Rabu, 6 November 2013

Tanda-Tanda Stress / Tekanan dan Cara Mengatasinya

Betul... kalau kerja ni kadang-kadang boleh stress juga. Mana lagi kena uruskan itu ini.... masalah kat rumah lagi... banyak kena fikirkan....

Kita semua pernah merasa tertekan. Tapi apakah tanda-tandanya?
  1. Cepat marah, selalu tak ada mood, murung
  2. Kurang selera makan
  3. Kawan bergurau pun tak boleh terima. Semua kita anggap serius
  4. Jerawat tumbuh di bahagian muka
  5. Sering sakit kepala atau migrain
  6. Pola tidur tak menentu. Pandai bangun malam atau tak boleh tidur langsung
  7. Menangis kerana terlalu memikirkan masalah
  8. Suka terkurung di dalam bilik
  9. Masa pandu keta mesti tak nak sabar. Pandu laju dan merbahaya
Bagaimana pula cara mengatasi stress?
  1. Amalkan gaya hidup yang sihat. Bersenam akan membantu mengurangkan stress
  2. Menangis. Ya betul.... Tak salah untuk menangis dan ini akan mengurangkan tekanan yang kita hadapi
  3. Berkongsi masalah dengan keluarga atau sahabat handai
  4. Tarik nafas panjang dan dalam. Kalau tengah berdiri, cuba untuk duduk. Kalau duduk, cuba untuk baring. 
  5. Bawa tidur
  6. Ketawa. Tengok cerita lawak
  7. Keluar dari bilik. Bawa la kawan berjalan, tengok wayang atau lepak sakan - tengok wayang etc
  8. Sentiasa berfikiran positif
  9. Berteriak atau menjerit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!