Isnin, 2 Disember 2013

Percutian Singkat untuk Tenangkan Fikiran

Setelah beberapa lama tidak bercuti... maka saya pun berhasrat untuk apply cuti sehari. Konon nak tenangkan fikiran. Destinasi pilihan adalah Kundasang. Tinggal kat DreamWorld Resort, Kundasang. Harga bilik masa tengak peak season (musim cuti), RM255+ per night untuk Deluxe Room. Campur itu ini... total adalah RM295. Gov. servant dapat special rate... RM251 (rate ini tidak termasuk breakfast). 

That day adalah hari yang paling best sebab saya dapat rehat sepuas-puasnya, tidur sepuas-puasnya!! Cuaca sangat sejuk sehingga saya perlu pakai stoking + cardigan. Baring sambil tengok TV... lepas tu tengok keindahan alam semulajadi, fikiran rasa betul-betul tenang. 

Kalau terasa lapar.... boleh singgah ke pekan sebentar. Pilihan menarik setakat ini ialah sayap ayam panggang. Lepas tu tarpau, makan sambil tengok TV. Memang syok! Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang tak jauh sangat. Cuma lebih kurang 1 jam 30 minit.

Kalau rasa nak tenangkan fikiran, cari la tempat yang aman dan damai seperti di Kundasang. Tak perlu bawa kengkawan. Travel alone and tenangkan fikiran anda sepuas-puasnya. Hirup udara segar, fikirkan perasaan yang membuatkan anda happy, snap gambar banyak-banyak... and enjoy your day!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!