Jumaat, 6 Disember 2013

Karpet Mini Lembut

Hari tu jalan-jalan ngan abang saya pergi PC fair. Kebetulan saya nak beli pendrive. Sekarang dah murah. Pendrive 8GB pun baru RM16.

Lepas tu duduk minum kat Homes. Kebetulan kedai Kaison dekat saja. Jadi singgah membeli hadiah untuk kawan saya, pengantin baru.... Puan Emily. Hehe. Tiba-tiba nampak karpet mini yang comel dan macam best. Beli dengan harga RM19.90. Kira nak letak kat dalam bilik. Ada juga yang besar. Harga RM200. Ramai juga orang lain beli karpet ni. Tambah lagi sekarang dah nak dekat X-Mas. Masing-masing sibuk membeli belah.

Tapi bestlah karpet ni. Betul-betul lembut. Kalau kaki tengah penat, bila pijak karpet ni terus rasa relax. Ada lagi warna lain. Hari tu ada nampak warna purple juga. Kaison merupakan antara kedai kegemaran saya sebab banyak barangan yang cantik dengan harga berpatutan dijual seperti perhiasan rumah, stationary etc.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!