Ahad, 22 Disember 2013

Preparing Self for 2014

Oleh kerana tahun 2014 tak lama lagi menjelma.... jadi kena ada perubahan dari segi penampilan juga. Salah satunya adalah rambut style baharu! Yeah. Walaupun saya pakai tudung, tak salah nak buat style rambut yang berbeza. Sekarang kat dalam saloon la ni. Kebetulan mum tak ada, balik kampung. Jadi tak ada orang juga kat rumah. Mesti kali ni mum terkejut tengok rambut saya ni. Hahaha. Memang saja nak buat dia terkejut :b By the way.... sejak saya kerja ni, ada pula tumbuh uban. Muda-muda dah ada uban. Bukan saya saja tapi my colleagues pun macam tu. Lucu juga kami ni. Tiga sekaligus tumbuh uban. Tapi tak ada la banyak. Satu dua saja.... apa boleh buat. 

Okaylah. Selain rambut..... kiranya lepas ni nak rajin untuk buat rawatan muka juga. Yalah. Tahun 2014 sangat special buat saya. Jadi kena prepare awal-awal. Kena buat takwim juga nih.... hahaha. Muka saya ni masalah sikit. Makan seafood banyak pun tak leh. Tapi seafood la favorite food saya. Tak nak langgar pantang tapi sushi sangat oissshhhiii..... jadi nak tak nak, seafood memang masuk mulut. Lagipun kadang-kadang ada dinner. Boss suka buat kat Ocean Seafood Village. Sah-sah seafood!

In Shaa Allah kalau berjaya buat, cadang nak rajin buat senaman balik. Tapi kalau ajak Hafiz, dia suka jogging di Likas. Dia kata sana la tempat paling ideal. Tapi saya suka jogging kat Perdana Park sebab dekat ngan Tanjung Aru beach. Boleh beli air tebu. Hehehe.... Yalah. Saya ikut boss saja. Boss kata nak Likas, on sajalah. :b

Lepas tu nak beli beberapa tudung baharu juga. Saya ni memang macam ni. Kalau tudung tu la saya rasa selesa, saya suka pakai banyak kali. Peduli apa orang nak kata, yang penting saya happy. Mum pun dah balik-balik bising kata saya ni macam tak ada pakaian lain. Tapi saya dah kata... saya tak peduli. Haha. Tudung.... saya lebih suka pakai kain cotton atau yang tak perlu seterika sebab saya selalu outstation. Ada sorang kawan saya pakai tudung Pashmina, dia tak ada pasang apa-apa pin langsung. Style Turki. Lilit saja. Yalah. Senang sikit juga sebab kalau lepas solat tak perlu pasang balik banyak pin. Mana lagi kalau kerja sibuk, memang kelam kabut. Tak seronok kalau kena cucuk banyak pin. Nampak serabut.

Hehe.... saya ni pantang kalau tengah duduk tak buat apa.... mesti rasa nak update blog. Benda tu dah jadi rutin. Sekarang dah ada smartphone, lagi senang nak buat kerja.

-
-
-
-


Oh ya!! Lagi satu yang betul-betul saya nak.... nak beli I-Pad. (Lari tajuk kejap). Maklumlah.... apa-apa semua bergantung ngan handphone saya sekarang ni. Catat nota, rakam suara, sketching etc.... semua guna handphone yang sama. I-pad tu saya perlu sebab tugasan saya. Kalau kena mengiring bos perlu sentiasa ready. Dulu guna style konvensional. Jot down dalam buku catatan.... then baru taip balik. Sekarang boleh catat terus dalam I-pad.... then.... paapp!!!! Tekan butang send terus masuk pergi email bos. Kan lebih mudah? :-)

Okay. Tak boleh set KPI banyak sangat. Nanti tak tercapai, kurang markah. Hehe... Kat dalam retreat pun dah bincang semuanya. Phew! Seksyen kitaorang kali ni akan lebih tough sebab Aset dah masuk balik under kami. Waw wa waw..... mula-mula serabut juga. Tapi bila fikir balik, more responsibilities means pihak pengurusan percaya kat kita untuk melaksanakannya. Jadi In Shaa Allah saya akan buat yang terbaik kali ni. 2014. Please be good to us. ^^

Thank you!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!