Ahad, 24 November 2013

Konvokesyen UMS kali ke-15 2013 : My Perspective

Konvokesyen kali ni sama hebatnya seperti tahun sebelumnya. Cuma yang berbeza sikit... kalau dulu saya first time bertugas. Kali ni dah masuk tahun kedua. ^^

Yang seronoknya still dapat berborak ngan kawan-kawan daripada jabatan lain Walaupun dapat jumpa kejap saja, cetanya bukan main. Hahah. Yalah. Di situ la masanya kami semua berkumpul. ^^ We still keep in touch okay!

Jom tengok gambar-gambar sewaktu Konvo UMS ke-15 ni. Mana la tau di tahun-tahun seterusnya, saya pula yang naik pentas. Amin ya rabbal alamin....

Sebelum perarakan berjubah bermula

Town and gown UMS, kali ke -7

Perarakan berlangsung selama 15 minit

Prof!!

Masa perasmian Tamu Gadang oleh TYT (Ni kat bahagian pameran)

Makan malam majlis konvo bersama TYT dan Chief Minister of Sabah


Sebelum sidang pertama Konvokesyen UMS bermula

TYT Sabah



Konvo sidang ke-dua (Sebelah petang) bersama the Chief Minister of Sabah. 

Wedding My Brother - Part 2

Congratulations! My abang dan my sis in law yang cantik! Selamat pengantin baru! 

Dah lama bercinta, akhirnya kahwin juga ^^ Yeahh. Happy ^^ Sepatutnya hari ni saya on duty untuk majlis konvo UMS tapi dah minta kebenaran awal untuk bercuti selama sehari. Saya tak tau dah nak kata apa, yang penting sebelum akad nikah, saya sempat bantu abang saya bersiap-siap.

Apa-apa pun, I am happy for both of them.

Masa bersanding


Acara memotong kek

Akad nikah

 Me and adek

Bersama kawan-kawan daddy

Wedding My Brother - Part 1

Phew! November kali ni sangat tough! YABhg. Tun Pengerusi LPU UMS datang ke kampus 5 hari awal dari konvo. Program selama 5 hari tu memang pack... siang dan malam. Actually sebelum tu lagi memang dah agak sibuk untuk preparation segala macam events... meetings.... admin works etc. Kawan-kawan lain juga begitu!

Selepas tu, tiba pula Konvokesyen UMS kali ke -15. Oleh kerana tahun ni Tamu Gadang dibuat di Padang Kawad, jadi saya tak dapat melilau mencari makan sebab tamu jauh dari Dewan Canselor. Kena naik keta lagi. Apa-apapun, syukur majlis berjalan lancar. Everybody is happy, boss happy.... saya happy. Thank you to Hafiz juga sebab bawa saya makan soto ayam best! :b Ngeeee.....

Pagi ni akan ada majlis kahwin abang saya. Sepatutnya saya kena turun bertugas konvo lagi hari ni tapi saya dah minta excuse sebab my bro nak kahwin. Dah prepare semuanya. Ada beberapa jenis bunga telur. Ada gula-gula untuk kanak-kanak, tasbih dan telur rebus. Pelamin dan khemah pun dah siap pasang. Hadiah hantaran pun dah hias. Semua dah okay cuma nanti nak touch up sikit lagi. Katering pula adalah daripada Teratak D'Lalapan.

Yang paling best ada bunga hidup dihiaskan di meja tetamu. Sebenarnya bunga ni Tun dan Toh Puan bagi kat saya. Memang cantik! Dari simpan macam tu...baik buat hiasan. Kan? ^^

Nanti akan sambung ke Part 2.. :-) Tido dulu. Sebab dah jam 2.30AM

Door gift untuk kanak-kanak

Pelamin yang simple tapi cantik

Bunga dari Tun dan Toh Puan

Hantaran - Senaskhah Al-Quran

Ahad, 17 November 2013

Tiru Macam Saya? Nice Tapi Tak Original

Pernah tak deal dengan orang yang asyik ikut style yang sama a.k.a copycat? Contohnya.... kita pakai tudung gini, dia pun pakai tudung style sama. Ataupun kita beli brand ni, dia pun beli brand yang sama juga. Apakah perasaan anda ketika itu? Mesti rasa annoying kan?

Seriously, tak seronok kalau jumpa orang yang dulunya berbeza, suddenly sekarang semua pun nak sama ngan kita. Style berpakaian, hobi, lifestyle, even warna tudung yang sama dengan current profile picture kita... arrrgghhh......! By the way, it is good to know ada  juga orang yang sudi ikut style kita. Peace!

Saya selalu tengok di Internet. Orang keluarkan berjuta ringgit semata-mata nak sama macam Justin Bieber, Miranda Kerr, Jessica Alba... etc. Akhirnya mendatangkan keburukan kepada diri sendiri juga.... ~ mereka dihina, dikecam dan dikutuk.... senang cerita. Kalau jenama anda kena ciplak, apa perasaan anda? Bagaimana reputasi anda nanti? Adakah kualiti produk tu akan jatuh taraf seperti yang ciplak tu juga? Kalau amik Diploma Pengurusan Maklumat, mesti ada belajar mengenai copyright issues. Okaylah.... Kenapa menyalin sesuatu tanpa kebenaran penulis itu adalah jenayah? Kerana ia melibatkan hak individu orang tersebut, melibatkan perasaan dan melibatkan periuk nasi seseorang. Sama kes... contohnya kita penat buat kerja. Lepas tu kerja kita kena ciplak oleh orang lain. Then dia pula terima awards.... apakah perasaan anda??

-
-
-
-

Long story short.... 
Copycat.... "L"
Copycat.... add own style, creative tapi suam-suam
Original..... awesome!


P/S - Saya support mangsa copycat!


Arabian Delight Chocolate dari Yusuf Taiyoob

Kepada peminat coklat... tak rugi kalau rasa coklat keluaran Yusuf Taiyoob, Arabian Delight Chocolate. Dalam coklat ada kurma dan almond. Harga sekotak RM10. Yang ni saya beli kat Wisma Muis, Kota Kinabalu (bersebelahan dengan Masjid Negeri).

Saya suka belikan kawan-kawan coklat tapi saya sendiri tak minat makan coklat. Tapi yang ni memang best. Tak juga manis sangat. Lagipun senang nak masuk mulut. Bungkusan juga menarik dan sesuai dijadikan buah tangan. Sebenarnya hari tu mum yang suruh saya cuba. Ngam coklat tu kat atas meja. Jadi saya pun try la satu. Bila makan, terasa nak lagi.

Kepada sesiapa yang tak try lagi coklat ni, silakan!

By the way, siapakah Yusuf Taiyoob? Ada yang masih ingat beliau adalah orang Arab. Nak tau lebih lanjut mengenai Yusuf Taiyoob, sila klik link ini.


Khamis, 14 November 2013

Perempuan Kaki Kikis / Pisau Cukur

Jika rasa serasi, teruskanlah. Jika hanya bertepuk sebelah tangan, lebih baik lepaskan. Jika rasa hanya dipermainkan, jangan doakan keburukan.... tapi doakan agar dijauhi dari orang-orang sebegini di masa hadapan.

Bercinta banyak dugaannya. Ada cinta sampai ke jinjang pelamin.... ada yang sampai berhenti dipertengahan jalan. Yang paling tragis, apabila terkena si pisau cukur sehingga tinggal sehelai sepinggang. 

Saya tulis entry ni nak berkongsi ciri-ciri perempuan pisau cukur... berdasarkan pengalaman individu yang pernah terkena dengan spesis ni.

Ciri-cirinya adalah:
  • Berperwatakan cantik, hot, seksi bebeh, menggoda, hidup mewah, ramai peminat dan berstatus bujang. 
  • Suka ajak keluar dan akan menggunakan helah pujuk rayu minta beli macam-macam. Kalau tak belikan, pandai merajuk. Paling tak best bila dia ajak kita keluar, dia bawa sekali kawan-kawan atau kaum keluarga dengan harapan kita yang akan bayarkan semuanya. Kalau dah lama kenal, kemungkinan besar dia akan minta belikan kereta atau rumah.
  • Sentiasa tengok handphone atau gelabah bila handphone berbunyi.
  • Akan menggunakan barangan kita contohnya kereta, i-pad dan lain-lain lagi. Lepas tu lama-lama barangan tu menjadi milik dia.
  • Kita belikan dia benda-benda mahal contohnya rantai emas. Lepas tu dia kata rantai tu hilang. Dan minta beli satu lagi. Tak cukup dengan itu, dia suka dan akan terus terima tanpa segan silu jika kita offer dia belikan something. Tak ada dah nak malu-malu untuk terima. 
  • Akan menceritakan kesedihan yang melanda hidupnya seperti keluarga orang susah, adik-beradik sakit dan perlukan bantuan kewangan. Lepas tu kita pun hulurkan duit kat dia... Haissshhh.....
  • Dia takkan beritahu kat orang lain yang dia couple dengan kita. Contohnya bila kita turunkan dia dari kereta, dia akan cakap kita ni saudara dia atau kawan dia sahaja. Kalau kita tulis kat dalam wall Facebook dia, biasanya dia tak balas. Cukuplah sekadar like atau tak layan langsung. Gambar kita pun tak ada dalam Facebook dia manakala kita saja yang beriya-iya letak gambar dia bagai nak rak.
  • Apabila dia rasa kita dah tak berguna lagi, dia akan cari gaduh ngan kita untuk lepaskan diri.
  • Tak ada perasaan cemburu bila nampak kita duduk semeja ngan orang lain.
  • Kalau kita ajak jumpa, dia akan sentiasa mengelak dan berikan alasan jika tiada kepentingan.
  • Dia nampak kita dah susah kerana dia, kita tak ada duit... dia tak akan bantu pun. Malah buat tak tau saja.
  • Sentiasa mengungkit apa benda yang dia dah berikan kepada kita.
Walaubagaimanapun, tidak semua wanita adalah kaki kikis. Ini adalah ciri-ciri yang sentiasa wujud dikalangan si pisau cukur. Moga kita dijauhi oleh mereka ini. ^^

Ahad, 10 November 2013

Gambar Semasa 1st International Conference of Entrepreneurship 2013 (ICE)

Majlis perasmian persidangan antarabangsa ini diadakan di Grand Ballroom, 1Borneo dan disempurnakan oleh Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri dari Kementerian Kemajuan dan Luar Bandar pada 31 Oktober 2013. Dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat dengan kerjasama Entrepreneurship Research and Development Centre, Universiti Malaysia Sabah.

Ada la amik skit gambar untuk kenangan....




Home Sweet Home, Hujung Minggu yang Indah

Kat Facebook saya pun dah mentioned, memang November adalah bulan yang tersibuk setiap tahun. Jadi kalau weekend tak ada kerja, gunakan masa tu sebaiknya untuk berehat. Nampaknya hujung minggu kali ini saya boleh rehat secukupnya. Hari Jumaat hari tu agak sibuk. Ramai yang balik awal tapi saya masih lagi duduk kat dalam office. Bukan tak nak balik awal.... nak juga tapi mesti traffic jam gila-gila. Jadi baik balik lewat sikit. 

Home sweet home!! ^^

-
-
-
-
-
-
-
Walau hujung minggu, tetap akan bangun awal sebab dah biasa. Katil agak berhambur sikit sebab saya suka bubuh banyak bantal. Seronok dapat tidur di katil yang luas, tilam yang empuk, bantal yang lembut..... waaaaa!!

Pagi-pagi tak sah kalau tak jenguk kucing tersayang. Tengok apa mereka tengah buat. Biasanya tentulah relax se-relaxnya la...

Tak lupa juga tanaman tersayang. Mesti nak tengok!


Paling best sebab dapat masak. Iyalah.... biasanya mesti tak ada masa nak masak. Jalan dari rumah jam 6.30 pagi. Pulang rumah lebih kurang jam 8.00 malam. Ni la masanya kalau nak masak, hujung minggu!
(Sausage cocktail with garlic - No oil)

Khamis, 7 November 2013

Nak Cari Burger Special? Jom Pergi Lava KK Burger Bakar

Sesiapa yang teringin nak makan burger bakar yang sedap kat area Kota Kinabalu, boleh pergi ke Lava KK Burger Bakar yang terletak di Tanjung Aru, tak jauh dari balai polis dan Tanjung Aru Plaza. Nak tau lebih lanjut sila layari Facebook Lava KK Burger Bakar.

Ada pelbagai jenis menu yang kalau kita tengok pun mesti tak tau nak pilih mana satu. Yang specialnya, daging burger tak guna daging segera. Ni best sikit. Memang sedap. Boleh juga kalau nak add on fries dan lain-lain. Makan sebiji burger dah kenyang... ^^

Kat sana ada banyak lagi kedai lain. Kalau rasa nak makan banyak sikit, boleh order sayap ayam panggang kat kedai sebelah. Lepas tu makan burger bersama jus tembikai atau oren memang best! 

Tak rugi datang ke gerai burger bakar ni!

P/S - Lava KK Burger Bakar dah berpindah tempat ke 88 Marketplace di Kepayan

Ni RM8. Tak ada cheese

Ni RM14 ada add on cheese dan hirisan daging

Rabu, 6 November 2013

Tanda-Tanda Stress / Tekanan dan Cara Mengatasinya

Betul... kalau kerja ni kadang-kadang boleh stress juga. Mana lagi kena uruskan itu ini.... masalah kat rumah lagi... banyak kena fikirkan....

Kita semua pernah merasa tertekan. Tapi apakah tanda-tandanya?
  1. Cepat marah, selalu tak ada mood, murung
  2. Kurang selera makan
  3. Kawan bergurau pun tak boleh terima. Semua kita anggap serius
  4. Jerawat tumbuh di bahagian muka
  5. Sering sakit kepala atau migrain
  6. Pola tidur tak menentu. Pandai bangun malam atau tak boleh tidur langsung
  7. Menangis kerana terlalu memikirkan masalah
  8. Suka terkurung di dalam bilik
  9. Masa pandu keta mesti tak nak sabar. Pandu laju dan merbahaya
Bagaimana pula cara mengatasi stress?
  1. Amalkan gaya hidup yang sihat. Bersenam akan membantu mengurangkan stress
  2. Menangis. Ya betul.... Tak salah untuk menangis dan ini akan mengurangkan tekanan yang kita hadapi
  3. Berkongsi masalah dengan keluarga atau sahabat handai
  4. Tarik nafas panjang dan dalam. Kalau tengah berdiri, cuba untuk duduk. Kalau duduk, cuba untuk baring. 
  5. Bawa tidur
  6. Ketawa. Tengok cerita lawak
  7. Keluar dari bilik. Bawa la kawan berjalan, tengok wayang atau lepak sakan - tengok wayang etc
  8. Sentiasa berfikiran positif
  9. Berteriak atau menjerit

Sabtu, 2 November 2013

Tahniah Hamsha and Bunga (Dg Ku Sitti Radhiyah)! Selamat Pengantin Baru

Selamat pengantin baru di ucapkan kepada kedua mempelai ^^

Pengantin lelaki adalah rakan sekerja saya masa kat SPU dulu. Manakala pengantin perempuan juga bekerja di tempat yang sama, kenal masa konvo UMS ke -14 tahun lalu. Saya panggil dia Bunga sebab kat dalam facebook nama Bunga Seri Indah. Heheh.... cantik macam orangnya.

Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Rasa macam baru tengok mereka berkenalan. Lepak sama kat Kampung E ngan kawan-kawan lain.... tiba-tiba hari ni dah naik atas pelamin. Happynya ^^

Nak kata saya rajin pergi majlis kahwin ni tak juga. Sebab biasanya mesti ada clash ngan aktiviti rasmi atau tak rasmi. Hehe... tapi kalau berkesempatan memang saya akan datang punya.

Ramai dah kengkawan saya yang kahwin tahun ni. Kalau hujung tahun lagi la.... musim kenduri kahwin. Saya tumpang gembira. ^^ hiiii.....