Jumaat, 27 Disember 2013

Cerita Zaman Belajar

Lepas ni akan lebih concentrate kepada kerja dan akan try at least buat satu inovasi.... harap-harap menjadi la. Hidup perlu sentiasa bersemangat. Kalau kita tak kuat semangat... apa pun tak jalan....

Pengalaman dalam hidup ini banyak memberi makna. Disitu la kita belajar mengetahui kelemahan diri kita, belajar untuk bersabar, bergaul dengan ramai orang, bersikap lebih terbuka etc. Saya akui, masih banyak saya perlu belajar dan perjalanan hidup saya masih jauh. 

I thank to my parents sebab kerana mereka... saya menjadi orang yang berguna. Since kindergarden sampai la Darjah Tiga, I remember my mum yang hantar saya ulang alik ke sekolah tak kira hujan atau panas. Sekolah tak jauh dari rumah... jadi jalan kaki saja dalam sepuluh minit dah sampai. Dulu masa budak-budak kuat main. Asal rehat mesti lepak kat bawah tangki sambil makan mi dalam plastik. Lepas tu angan-angan tangki tu jadi van. Masa tu manga Sailormoon tengah famos. Saya memang die hard fan. Akhir tahun tak ada dah belajar lagi. Jadi kelas pun riuh. Satu kelas join main restoran-restoran. Bawa duit Saidina tu jadi wang untuk bayar makanan. Pas tu siap ada pinggan mangkuk dan sudu yang diperbuat dari kertas lagi. Ada yang jadi customer.... ada yang jadi waiter. Haha. Best juga kalau ingat kenangan lama ni. ^^

Masuk sekolah menengah, saya amik kelas Bahasa Arab dari Tingkatan Satu sampai Tiga. Tapi geng kami ni nakal sikit. Selalu tak concentrate belajar. Hahaha. Lucu juga kalau ingat. sampai ustaz tu merajuk ngan kami. Hahaha. Masa tu rasa cam best juga sebab kelas lain amik tujuh atau lapan subjek PMR. Tapi kami amik sembilan subjek. Alhamdulillah result PMR pun bagus. Then masuk ke Tingkatan Empat dan Lima. Dah jadi senior. Nak kata saya minat belajar tak ada la juga. Cikgu bercakap di depan, kadang-kadang pandai khayal juga atau bercerita dengan kawan sebelah. Heheh... Tapi saya suka amik subjek banyak. Dulu masa SPM saya amik 11 subjek. Tambah satu Pendidikan Seni. Kelas seni memang tak pernah masuk, hanya buat hasil seni saja. Jadi masa jawab teori tu main hentam saja la. Syukur juga la dapat A :-b Kalau tak memang kena bantai oleh mum. Hahah Subjek paling tak disukai adalah Maths. Orang lain ulangkaji Maths.... saya duk melukis kartun. Deiiii.... tentu-tentu result Maths tak dapat A. Hahah XD

Lepas tu..... tiba-tiba saya dapat panggilan PLKN. Masa tu saya Batch 2 / Siri 2. Tak ada dah yang tinggal kat kampus selama sebulan tu. Tiga bulan terus dalam hutan. Sebenarnya saya tak berharap dapat masuk PLKN, tup tup nama keluar kat paper pula. Jadi kena masuk jugalah. Handphone pun kena simpan, tak leh pegang sendiri kecuali Sabtu dan Ahad.... -_- Best juga sebab dapat kenal ngan ramai kawan. Paling best tersama-sama pula ngan cousin saya. Mula-mula saya tak tau dia tu cousin saya sebab kalau balik kampung pun jarang melawat ke rumah dia. Mum ada bagitau cousin saya sekali masuk PLKN sama-sama kem ngan saya. Cari punya cari... rupanya satu kelas. Cis! Sebab budak ni fasih cakap cina, saya tak. Jadi saya sangka dia ni betul-betul cina la. Rupanya dia la cousin saya yang saya cari selama ni. Dia pun mencari juga sebab mum and dad dia cakap, kami sama-sama masuk PLKN. Yang jadi masalah... kami tak kenal antara satu sama lain. Yang boleh kenal, masa dia bagitau nama sebenar dan asal dia. Hahaha... gila betul.

Dah masuk PLKN.... beberapa bulan lepas tu masuk universiti pula. Amik Diploma selama tiga tahun. Dulu masa Diploma kat Kampus Kota Samarahan, Sarawak. Bole la klaka Sarawak. Program yang saya amik tu tak ada Matematik. Jadi memang syukur sangat. Hujung minggu boring..... kami keluar jalan ke Kuching. Naik van sapu, 30 minit dari Samarahan. Then tahun 2007, saya dah ada lesen memandu. Jadi upgrade sikit naik keta sewa. Hahaha... Roomate pun bertukar-tukar. Roomate yang saya masih keep in touch hingga kini.... dia kerja kat Semenanjung. Dulu belajar amik QS. Bagus budak tu. Nama dia Syuhadda. Ada lagi saya simpan video klip lama masa belajar dulu. Bila tengok memang rindu gila.

Dah nak habis Diploma, kena mohon pergi Ijazah Sarjana Muda pula. Mula-mula ingat nak amik MASCOM tapi memandangkan itu bukan major course, jadi kena sambung tiga tahun. Jadi saya decide untuk sambung major course saya. Tempat pengajian di Kampus Puncak Perdana, Shah Alam. Time tu Farid Kamil masih study sana. Pernah la nampak dia sekali saja. Lain-lain... makanan kat bawah fakulti tu saja saya nampak. Wahahaha! Masa Bachelor Degree tak ada semester satu dan dua. Terus lompat ke semester tiga sebab yang lain tu dah belajar masa Diploma dulu. Masa ni la saya kenal ngan bestie saya, Zetty. Dia sekarang dah amik PhD sebab dia ni genius. Tapi otak sama gila-gila. In Shaa Allah kalau ada rezeki saya akan amik Master. Dah bincang ngan my colleagues, Herman dan Syahrul. Mereka pun nak sambung juga. Hafiz pun tengah amik Master, jadi saya  pun on saja la. Hehe ^^ .... Berbalik kepada cerita masa Bachelor Degree... saya ada amik foreign language, Perancis. Lama dah tak praktis bahasa ni. Kalau dulu ingat lagi, kitaorang bercakap Perancis masa dalam LRT. Saja eksyen. Ahahaahah! Dah kata.... perangai bengong. Orang lain belajar, kami berdua blah pergi Shah Alam makan-makan.... Orang lain study hard, kami main game The Sims 2. Adoiyai.... Napa la malas betul ni belajar. Kat dalam kelas pun sama, mata pandang depan, otak melayang. Lepas tu sempat lagi selfie. Lucu la. Lastly... grade on time juga. Syukur.... alhamdulillah. Result pun allright.

Tu la sedikit sebanyak ceta saya masa saya belajar dulu. Kalau ikutkan, banyak lagi saya nak taip tapi memandangkan rehat dah habis... jadi saya kena sambung kerja saya dulu. Syukur la dari usaha saya belajar (la sangat), doa dan tawakkal, sokongan kawan-kawan dan family, juga tidak dilupakan cikgu dan pensyarah.... akhirnya saya kerja kat UMS. Perjalanan hidup masih jauh. Jika ada rezeki, tuntutlah ilmu pengetahuan kerana ilmu itu begitu luas. Sebarkan ilmu yang berguna kepada orang lain, jika ikhlas... pahala itu diberikan kepada kita. Itu janji Allah S.W.T.

Assalamualaikum...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!