Khamis, 10 Oktober 2013

Rawat Kulit Muka Kering dengan Sebamed Lip Defense

Sejak saya kecil lagi, jenama Sebamed memang dah terkenal. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit terutama bagi yang ada masalah. Kalau kat klinik pun mesti akan kena suggest brand ni.

Saya alah dengan penggunaan lipstik (kecuali lipstik Nutrimetics - Magix Lips Color). Sebelum apply lipstik kat bibir, kena sapu Sebamed Lip Defense dulu bagi mengekalkan kelembapan dan mengelakkan bibir merekah.

Kadang-kadang kita tak sedar kulit muka kita juga kering. Bila tengok dekat kat cermin baru perasan kulit hidung kering la, kulit pipi kering la.... etc. Senang saja. Sapu Sebamed Lip Defense (harga linkungan RM10) ke arah kulit yang kering. In Shaa Allah akan pulih dalam masa terdekat. Antara produk lain yang boleh digunakan adalah Vaseline Petroleum Jelly. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!