Ahad, 17 November 2013

Arabian Delight Chocolate dari Yusuf Taiyoob

Kepada peminat coklat... tak rugi kalau rasa coklat keluaran Yusuf Taiyoob, Arabian Delight Chocolate. Dalam coklat ada kurma dan almond. Harga sekotak RM10. Yang ni saya beli kat Wisma Muis, Kota Kinabalu (bersebelahan dengan Masjid Negeri).

Saya suka belikan kawan-kawan coklat tapi saya sendiri tak minat makan coklat. Tapi yang ni memang best. Tak juga manis sangat. Lagipun senang nak masuk mulut. Bungkusan juga menarik dan sesuai dijadikan buah tangan. Sebenarnya hari tu mum yang suruh saya cuba. Ngam coklat tu kat atas meja. Jadi saya pun try la satu. Bila makan, terasa nak lagi.

Kepada sesiapa yang tak try lagi coklat ni, silakan!

By the way, siapakah Yusuf Taiyoob? Ada yang masih ingat beliau adalah orang Arab. Nak tau lebih lanjut mengenai Yusuf Taiyoob, sila klik link ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!