tips untuk cari parking di Api-Api Centre.... cari parking di basement saja. Tidak mahal. Just RM1+ ikut jam. Kalau nak pergi Centre Point tapi takut tak ada parking di sana, you also can park di basement Api-Api. Then just crossing pergi CP. Not too far. One minute only lorrr... to cross the road.

Another news today.... jalan raya menuju ke bandar sesak. Sebab nak dekat CNY dan orang tengah sibuk beli barang. Jalan di pasar pun kena tutup sebab buka pasar malam jual baju-baju bagai. Jadi agak sesak juga jalan di sana. Dan tadi Bandaran tak ada elektrik. KFC, Sugarbun, restoran Sri Melaka semua gelap. But ada juga area ada elektrik. So boleh save energy sekejap la. ^^ Hehe. But not good for business actually.

Actually 2nd of February I should join my boss to Sibu by road. But suddenly batal atas sebab tertentu. Arggghhh!!! I miss my chance to lawat Brunei and Miri. Cittt!! But my boss sebenarnya concern about me. 1st of February will be a big day for me. So that's why bos tak suruh join. Haiyo its okay. ;-)

That's all



Craving for Manis-Manis

Suka benda yang manis!!!!! 

Walaupun sebenarnya tak baik untuk kesihatan. :-( Tapi saya jarang makan manis tau! Aiyooo.... Cuma certain time tiba-tiba rasa nak makan baru saya makan. Kalau rasa tak boleh berfikir tu start dah mencari benda yang boleh dikunyah. (Ahhhh tipu! Ngehehehe)

Jom kongsi gambar makanan manis.. ;-b

Iced mocha (Hafiz punya. Saya tak minum coffee. Ada try minum tapi dihalang. Huh!). Sebelah kanan tu Lemon Pepsi. Marvelous! - OldTown White Coffee

Stok di office

Lepas makan manis terus high. Buka sunroof kereta di malam hari. Heeeyyoooooo!

Selasa, 28 Januari 2014

From Istanbul. Thank You!

Oohhh yeah. Dapat ole-ole dari staff yang pergi Istanbul. Seronoknya!! Cantik. Rupa macam karpet pula. Tapi sebenarnya benda ni tak besar. Ni adalah dompet. Muat masuk handphone kecil sahaja. Tapi memang cantik ^^ Seni kraftangan yang halus dan kemas.

Seronoknya staff saya ni pergi jalan-jalan di Istanbul. Teringin nak pergi luar negara juga. In Shaa Allah kalau ada rezeki tahun ni saya pergi :-) Bak kata my big boss, kumpul duit dan pergi ke negara yang dekat dulu. Then boleh pergi jauh sikit. ^^ Huhu.

Thank you!

Nampak macam karpet

Tapi sebenarnya dompet kecil sahaja ^^

Tips Menjaga Hati Teman Wanita

Bukan sahaja teman wanita malah isteri berhak mendapat layanan yang baik dari pasangannya. Hati wanita lembut dan sensitif. Bagaimana nak menjaga hati mereka? Semoga tips ini dapat membantu.

1. Jadi seorang yang prihatin. Jangan terus tak layan teman wanita anda jika anda bersama kawan-kawan. Kalau dia SMS atau call.... cuba untuk jawab. Perempuan suka jika lelaki yang mulakan langkah. Tak susah untuk SMS bertanya khabar, dah makan ke belum, atau hantarkan SMS good morning kepada dia.

2. Read her mind. Maksudnya tahu apa yang mereka perlukan. Contohnya kalau outstation, beli la ole-ole untuk pasangan. Tak kira mahal atau murah. Don't expect pasangan akan call minta belikan barang, no they wont! Sebaliknya mereka expect something from you. Jangan kedekut keluarkan duit.

3. Respect your partner. Jangan berkata mengenai perempuan lain dihadapan pasangan. Yalah. Kadang-kadang suka main-main kata perempuan tu sexy, suka perempuan rupa macam ni..... santai betul ek kata macam tu. Dan gurauan tu langsung tidak menyenangkan.

4. Jangan bezakan dia dengan keluargmu. Teman hidup means a part of your life. Buatkan dia rasa seperti dia juga penting sama macam anda perlukan keluarga anda.

5. Bersungguh-sungguh. If you love her, show her something yang boleh buatkan dia percaya yang anda betul-betul inginkan dia. Contohnya jaga penampilan, or else.... lakukan lebih dari apa yang dia lakukan kepad anda. Surprise kan dia, ajak dia keluar dinner, tengok wayang bersama atau spend more quality time dengan dia. Tunjukkan perasaan excited tu. Kalau dia ajak kuar, rasa happy la sikit. Jangan bagi alasan. Kalau betul-betul tak dapat kuar, then explain her.

6. Cinta tidak berbelah bagi. Jangan sebut apa-apa mengenai ex-girlfriend atau ciri-ciri yang melibatkan ex-gf. Hargai apa yang ada.

Sebenarnya ada banyak lagi cara lain yang boleh anda lakukan. Selamat mencuba.

Ahad, 26 Januari 2014

Spot the Cat - Atas Atap

Petang tadi adalah petang yang indah. Dah siap bungkus jambu, lepas tu ingat nak pergi tengok pokok buah belakang rumah. Tapi lain pula yang nampak. Si Owren, kucing saya ntah dari mana tiba-tiba berkeliaran di atas atap stor. Tu belum lagi. Mum kata kadang-kadang naik pergi atap rumah. Agak tinggi juga tu. Cari punya cari macamana kucing ni boleh naik, rupanya dia naik dari pagar. Lepas tu lompat pergi atap stor. Then lompat lagi pergi atap rumah. Lepas dia nampak saya, dia turun. Leh duduk main ngan miaw ni kejap. Bawa ceta ntah apa-apa... kalau orang tengok mesti nampak saya cakap sorang diri tapi sebenarnya saya bercakap ngan si Owren ni. Ni la kalau tak ada apa nak dibuat. Rasa tenang saja. 

Aiyah! Esok ada meeting. Since my colleague bercuti beberapa minggu, jadi tugas dah pass kat saya. Dan ia adalah kewangan..... -_- mehhh......



Cara Bungkus Jambu Air

Pokok jambu air di tepi rumah penuh ngan buah :-) Seronok juga ada aktiviti membungkus jambu ni.

Dulu ada seorang penjual pokok buah-buahan bagi tips bagaimana nak bungkus buah jambu. Jadi di sini saya kongsikan kepada anda pula.

Kalau nak bungkus, cari putik yang dah gugur bulu. Kalau tak gugur lagi, masih belum boleh bungkus. Nanti tak kembang pula. Lepas bungkus, bocorkan sikit di bawah plastik supaya air yang bertakung dapat mengalir dengan baik.

Kena betul-betul timing apabila membungkus jambu air. Kalau jambu tu dah kembang baru nak bungkus, peluang akan dapat jambu berulat atau buruk di dalam mungkin berlaku sebab serangga dah tebuk. Sebab tu putik yang dah gugur bulu paling sesuai kalau dibungkus kerana masa tu serangga tak kacau lagi. Nak pastikan jambu membesar dengan baik, boleh tengok jambu yang dibungkus tu dengan kerap. Kot ada air bertakung atau buah tak menjadi. Saiz pembungkus juga perlu dipilih dengan tepat untuk memberikan ruang kepada jambu membesar dengan baik.

Serangga perosak adalah masalah utama jambu menjadi rosak. Anda boleh menggunakan pelekat serangga perosak. Ada dijual di kedai dan supermarket. Harga dalam RM2. Bebas racun dan menggunakan bahan semulajadi.

Selamat mencuba ^^





Sabtu, 25 Januari 2014

Panas Dalam Kuali - Masak untuk Makan Malam

Yeaaahhh..... Hari ni masak lagi ^o^ Sebab hari ni adalah hari Sabtu.

Semangat berkobar-kobar untuk masak kerana dah beli bahan mentah di pasar. Jadi petang tu start turun ke dapur untuk sediakan bahan dan seterusnya.... masak!!

Just nak kongsi saja masakan saya pada hari ni. Ni adalah untuk makan malam.

Sambal cili kicap. Dicampurkan dengan bawang bombay, cili thailand, kicap manis, kicap masin dan limau kasturi

Sup sayur masin dicampur dengan ayam, tomato dan sedikit cendawan tiram

Ayam goreng kunyit bawang putih. (Walaupun kali ni tak berapa cantik)

Sayur Lembiding (sayur kampung) masak berkuah dengan paste udang kering. Nama saintifik bagi sayur ini ialah Stenoclaena palustris, sejenis tumbuhan paku pakis

Sesiapa nak resepi.... boleh minta ngan saya ^^

Pancake House, 1Borneo

Oleh kerana semua staff UMS sibuk dengan Karnival Sukan UMS ke-14.... dan saya pula tak join apa-apa, jadi hari ni saya hangout dengan mum ke 1Borneo. Hajat sebenar nak beli barang-barang untuk majlis tapi singgah sekejap berjalan-jalan.

Kali ni saya bawa mum makan di Pancake House. Restoran ini terkenal ngan pancake yang pelbagai perisa. Dan juga masakan Filipina. (Asal-usul Pancake House adalah daripada Filipina). Sebenarnya saya nak makan Daing Na Bangus (Milkfish Marinated in Vinegar and Garlic) tapi sayangnya menu tu not available la pula. Jadi saya tukar ke Beef Tapa. Harga RM15.90. Sedap juga daging tu, rasa cam daging kicap tapi dagingnya manis dan lembut. Sebenarnya ia adalah daging yang yang diperap dengan garam dan rempah. Nasi pula adalah nasi halia. Dan acar tu adalah campuran mangga, tomato dan bawang dalam cuka. Mum pula makan spaghetti dan mum juga kata sedap!

Sesiapa nak makan di Pancake House, boleh datang ke 1Borneo dan berada di tingkat paling bawah, berhadapan dengan Restoran Homes dan booth Hot & Roll. ^^

Beef Tapa

Sejuknya!!

Sekarang bukan sahaja kat Kundasang, di rumah saya.... di office etc pun sejuk! Baru-baru ni Kota Kinabalu asyik hujan. Tu yang sejuk betul. Mana lagi fenomena cuaca sejuk akibat tiupan angin Monsun Timur Laut yang membawa tiupan angin sejuk dari China dan Siberia. Kalau dulu di rumah saya pasang kipas kuat sikit, sekarang tak pasang kipas dah nak tido. Tengok TV pun kesejukan di ruang tamu. Nasib baik ada stok selimut empuk. Jadi tengok TV sambil berselimut. Lepas tu dah kena pakai selipar kat dalam rumah sebab lantai sejuk. 

Urat hijau di kaki saya pun dah bertambah banyak. Aiyooo.... apa tidak, di office lagi la sejuk macam dalam freezer. Kadang-kadang sampai rasa kesejukan tu menyengat di kulit. Jadi saya bawa stoking untuk perlindungan. Ni okay lagi. Saya tengok bos saya lagi advance. Dah pakai jaket tebal, lepas tu pakai kopiah lagi atas kepala untuk elak sejuk. Beliau kata pas ni nak bawa topi bulu yang macam orang Russia selalu pakai tu. Oleh kerana control aircond adalah centralized, jadi susah sikit nak adjust. Kalau tolak ke kiri.... nanti lama-lama jadi panas. Kalau tolak ke kanan.... terlalu sejuk. Kalau bagi kat tengah-tengah, tetap sejuk! Lagipun seram nak pergi ke belakang office tu sebab ada 'wowow'.

Sebenarnya best juga makan aiskrim di waktu cuaca sejuk ni. Atau minum air yang sejuk. Yalah. Tak leh la tiap kali pun follow the rules. Hehe... ada sorang kawan saya memang terrer buat aiskrim. Kadang-kadang jealous juga tengok. Jadi lepas ni saya nak belajar buat aiskrim pula. ^^

Kami berdua makan aiskrim! Yeah

Khamis, 23 Januari 2014

Review : Hada Labo Super Hyaluronic Acid Lip Moisturizer

Oleh kerana saya adalah kipas susah mati Hada Labo, maka saya akan terus iklankan produk ni.

Kali ni nak promote lip moisturizer Hada Labo. Selain produk Sebamed, produk ni juga bagus untuk merawat bibir merekah mahupun melembapkan bibir anda. Tanpa bau dan warna. Sesetengah individu tak berapa gemarkan lip balm yang ada bau contohnya bau strawberry.... cherry... cocoa butter etc. Saya okay juga tapi lagi best kalau tak ada bau apa-apa. By the way saya dah try guna lipbalm Hada Labo dan setakat ni sesuai untuk saya. Harga RM19.90 dan boleh didapati di farmasi Watsons atau Guardians.

Yalah.... kadang-kadang ada lipbalm yang tak sesuai dengan kita. Kalau guna, bibir jadi merekah... kering atau bengkak. Tapi yang ni okay kepada saya. Lipbalm ni mengandungi SPF15 untuk melindungi bibir daripada sinaran UV. ^^

No color. Cuma warna natural bibir

Alamak? Really? Around the Corner?

Kira punya kira... aiyoh.... Cepat pula masa berlalu. Prap!!!

Tahun ni ramai pula yang akan melangsungkan perkahwinan. My BFFs akan berkahwin juga, my colleague pun juga.... my beloved sister pun sama juga. Jadi saya pun rasa happy. Eyyyaiii!! ^^ Tahniah in advance. Tak sabar nak tengok masing-masing pakai baju cantik... pelamin yang wonderful.... dapat gift yang cute.... dan dapat rasa masakan orang. Eheheh.... (Dalam hati excited!!)

Tahun lepas pun ramai dah yang kahwin. Rasanya dah tiba masanya umur lingkungan macam saya ni berkahwin kot. Sebab tengok dari pemerhatian pun, rata-rata yang kahwin ni umur sebaya saya. 20-an la.... Tapi siapa tahu.... jodoh itu rahsia Allah.... ^^ Siapa sangka kawan yang duduk disebelah kita dulu tiba-tiba nak kahwin dah tak lama lagi. 

Sampai sekarang saya masih ingat pesanan my boss. Bila dah berkahwin, itulah bermulanya sebuah perjalanan hidup kita. Dalam imiginasi saya macam ni:

Bujang - - - - - - | Kahwin -----------------------------------------------------> kehidupan seterusnya

Maksud tu amat mendalam. Dan pada tafsiran saya, disanalah bermulanya tanggungjawab kita sebagai husband and wife. Bagi saya, berkahwin bukan untuk enjoy tetapi mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat. Oleh itu, hargai pasangan kita sebaiknya. ^^

Okaylah.... berbalik kepada cerita. Macam mana saya nak hadir semua perkahwinan kawan-kawan saya ni. Sebab tarikh pun semua berdekatan tapi majlis di tempat yang berbeza. Jadi kena pilih mana satu nak hadir.... Harap-harap waktu yang terlibat tu adalah hari yang perfect (maksud dia tak ada komitmen lain. Hehe). 

Kalau seri bakal pengantin ni lain tau. Kadang-kadang kita dapat tengok wajah sentiasa ceria, bersemangat dan bersinar-sinar. Aura dalaman positif kot. Tak semestinya dekat-dekat nak kahwin baru kita dapat tengok, berbulan lagi sebelum kahwin pun dah terpancar kat muka. Happy la kalau tengok kawan-kawan dah nak kahwin.  

Rabu, 22 Januari 2014

Papparich Malaysian Delights - I Love the Nasi Lemak

Saya adalah peminat Nasi Lemak! Walaupun kadang-kala saya tak dapat menikmatinya kerana boleh berlaku sakit perut akibat sambal.... Jadi kalau sambal tu pedas memang saya akan asingkan sambal dengan yang lain. Sedih....

By the way, bagi peminat nasi lemak boleh try makan kat Papparich. Sebab kat sana ada bermacam pilihan yang membuatkan kita telan air liur. Papparich terkenal dengan nasi lemak dan anda kena cuba juga sebab memang best! 

Nak tau lebih lanjut mengenai Papparich Malaysia, klik link iniSelain itu, cawangan Papparich boleh didapati di Australia juga. Nak tau lebih lanjut, jom klik ini. Atau untuk Papparich Singapore, boleh klik kat sini.

Cawangan kat Kota Kinabalu ni yang saya tau adalah kat CityMall dan kedai bersebelahan Karamunsing (yang ada banyak tempat makan tu). Ada pelbagai lagi menu lain, serta environment juga begitu selesa dan nampak klasik. 

Jom try di Papparich!


 Lemon Tea Ice - RM4.80
Nasi lemak with fried chicken. RM16.90. Nampak kecil dalam gambar tapi sebenarnya besar

Mi Goreng Segera dalam Cawan Jenama Mamee : User Friendly

Sekarang mi goreng segera pun dah ada dalam cup. Rasanya enak dan sama sahaja seperti mi goreng segera dalam bungkusan biasa tu. Harga boleh dapat dalam  RM1.70 dan dijual di supermarket dan stesen minyak. Hari tu kebetulan pergi isi minyak kat Shell King Fisher. Jadi masuk dalam kedai tu untuk membeli snek. Kan best dapat mengunyah sambil buat kerja. Terus nampak mi goreng Mamee. Jadi pergi beli terus la. 

Ni antara produk yang user friendly. Sebab kenapa? Sebab kalau nak tapis air selepas mi kembang, tak perlu lagi tahan guna garfu (ada kes dengan mi sekali keluar pernah berlaku!). Hanya tutupkan sahaja guna penutup khas (ada lubang-lubang kecil untuk keluarkan air). Sangat mudah. Bukan saja mudah... malah rasanya juga enak. Kalau malas nak turun beli makanan, makanlah mi segera. ^^ (Jangan makan terlalu banyak. Jaga kesihatan juga)..

Untuk lebih lanjut, sila tengok gambar-gambar di bawah.

Penutup khas untuk keluarkan air




Selasa, 21 Januari 2014

Jejak Kaki ------> Makan, Makan, Makan

Ingatkan berat badan dah naik tapi kenapa semua orang kat Sekolah Perubatan kata saya kurus berbanding dulu. Adakah dulu muka saya begitu chubby?? Ohhh tidak.... Inilah yang terjadi kepada diri saya. Kalau saya tak senyum, muka saya biasa. Kalau saya senyum atau ketawa, muka nampak bulat.

Rindu pula berjumpa dengan bebudak Razit dan Zira. Dulu jumpa di Tawau siap lepak makan mi goreng best (plus tauhu), minum Teh O Ais. Lain kali kalau ke Tawau nak pergi makan lagi kat sana. Hrmmmm.... cam best pula la mi goreng tu. Aiseh!!! Dah try masak cam gitu tapi tak jadi. -_- Lagipun harga juga berpatutan. Jadi no wonder la ramai orang kat sana.

In Shaa Allah tahun ni kalau saya ada rezeki saya berpeluang ke Pulau Pinang. Hooorayyy! Sebelum ni dah jejakkan kaki ke seluruh Malaysia kecuali Penang, Perlis dan Perak. Hajat nak around satu Malaysia tak kesampaian, maka akan disampaikan dalam tahun ni juga, In Shaa Allah. ^^ Teringin nak tengok tempat yang fullview pasal makanan (dah bayangkan makanan yang banyak depan mata). Yeahh.... Pasembur, laksa Penang etc...!!!

Oh ya. My BFF akan melangsungkan perkahwinan dalam beberapa bulan lagi. Rasa macam nak pergi tapi kena tengok keadaan juga sebab tempat adalah di Johor. (Kena tengok tiket murah) Kalau tak sempat pergi yang ni, boleh pergi majlis resepsi kat Ranau. Lagipun tak juga berapa jauh sangat, jadi rasanya okay kot. Nak tengok my bff pakai baju Dusun. Ngehehehe...... 

Sekarang ni teringat pula nak makan Mi Kolok di Sarawak. Tak pasti Kon Lou mee yang terkenal kat Sabah adalah sama ngan Mi Kolok. But the taste is so yummy dan my sister pernah kata dia makan sampai dua mangkuk sebab sedap punya pasal. Tiga tahun saya berada di Sarawak dan mi kolok adalah antara makanan paling best kat sana. Banyak kenangan saya masa kat Sarawak dulu. Adeiii.... Ingat lagi van kat sana ada iklan bateri Eveready. Jadi ada bateri besar (bateri palsu la) diletakkan atas atap van tu. Cam lucu pun ada. Nak cari balik gambar tu dalam laptop.

Dulu pernah juga pergi Kelantan dan Terengganu. Sayangnya nak upload gambar pun segan sebab masa tu tak pakai tudung lagi. Jadi saya tak jadi upload.... Makanan kat sana sedap juga. Paling saya ingat kat Terengganu keropok lekor dia tak macam di sini. Sana tebal dan lebih rasa ikan. Lagi yang best adalah ikan goreng tepung. Waaaaa.... memang yummy la! Masa kat Kelantan pula sempat ke Rantau Panjang (Sempadan Thailand - Malaysia) pergi membeli belah barangan dengan harga yang murah. Jadi.... masa tu ada juga yang tersilap kata saya ni orang Siam. 0_o oooh?

Kalau cerita ke luar negara pula tak banyak sangat. Pernah pergi beberapa tempat saja. In Shaa Allah kalau ada rezeki akan ke Australia. Dalam niat nak letak tahun depan. Tu pun tak pasti lagi. Sejak insiden tak jadi pergi Aussie pasal kejadian rusuhan dulu... terus dah malas nak pergi travel. Bayangkan esoknya nak bertolak dah... tiba-tiba my dad punya cuti kena mansuh sebab takut rusuhan berlaku di Sabah. Tak ingat la apa nama rusuhan tu tapi memang rusuhan la. Masa tu rasa holly..... Arrgghh!!! Kalau tak saya dah jalan ke Goldcoast, Melbourne, Brisbane dan Sydney. Akhirnya duit Dollar tu saya tukar balik kepada duit Malaysia dan saya begitu geram... saya habiskan kesemuanya. Total dalam RM1k dibelanjakan. 

Kalau tengok my colleague jalan ke Aussie, New Zealand, Thailand, Finland, Macau bagai.... saya tak kisah sangat. Sebab kalau ke oversea ni penat wooo... Terutama kalau pasal kerja.... Aiyooo.... kepenatan berganda. Kalau hajat nak pergi berjalan-jalan, sediakan duit yang mencukupi. Jadi kesimpulannya nak travel ke luar negara.... simpan duit, rajin google di mana tempat menarik... sesuai... ada makanan halal, pastikan dalam keadaan sihat dan ready for plan B sekiranya berlaku apa-apa masalah.  

Okay la. Hafiz dah sampai. Nanti ceta lagi. Bye!

Isnin, 20 Januari 2014

Sumber Ayu Lulur Mandi - Untuk Kulit Lebih Lembut

Antara cara untuk menjadikan kulit lebih mulus, gebu dan terasa halus adalah dengan menggunakan lulur mandi. Favorite brand saya setakat ini adalah Sumber Ayu. Boleh didapati di kedai-kedai menjual produk penjagaan diri wanita. Dan untuk harga yang lebih murah, boleh cari di Parkson 1Borneo dan Signature Karamunsing. Boleh dapat dengan harga RM4.50+ sahaja.

Biasanya saya akan menggunakan lulur mandi sekali seminggu. Produk ini digunakan untuk membuang kulit mati dan menjadikan kulit lebih halus (traditional body scrub). Cara menggunakannya senang sahaja. Semasa mandi, gosokkan lulur mandi di seluruh badan dan biarkan selama 10 - 15 minit, kemudian jiruskan air seperti biasa. Tak perlu guna sabun masa tu pun tak apa kerana lulur mandi cukup untuk membersihkan badan. Kulit juga akan menjadi begitu wangi!

Ada banyak lagi brand lain dengan harga yang berbeza. Pilih mana satu ikut citarasa anda. Tapi saya tetap akan memilih Sumber Ayu.

Selamat mencuba ^^

All Time Favorite - Biskut Warna Warni

Saya pun tak tau apa nama biskut ni yang sebenar. Ada yang kata Biskut Gula, Biskut Icing, Biskut Aiskrim, Biskut Warna Warni etc... tapi saya amik satu nama saja la.

Kebetulan tadi tengahari pergi makan di Sri Keningau. Makan nasi campur + sup ayam memang marvellous. Sekarang selera makan dah okay balik jadi kuat makan la.... Eheheh.... tak capai KPI nampaknya. Tapi dah janji nak aktif balik jogging. Uhuuuu please.....!! Semoga janji ini bukan sekadar janji. >.< Semangat! Jia you jia you!

Okay. Lepas tu singgah satu antara kedai terlama di Putatan. Kedai Kim Teck Fung. Pergi beli makanan kucing tapi terus membeli sakan. Beli biskut inti jem nenas yang yummy dan biskut warna warni.

Biskut ni dari zaman mummy saya kecil dulu dah ada. Sampai la sekarang..... market tak turun. Heheh.. biasanya ditimbang la. Di Gaya Street juga ada jual benda alah ni. Tapi kenapa saya suka biskut ni? Sebab biskut ni sedap, mudah dimakan, comel dan manis. Mesti saya suka la. Ngeeee..... kalau dulu jual murah saja. Sekarang dah mahal. Saya beli satu plastik kecil pun dah RM2. Makan sambil tengok TV memang best nih. Kalau dulu lagi banyak warna yang available. Ada warna jingga dan purple juga ^^

Ahad, 19 Januari 2014

Bersuka Ria dan Rehatkan Minda - Part 2

Selepas melawat Desa Cattle.... then pergi ke War Memorial pula. Nora dan Sufri saja yang masuk, kami berdua pula sibuk membeli sayuran. Mum pesan kalau dapat nanas murah kat Kundasang, nak minta kirim sebab kat KK jual mahal sekarang. RM4 sekilo. Kat Kundasang murah sikit saja, RM3 sekilo. Tapi pergi beli juga sebab my mum nak. Selain tu beli sayur asparagus (RM10 - RM15 seikat), cendawan tiram (RM10 sebungkus besar), kubis manis... sayur bawang... baby kailan etc (boleh pilih 3 bungkus sayur berlainan dengan harga RM10. Sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan harga di KK jauh lebih murah tapi saja nak beli kat Kundasang.... LaLaLa...

Dah tu singgah makan kat kedai famos kat sana sebab ada sayap ayam panggang paling best. Sebelum pulang ke KK, singgah dulu kat Kinabalu Park. Keadaan agak berkabus masa tu sebab hujan turun. Lagipun dah lewat. Lepas tu baru pulang.... singgah ke pekan Tamparuli sekejap nak bagi tunjuk Sufri jambatan paling terkenal tu. Tapi sayangnya Jambatan Tamparuli yang original dah tak ada dan kena tukar jambatan baru. Kedudukan juga dah berubah. Last sekali singgah kat pekan Tuaran dan selamat sampai ke Kota Kinabalu. ^^

Soto ayam dan sayap ayam panggang (Yang ada cucuk lidi tu bukan saya punya.. hehe)

Jalan berkabus + hujan
Map ke Gunung Kinabalu
Kalau nak mulakan pendakian... kena start dari sini
 Galeri pameran di Kinabalu National Park

Bersuka Ria dan Rehatkan Minda - Part 1

Lepas makan seafood kat Kampung Nelayan, esoknya pula pergi jalan ke tempat menarik sekitar Sabah. 

Mula-mula sekali ke Rumah Terbalik di Tuaran. Tapi saya dan Hafiz tak join. Kami duduk lepak kat Mango Garden (restoran sebelah Rumah Terbalik). Untuk makluman, restoran ini adalah pilihan Jalan-Jalan Cari Makan TV3! Saya makan nasi lemak (harga RM15.50), Hafiz makan mee Tuaran (RM12). Sambil tunggu Nora dan Sufri, kami berdua story-story sakan dulu.

Tak lama lepas tu, straight to the point pergi Kundasang. Cuaca pun okay....kadang-kadang hujan renyai, then cerah balik. Mendung la. Cuma sayang tak dapat tengok Mt. Kinabalu sebab dilitupi kabus. 

Tempat yang mula-mula dilawati di Kundasang adalah Desa Cattle. Admission fee RM4 untuk dewasa, kanak-kanak RM3. Ramai juga orang dan kebanyakannya adalah pelancong dari Semenanjung. Sampai kat sana, dalam fikiran saya nak beli fresh milk dan makan aiskrim. Eyahhh!! Berjaya juga. Saya makan aiskrim coklat, Hafiz makan aiskrim vanilla + coklat. Harga RM5 secawan. Susu segar pula RM5.30 sekotak tapi perisa coklat cepat betul habis :-( Huuuu......

Sempat singgah tengok kambing dan anak lembu. Pelancong boleh bagi makan kat kambing-kambing di sana. Satu ikat rumput RM1 dan nak bagi minum susu RM1.50 sebotol. (Rindu suasana tu sebab dulu kat kampung ada pelihara kambing). ^^

 Aiskrim

 Suka bunga lili!


 Bagi makan rumput dengan kambing-kambing di sana. Seronok!

 Ohhh yeahhh! Style gini tak nak ikut?

 Beautiful view

 Relax in the car

Borong!