Jumaat, 27 Disember 2013

Thank You :-)

Kalau di hujung bulan Disember ni... semua orang masih mood cuti. Tapi kat tingkat 5 dan 6 ni nampaknya ramai yang kelam kabut. Sebab tahun depan banyak dah program nak dibuat. Tak menjadi masalah. Saya akan tetap update blog saya kalau ada idea. ^^

Hari ni hari Jumaat, ingat nak balik awal. In Shaa Allah dapat siapkan kerja-kerja yang perlu lekas. Tadi Hafiz kata dia nak bagi makanan dengan saya. Saya ingat dia bagi tapau. Hehehe... Maklumlah kalau hari Jumaat saya jarang keluar masa rehat. Suka duduk dalam office saja. Kadang-kadang nak makan pun malas. Tapi tadi Hafiz ajak keluar makan sekejap ngan Zahrin sebelum pergi solat Jumaat. 

Rupanya yang dia nak bagi ni benda alah macam dalam gambar tu. Sedap ni! Saya pun tak tau apa nama dia tapi dalam tu ada biskut marie yang dah lembut. Kalau makan sejuk-sejuk memang best. 

Thank you Hafiz.


Juga nak ucap thank you kepada Datuk VC sebab belikan cenderahati untuk kami bertiga kat dalam office. Kalau Datuk outstation mesti belikan hadiah untuk kami. Gitu juga Prof. Syukur alhamdulillah. Semoga Allah balas balik dengan kebaikan. Amin ya rabbal alamin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!