Isnin, 9 Disember 2013

Cara Elak diganggu oleh Orang Yang Kita Kurang Berkenan

Kita jalan sorang diri, tiba-tiba ada suara siulan... pas tu panggil kita "Psssstt!. Boleh berkenalan?". Kita tak nak layan, tapi orang tu tetap juga kacau kita. Kadang-kadang sampai halang perjalanan kita.

Lepas tu dalam Facebook pula tiba-tiba ada yang private message kita. Kita tanya siapa, dia kata baru nak berkenalan. Bila kita tak layan, dia kata kita sombong. Kalau kita layan, dia melebih-lebih pula. Paling tak best.... dah kita tak layan, dia tetap PM kita juga.

Sama juga halnya kalau di telefon. Ntah dari mana datangnya number yang tak ada dalam contact number, tiba-tiba SMS kita kata nak berkenalan. Tak layan tu maknanya tak nak, tapi tetap juga memaksa supaya kita reply dia.

Jadi macam mana nak elak semua ni???

WikiHow antara satu website kegemaran saya. Dan disini ada beberapa cara untuk mendapatkan perhatian dengan cara yang betul. How to Get a Girl's Attention, Learn the Art of Seduction atau How to Flirt with a Pretty Girl.

Baiklah. Disini juga saya ada beberapa tips supaya kita blah dari gangguan orang yang kita kurang berkenan.
  1. Kalau dia panggil kita dengan cara yang tak nice.... cara terbaik adalah kita tak perlu layan, buat tak tau atau yang paling best, lebih baik kita main ngan handphone kita (call somebody, SMS kawan-kawan, main game, Facebooking etc). Dan seterusnya lebih baik kita blah dari tempat tersebut.
  2. Pakai cincin atau inai di jari. Sure tak kena kacau.
  3. Elakkan diri untuk berjalan seorang. Lebih baik ada teman.
  4. Pakai pakaian yang sopan, menutup aurat.... perhiasan jangan melebih sehingga menarik perhatian orang lain.
  5. Yang ganggu kita dalam laman social atau SMS pun kita boleh tolak dengan cara baik. Jangan tak layan terus atau pergi maki hamun pula. Kita bagitau kita busy atau kerap berikan alasan yang sama kepada dia. Kalau dia bijak, dia faham la tu.
  6. Bagitau dia yang kita dah ada boyfriend, tunang atau suami. Misalnya kalau dia SMS ajak keluar tanya tengah buat apa tu, kita bagitau la yang kita sekarang on the way nak pergi dinner ngan kekasih kita. 
  7. Kalau dah tahap melebih-lebih dan menjadi gangguan, kita ada hak untuk block Facebook, SMS dan call.
  8. Kalau tahap kritikal.... lebih baik kita berterus-terang kat dia tentang segalanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!