Ahad, 29 Disember 2013

Talking to the Moon?

Talking to the Moon by Bruno Mars, thumbs up for that song.

Nampak saja bulan terang..... ngam lagi langit masa tu tak ada awan, bintang bertaburan.... hati gembira amik teleskop dan kerusi, start dah sesi meneropong bulan. Ntah apa yang seronoknya tengok bulan lama-lama ni kan? Sebenarnya memang seronok pun.

Memang impian saya dari dulu nak beli teleskop. Dan akhirnya saya berjaya juga beli ^^ Walaupun teleskop model biasa dan harga pun tak mahal sangat.... tapi kualiti bagus. Boleh nampak kawah bulan dengan jelas. Waktu yang paling best teropong bulan ni adalah masa bulan penuh. Ensure kalau merenung tak lebih 30 saat. Stop kejap dan lepas tu baru leh tengok balik. Kenapa? Sebab bulan tak mengeluarkan cahaya. Cahaya terang tu adalah cahaya matahari yang dipantulkan bulan. Oleh kerana ia adalah cahaya matahari, maka tengok cahaya bulan sama macam kita tengok cahaya matahari.

Teleskop ni dah lama saya ada, cuma sampai sekarang masih eksperimen macam mana nak gunakan semua lens tu. Ada yang sampai boleh tengok planet Muystari dan Zuhal. (Tapi tak clear sangat. Cuma nampak figure dan warna). Agak susah juga nak adjust lorrr.

-
-
-


Cerita selingan....

Nak cari kedudukan planet senang saja. Sekarang dah ada application dalam smartphone yang boleh trace kedudukan planet (dan bintang). Kalau nak guna cara konvensional pun boleh. Bila tengok langit, cari cahaya bintang yang tak berkelip. Kalau nampak warna merah, itu adalah planet Marikh. Kalau bintang tu terang semacam, tu adalah planet Zuhrah atau disebut juga sebagai Kejora.

Merenung langit malam (sambil ditemani kucing-kucing yang suka duk lepak di halaman rumah) boleh tenangkan fikiran. Kadang-kala duduk kat luar sampai 2 jam hanya untuk menikmati keindahan ciptaan-Nya. Dah banyak buruj yang saya temui. Orion, Canis Major dan Canis Minor (anjing kepada Orion), Scorpio, buruj Biduk, buruj Pari, Andromeda dan lain-lain. Setiap buruj juga mempunyai cerita tersendiri. ^^ Menarik bila baca ceta lagenda ni.

-
-
-
-
-

Okaylah. Nanti sambung lagi. :-)

Teleskop saya ^^

Sempat lagi amik gambar guna hp dari teleskop (tak nampak bulat bukan sebab bulan tu tak bulan. Tu terlindung dengan teleskop. Susah nak amik gambar bulan tu centre. Kalau tergerak sikit, tak cantik



Ni amik pada tarikh lain

P/S - Kat Giant Putatan dah tak ada jual teleskop. Kalau nak beli teleskop boleh ke kedai Toys R Us di 1Borneo. Sana ada jual! ^^

4 ulasan:

  1. salam yna.. d mana bli tu teleskop? and brapa harga dia? mcm best plak klo mo tgk bintang2 kn.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.

      Ni teleskop lama suda ni saya beli. tahun 2012 lagi. D Giant Putatan jak saya beli. Hahah. Harga dia RM200. Yg jenama ntah apa2 jak nih. Xda suda jual tu. tapi ada satu kedai jual teleskop. Dekat Jeselton Point sebelah kedai Cool City. Nda tau sekarang ada ka lagi nda

      Padam
    2. waa untung oo dpt bli mura.. besa teleskop mahal kn.. oo kedai yg mcm jual2 gadget tu kan.. nnt la pg tgk2.. hehe.. tq ah.. :)

      Padam
    3. Iya tu la tu. D sana la tu. Bha. Hehehe ~ Your welcome

      Padam

Terima kasih!