Sabtu, 2 November 2013

Tahniah Hamsha and Bunga (Dg Ku Sitti Radhiyah)! Selamat Pengantin Baru

Selamat pengantin baru di ucapkan kepada kedua mempelai ^^

Pengantin lelaki adalah rakan sekerja saya masa kat SPU dulu. Manakala pengantin perempuan juga bekerja di tempat yang sama, kenal masa konvo UMS ke -14 tahun lalu. Saya panggil dia Bunga sebab kat dalam facebook nama Bunga Seri Indah. Heheh.... cantik macam orangnya.

Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Rasa macam baru tengok mereka berkenalan. Lepak sama kat Kampung E ngan kawan-kawan lain.... tiba-tiba hari ni dah naik atas pelamin. Happynya ^^

Nak kata saya rajin pergi majlis kahwin ni tak juga. Sebab biasanya mesti ada clash ngan aktiviti rasmi atau tak rasmi. Hehe... tapi kalau berkesempatan memang saya akan datang punya.

Ramai dah kengkawan saya yang kahwin tahun ni. Kalau hujung tahun lagi la.... musim kenduri kahwin. Saya tumpang gembira. ^^ hiiii.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!