Selasa, 24 Disember 2013

SimplySiti, Another Good Local Product

Kalau di Sabah, produk SimplySiti boleh didapati di farmasi Guardian dan Watson. Sebelum ni tak pernah guna produk ni tapi terasa macam nak try pula. Kebetulan hari tu nak cari gincu warna Fuchsia. Then suka pula tengok gincu Janji Kasih (ultra moist lipstick), harga RM35. Jadi saya beli la.  Siapakah pengasas produk ni? Diasaskan oleh Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi wanita tempatan. She is a very successful person, from zero to hero. 

Ada banyak lagi barangan lain yang dijual selain gincu seperti foundation, compact powder, eyeshadows dan paling menarik perhatian... body mist. Warna-warna meriah, haruman yang menawan dan botol sebegitu rupa membuatkan saya teringatkan body mist jenama Victoria's Secret... one of my favorite brand. Yeah! Lain kali memang nak beli yang tu pula.

Sedikit review mengenai gincu ni. Ada pelbagai lagi pilihan warna lain yang boleh didapati. Tekstur lembut. Sesuai digunakan untuk semua umur. Harga berpatutan, packaging menarik. 

Jom beli product SimplySity!  
  

Janji Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!