Selasa, 10 Disember 2013

Mencari Rumah Idaman...

Nak cari rumah idaman tidak senang seperti disangka. Banyak perkara perlu dipertimbangkan seperti lokasi, harga, layout rumah, siapa developer dan sebagainya. Faktor individu juga diambil kira. Contohnya bila saya kata saya nak beli rumah kat lokasi ni.... mum saya macam tak setuju pula sebab dia kata jauh dari rumah dia. Lagipun tempat tu tak ada sekolah untuk budak-budak. Contoh lain seperti..... Hafiz cadang nak beli kondominium tapi saya kata saya tak nak sebab tak ada tanah... tak boleh tanam bunga dan condo ni ada fee kena bayar tiap tahun (maintenance / service / facility). 

Salah satu kaedah mencari rumah ialah browse through internet. Website yang paling best setakat ini ialah Mudah.my dan iproperty.com. Banyak lagi website lain dan boleh search dalam Google. Kalau ada kawan-kawan kerja bank, boleh try tanya ada jual rumah lelong atau tak. Rumah lelong lagi best sebab harga yang ditawarkan murah dari pasaran. Nak cara lain.... boleh pusing-pusing tengok kot terjumpa signboard "house for sale" atau tapak pembinaan rumah baru. Boleh juga kalau tanya kat kawan-kawan manatau mereka tau mana ada jual rumah. Sentiasa alert dengan persekitaran sebab sekarang ni banyak lot rumah, apartment dan condo yang sedang dibina. Kalau anda ada tanah sendiri lagi untung. Boleh bina rumah atas tanah tu dan design mengikut citarasa sendiri.

Kalau dah jumpa beberapa rumah pilihan, jangan lupa untuk buat perbandingan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!