Khamis, 14 November 2013

Perempuan Kaki Kikis / Pisau Cukur

Jika rasa serasi, teruskanlah. Jika hanya bertepuk sebelah tangan, lebih baik lepaskan. Jika rasa hanya dipermainkan, jangan doakan keburukan.... tapi doakan agar dijauhi dari orang-orang sebegini di masa hadapan.

Bercinta banyak dugaannya. Ada cinta sampai ke jinjang pelamin.... ada yang sampai berhenti dipertengahan jalan. Yang paling tragis, apabila terkena si pisau cukur sehingga tinggal sehelai sepinggang. 

Saya tulis entry ni nak berkongsi ciri-ciri perempuan pisau cukur... berdasarkan pengalaman individu yang pernah terkena dengan spesis ni.

Ciri-cirinya adalah:
  • Berperwatakan cantik, hot, seksi bebeh, menggoda, hidup mewah, ramai peminat dan berstatus bujang. 
  • Suka ajak keluar dan akan menggunakan helah pujuk rayu minta beli macam-macam. Kalau tak belikan, pandai merajuk. Paling tak best bila dia ajak kita keluar, dia bawa sekali kawan-kawan atau kaum keluarga dengan harapan kita yang akan bayarkan semuanya. Kalau dah lama kenal, kemungkinan besar dia akan minta belikan kereta atau rumah.
  • Sentiasa tengok handphone atau gelabah bila handphone berbunyi.
  • Akan menggunakan barangan kita contohnya kereta, i-pad dan lain-lain lagi. Lepas tu lama-lama barangan tu menjadi milik dia.
  • Kita belikan dia benda-benda mahal contohnya rantai emas. Lepas tu dia kata rantai tu hilang. Dan minta beli satu lagi. Tak cukup dengan itu, dia suka dan akan terus terima tanpa segan silu jika kita offer dia belikan something. Tak ada dah nak malu-malu untuk terima. 
  • Akan menceritakan kesedihan yang melanda hidupnya seperti keluarga orang susah, adik-beradik sakit dan perlukan bantuan kewangan. Lepas tu kita pun hulurkan duit kat dia... Haissshhh.....
  • Dia takkan beritahu kat orang lain yang dia couple dengan kita. Contohnya bila kita turunkan dia dari kereta, dia akan cakap kita ni saudara dia atau kawan dia sahaja. Kalau kita tulis kat dalam wall Facebook dia, biasanya dia tak balas. Cukuplah sekadar like atau tak layan langsung. Gambar kita pun tak ada dalam Facebook dia manakala kita saja yang beriya-iya letak gambar dia bagai nak rak.
  • Apabila dia rasa kita dah tak berguna lagi, dia akan cari gaduh ngan kita untuk lepaskan diri.
  • Tak ada perasaan cemburu bila nampak kita duduk semeja ngan orang lain.
  • Kalau kita ajak jumpa, dia akan sentiasa mengelak dan berikan alasan jika tiada kepentingan.
  • Dia nampak kita dah susah kerana dia, kita tak ada duit... dia tak akan bantu pun. Malah buat tak tau saja.
  • Sentiasa mengungkit apa benda yang dia dah berikan kepada kita.
Walaubagaimanapun, tidak semua wanita adalah kaki kikis. Ini adalah ciri-ciri yang sentiasa wujud dikalangan si pisau cukur. Moga kita dijauhi oleh mereka ini. ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!