Selasa, 24 Disember 2013

Bayam dan Lada Besar

Hidup rasa tak lengkap tanpa tanaman di sekeliling rumah. Semalam baru tengok-tengok pokok kelapa pandan tepi rumah tu dah banyak buah. Kira nak minum air kelapa tapi tunggu satu family berkumpul baru best untuk menikmati hidangan.

Ini adalah pokok bayam. Sebenarnya bayam ni saya dapat dari kawan saya. Dia kata dia ada magazine WWF, dalam magazine tu ada bagi percuma anak bayam. Jadi dia tanam kat dalam pasu. Saya nampak dia post kat dalam facebook, jadi saya pun rasa cam best juga. Then dia bagi la saya satu pasu. Masa tu bayam tu kecil lagi. Saya beli pasu besar sikit dan tanam kat dalam tu. Lama-lama bayam tu tumbuh subur... then tua, lepas tu tumbuh lagi yang lain. Jadi saya biarkan saja bayam tu tumbuh sendiri sampai la sekarang. Bukan hajat tanam bayam sebab nak buat sayur, tapi dengan bayam ni... macam ni la saya ingat kat kawan saya tu. Dah janji nak jaga bayam ni sampai dah tak ada lagi... and I keep my promise. Ni dah generasi ntah ke berapa punya bayam ^^

Kalau nak jaga tanaman ni kena sabar dan penuh teliti. Tapi saya ni kadang-kadang tak boleh pakai juga. Main hentam saja, tapi syukur la orang kata... bukan tangan panas. Jadi tumbuhan cepat menjadi. Ni adalah anak lada besar. Hari tu saya dan Hafiz pergi Kundasang pergi jalan-jalan. Lagipun tak jauh dari Kota Kinabalu. Lebih kurang 1 jam 30 minit dah sampai. Jadi okay lah. Kat sana ada banyak jual sayur-sayuran... bunga-bungaan dan buah-buahan. Saya memang pantang nampak semua nih. Mesti nak singgah. Then terpikat ngan pokok lada tu. Terus beli....

Ni hasil semaian lada besar. Sebab lada ni tak tahan lama. Pokok ni kalau dah tua memang akan mati. Jadi sebelum tu, baik petik buah lada, keringkan dan tanam biji benih. Dan itu, kita akan dapat hasil yang lebih berganda. Nak tanam lada ni perlu penjagaan rapi. Kutu (yang warna putih tu) suka hinggap kat pokok lada. Tu la punca lada tak menjadi selain cahaya matahari yang kurang sesuai. ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!