Selasa, 29 Oktober 2013

Stick Concealer Dah Nak Habis Masih Boleh Guna Lagi

Concealer bertujuan untuk menutup eye bags, juga menutup bintik-bintik hitam di muka. Ada pelbagai jenis concealer dijual dengan harga yang berbeza. Saya menggunakan concealer Silky Girl sebab harga berpatutan dan kualiti juga baik. Harga RM17.90. Tempoh penggunaan mengikut individu juga. Kalau setiap hari guna, agaknya dalam 3 bulan dah habis kot.

Perhatian. Cara ini dikhaskan untuk stick Concealer sahaja.

Mesti rasa rugi sebab nampak still ada concealer kat dalam tapi tak dapat guna sebab dah pusing ke tahap maksimum... pun tak keluar juga. Tapi sebenarnya belum habis lagi! Kita still boleh gunakan untuk tempoh beberapa minggu. 

1. Caranya senang saja. Potong atau gunting tepi concealer seperti gambar di bawah. Gunakan gunting kecil supaya senang potong. 

2. Taaadaaa! Still ada sedikit lagi concealer untuk digunakan. ^^ 

Ini adalah satu kaedah penjimatan yang boleh dilakukan. Bukan sebab kita tak mampu beli yang baru, tapi kalau boleh janganlah membazir. ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!