Ahad, 15 Disember 2013

Kelebihan Bertudung

Syukur alhamdulillah.... akhirnya saya bertudung juga ^^ Masa mula-mula bertudung, ramai kawan-kawan juga yang tegur. Ada yang tanya kenapa tiba-tiba bertudung, tak kurang juga yang bagi support kepada saya. Terima kasih diucapkan.

Jujur dikatakan, niat bertudung dah lama tersimpan di dalam hati. Sejak saya dah nak grade belajar lagi. Lepas tu saya bagitau kat mum yang saya nak bertudung. Mum kata kalau dah bertudung, tak boleh on off. Kalau bertudung, kena teruskan bertudung. Masa tu betul-betul dah nak laksanakan niat. Kawan-kawan pun support kata lebih sopan kalau bertudung. Akhirnya, alhamdulillah niat saya terlaksana..... satu pengalaman indah buat saya.

Niat bertudung biar ikhlas. Bukan kerana boyfriend, bukan kerana nak berfesyen sakan. Tapi untuk mendapat keredhaan Illahi. Jom saya kongsikan kelebihan bertudung...

1. Penampilan lebih sopan dan anggun. Kalau bertudung, orang tengok pun sedap mata memandang. Biasanya orang tua suka pilih calon menantu yang bertudung. Jadi dah dapat markah lebih di sana. Pakaian sopan melambangkan keperibadian.

2. Lebih dihormati. Wanita yang bertudung lebih manis dan orang juga akan lebih menghormati mereka. Jika pakaian sopan, rambut ditutupi.... tak ada sesiapa yang berani nak kacau. Kejadian yang tak diingini juga dapat dielakkan jika wanita bertudung dan berpakaian menutup aurat.

3. Tak perlu fikir nak buat style rambut apa. Yalah..... kalau nak keluar rumah, kadang-kadang habis masa lama untuk buat style rambut. Kalau bertudung.... tak perlu amik masa lama untuk set. Hanya pasangkan anak tudung, then sarungkan tudung. Tak sampai 5 minit pun.

4. Hormati majlis keagamaan. Ya.... betul. Kalau tak pakai tudung, then tiba-tiba kena panggil ke majlis agama.... kelam kabut lagi nak cari tudung. Dah selesai majlis, rasa segan pula nak buka tudung sebab tadi semua kengkawan dah nampak kita bertudung. Jadi, untuk mengelakkan semua ini berlaku, kan lebih baik bertudung :-)

5. Tudung melambangkan agama. Niat bertudung perlu ikhlas dan bukan kerana terpaksa.... atau hajat nak impress orang lain... atau apa-apa lagi niat tak betul. Jika kita ikhlas, kita akan merasai keindahan Islam. Rambut itu mahkota wanita dan perlu dilindungi sebaiknya ^^

6. Mengajar keperibadian yang lebih sopan. Kalau dulu tak bertudung, mungkin kita seorang yang panas baran, mulut suka cakap sukahati. Tapi bila dah bertudung... secara automatiknya akan ajar kita untuk menjadi seorang wanita sejati, yang mempunyai keperibadian lembut, beperwatakan sopan dan tak suka cakap sembarang :-)

Ada banyak lagi kelebihan bertudung antaranya mendapat keredhaan Allah s.w.t, mengelakkan diri dari dosa, menjaga martabat wanita dan lain-lain. Jika orang bertanya kenapa kita masih tak nak bertudung.... jawablah dengan baik. Kerana soalan mereka itu tiada salahnya. Mungkin Allah ingin mengingatkan kita supaya kita tidak lalai dengan dunia ini.

Tetapkan niat yang betul. Bertudung itu indah... Assalamualaikum :-)

2 ulasan:

Terima kasih!