Selasa, 10 Disember 2013

Kerepek dan Macaron... Colorful ^^

Tak ada la... Entry ni saja nak tunjuk gambar kerepek dan macaron.

Kerepek ni saya dapat dari kawan saya. Dia bawa dari Bandung. Tak ingat dah jenama dia tapi kerepek ni ada perisa. Yang warna biru tu perisa blueberry. Hijau perisa bayam. Purple perisa blackcurrant, pink perisa strawberry dan yang kuning tu original flavor. Best juga makan makanan yang colorful ni. Terus rasa happy semacam. Hehe...

Ha....!! Ni salah satu favorite saya. Macaron. Kalau kat overseas, makanan ni kira famos juga. Saya ada follow Instagram Alli Simpson, adik kepada Cody Simpson (penyanyi daripada Australia) dan dia ada upload beberapa gambar macaron. Teringin nak rasa tapi kalau sini tak tau dijual kat mana. Hari tu kebetulan jalan-jalan ngan Hafiz, jadi singgah kejap ke Fook Yuen, Kolombong. Konon nak pergi membeli roti. Tiba-tiba ternampak bendalah ni.... happynya! Ingatkan besar, rupanya punyalah comel. Harga sebiji adalah RM2.20. 

Yang pink perisa strawberry. Biru blueberry. Kuning perisa mangga, warna coklat tu perisa coklat hazelnut dan yang putih perisa laici. Rasa manis... lembut kat dalam. Kalau makan banyak sangat bikin kering tekak juga. Tapi kalau makan sikit... rasa nak lagi.. Hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!