Selasa, 15 Oktober 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha 2013

Tahun ni Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Selasa. Jadi Isnin tu office kosong sebab ramai yang balik kampung. 

Sebelum tu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada muslimin dan muslimat, selamat bercuti kepada yang tengah bercuti! ^^

Hajat nak memasak special sikit akhirnya tercapai juga. Walaupun resepi yang dicadangkan lain.... yang dimasak lain pula. Apa tidak.... semalam pergi supermarket nak beli bahan mentah, dah habis. Terutama ikan dan ayam. Totally out! 

Sebenarnya tak ada la buat open house sangat. Cuma family gathering. Terima kasih kepada yang datang, my sister and husband and sepupu dia sekali, anak-anak buah (Hafiz dan Hasya) dan Darul. 

Ni adek yang masak. First time masak laksa penang. Not bad. Hehe

Kali ni ayam goreng special uli ngan breadcrumbs. Sedap dimakan ketika panas. Yang ni saya yang masak ^^

Haaa..... Siapa dah pernah rasa sayur kulit tembikai? Kalau makan tembikai.... kulit dia jangan buang. Yang isi warna putih tu boleh dibuat sayur. Masak sup pun sedap. Yang ni campur ngan cendawan tiram. Masakan saya juga ^^

Ni all time favorite. Ulam-ulaman. Kacang bendi dan timun. Sambal mesti mau best. Yang ni saya juga yang uruskan. Senang saja. Potong timun. Kacang bendi tu celur sekejap saja. Kalau tak nanti tak rangup.

Ni juga masakan saya. Kerabu sotong + peria. 

Yang ni mum yang masak. Daging kari

Ni rendang ayam by my mum

Buah mangga

Tembikai

Me and adek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!