Sabtu, 14 Disember 2013

Labuan With Amy - Part 2

Hehe.... untuk hari ke-2 di Labuan, lagi banyak aktiviti kami. Mula-mula bangun awal sebab nak pergi beli kuih-muih kat Lajau. Kena pergi awal sebab kuih cepat habis. Orang ramai beli atau borong terus. Jam 7 dah tinggal sikit kuaih-kuih tu. Selepas rambang mata membeli kuih, sempat lagi jalan kejap nak membeli ketam di area Layang-Layangan tapi ketam dah habis!!





Masa tu sempat juga pergi buat IC baharu, urus akaun aunty..... buat penama untuk KWSP dan pelbagai urusan lain. Senang urus sebab tak ramai orang. Pas tu terus menuju ke Muzium Marin di Kompleks Sukan Air Labuan. Tak ada bayaran masuk dan kita boleh tengok banyak ikan yang cantik kat sana. Jangan lupa isi buku kedatangan pelawat, manatau menang hamper!



Destinasi seterusnya adalah Taman Botanikal. Seriously ini adalah kali pertama saya ke sini. Sebab mum tak galakkan saya ke sini sebenarnya. Oleh kerana degil dan hari pun begitu cerah, jadi kami teruskan juga. Rupa-rupanya ada orang kata tempat ni tak berapa okay. Kalau dah lewat petang, better jangan pergi. Pada malam tertentu.... siapa yang ternampak tu.... ternampak la.... - - - - - - - hantu Jepun tanpa kepala.

Sebelum ke Taman Botanikal.... kami juga sempat ke War Memorial. Tempat ni bersih sangat. Thumbs up kepada pekerja yang membersihkan tempat ni. Walaupun masa tu panas, tapi tak peduli juga. Sebelum tu.... kami ada juga ke Muzium Chimney. Tapi ada area yang kena renovate, jadi tak dapat round semua.

Baru saja nak balik rumah dan berhajat nak ke pantai, tiba-tiba mum call dan mereka tak siap lagi mengurus segala urusan mereka. Jadi saya pun pusing la balik ke bandar sebab saya tak ada pegang kunci. Haha... tunggu punya tunggu... Amy pun jumpa keluarga dia kat sana. Jadi dia berjalan-jalan dulu bersama mereka, manakala saya.... apa lagi.... duduk di kerusi urut. Ntah berapa dah duit saya masukkan ke dalam mesin tu tapi yang penting, relax sambil tunggu orang tua tengah berurusan di kaunter. 

Hari ke-3 di Labuan tak ada apa la sangat. Pagi tu pergi tamu kejap sebab aunty nak beli anak pokok durian. Lepas tu pusing balik rumah, rehat sambil main miaw yang gemuk dan gebu. Tepat jam 11AM, gerak balik ke bandar dan pulangkan keta sewa.

Dengan tangan yang penuh dengan barang-barang (coklat dan souvenir lain)... semua tu tak ada masalah bagi kami. Redah masuk ke speedboat, perut lapar dan makan kejap kat kedai kopi favorite zaman berzaman di Menumbok. Then terus jalan balik ke Kota Kinabalu.

The End! ^^

1 ulasan:

Terima kasih!