Selasa, 24 Disember 2013

Baskin Robbins di Kota Kinabalu

Bila rasa teringin nak makan aiskrim.... mesti akan terus cari aiskrim.

Antara favorite aiskrim saya ialah Baskin Robbins. Ni tak leh makan sorang-sorang. Tak seronok. Mesti bawa kawan. Okaylah. Kalau kat area Kota Kinabalu ni... cawangan Baskin Robbins boleh didapati di 1Borneo Hypermall dan Suria Sabah. Siapa yang mencipta Baskin Robbins ni? Burt Baskin dan Ivy Robbins pada tahun 1945 di Glendale, California. Kalau nak tau lebih banyak sejarah mengenai Baskin Robbins, sila klik link ini.

Ada pelbagai perisa seperti Mango Tango, Mint Chocolate Chip, Hokey Pokey etc. Tapi favorite saya setakat ni adalah Chocolate Overload (no sugar added) tapi memang gila-gila rasa coklat. Heheh... Kalau aiskrim atau kek coklat saya suka (coklat betul-betul coklat tak berapa... -_-)

Kalau macam gambar kat bawah ni, saya amik Junior 2 scoops, harga RM15. Walaupun namanya junior tetap susah juga nak habiskan. Boleh add on topping juga kalau nak seperti Dipping Choc, Maple Walnut etc. Selain ais-krim, Baskin Robbins juga menyediakan minuman dan kek yang sangat cute. Sesuai untuk sambutan ulang tahun, birthday dan holidays. ^^

Sesiapa yang tak familiar kedudukan Baskin Robbins kat 1 Borneo, terletak tak jauh dari pintu hadapan, berdepan dengan kedai Dunkin Donat atau Habib Jewels.


P/S - Ada satu lagi kedai ais-krim yang menjadi all time favorite saya, Caramel Almondo. Memang aiskrim less sugar dan sesuai kepada sesiapa yang tak gemar manis. Cawangan boleh didapati di 1Borneo Hypermall dan Centre Point Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!