Ahad, 24 November 2013

Wedding My Brother - Part 1

Phew! November kali ni sangat tough! YABhg. Tun Pengerusi LPU UMS datang ke kampus 5 hari awal dari konvo. Program selama 5 hari tu memang pack... siang dan malam. Actually sebelum tu lagi memang dah agak sibuk untuk preparation segala macam events... meetings.... admin works etc. Kawan-kawan lain juga begitu!

Selepas tu, tiba pula Konvokesyen UMS kali ke -15. Oleh kerana tahun ni Tamu Gadang dibuat di Padang Kawad, jadi saya tak dapat melilau mencari makan sebab tamu jauh dari Dewan Canselor. Kena naik keta lagi. Apa-apapun, syukur majlis berjalan lancar. Everybody is happy, boss happy.... saya happy. Thank you to Hafiz juga sebab bawa saya makan soto ayam best! :b Ngeeee.....

Pagi ni akan ada majlis kahwin abang saya. Sepatutnya saya kena turun bertugas konvo lagi hari ni tapi saya dah minta excuse sebab my bro nak kahwin. Dah prepare semuanya. Ada beberapa jenis bunga telur. Ada gula-gula untuk kanak-kanak, tasbih dan telur rebus. Pelamin dan khemah pun dah siap pasang. Hadiah hantaran pun dah hias. Semua dah okay cuma nanti nak touch up sikit lagi. Katering pula adalah daripada Teratak D'Lalapan.

Yang paling best ada bunga hidup dihiaskan di meja tetamu. Sebenarnya bunga ni Tun dan Toh Puan bagi kat saya. Memang cantik! Dari simpan macam tu...baik buat hiasan. Kan? ^^

Nanti akan sambung ke Part 2.. :-) Tido dulu. Sebab dah jam 2.30AM

Door gift untuk kanak-kanak

Pelamin yang simple tapi cantik

Bunga dari Tun dan Toh Puan

Hantaran - Senaskhah Al-Quran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!