Rabu, 9 Oktober 2013

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 1

Sepanjang hidup saya... ada beberapa kisah seram yang pernah saya lalui. Bila ingat balik memang harap tak nak lagi nampak atau rasa benda-benda macam gitu.

1. Penampakan Hantu Pocong / Hantu Bangkit
Terjadi masa saya amik Diploma kat UiTM Sarawak dulu. Terus kepada cerita, malam tu saya ngan kawan saya menaiki sebuah keta kancil sewa....sekitar tahun 2007. Waktu tu saya baru pandai drive. Jadi bawa slow. Tiba-tiba nampak ada benda putih tengah duduk kat bas stop. (Badan berbalut kain putih) Saya tak fikir juga pasal hantu, jadi sambil drive sambil saya tegur "apa tu?". Kawan saya kata jalan terus. Jangan stop. Jadi saya terus blah. Tapi memang saya nampak dengan jelas, benda tu bebalut kain putih, duduk kat bas stop dan bergerak-gerak. Lepas tu kain putih dia ada kotor sikit. Muka dia saya tak nampak sangat tapi warna kulit gelap la. Lagipun masa tu diterangi lampu jalan sahaja. Dalam fikiran saya mungkin orang yang tak ada rumah tengah kesejukan. Then kami lepak kat McD. Rupanya kawan saya dah nampak dari jauh lagi. Dia kata benda tu tak ada kaki, sebab tu dia suruh saya drive terus dan jangan berhenti. Dah sampai asrama baru rasa seram.

2. Kelibat Kanak-Kanak Kecil Berlari Menembusi Tingkap
Ni pula terjadi masa saya amik Degree kat hostel UiTM Puncak Perdana. Masa tu kita orang tengah lepak kat bilik Zetty (housemate). Hujan turun lebat + waktu Maghrib, then mulut gatal nak ceta hantu. Ceta punya ceta... tiba-tiba saya dan kawan saya nampak ada kelibat hitam berlari laju kat luar tingkap. Yang menjadi tanda tanya... benda tu berlari tapi tak terhantuk pula kat tingkap tu. Saiz kelibat tu kecil, macam saiz kanak-kanak. Terus kengkawan terkejut, ada yang teriak. Saya ingat saya sorang saja yang nampak. Saya beranikan diri terus tutup tingkap. Lepas tu tak nak dah ceta hantu. Moral of the story: jangan ceta hantu waktu Maghrib.

3. Kelibat Hitam Berlari Menaiki Tangga / Bayang-Bayang Putih di Luar Tingkap
Kat rumah saya ni "keras" sikit. Tapi sekarang ni Alhamdulillah dah okay berbanding dulu. Ni terjadi masa saya sekolah menengah. Malam suka tengok TV kat ruang tamu. Tiba-tiba nampak ada benda hitam berlari laju naik tangga. Saya ingat saya sorang saja nampak, rupanya abang saya pun nampak juga. Ingatkan adek yang naik. Esok pagi tanya, dia kata dia tak ada turun bawah ke ruang tamu after dia naik ke bilik.-_- 
Ada satu ceta lagi. Masa tu tengah makan malam bersama mum kat ruang makan. Tengah sedap makan, nampak ada kelibat putih di luar tingkap. Saya tanya ada sesiapa kat luar ke, tapi mum kata tak ada. Jadi tak pasti la apa benda tu. Biarkan saja...

4. Bau Hanyir di Waktu Maghrib
Berlaku kat rumah saya juga. Masa tu rasanya cuti semester Diploma. Masa tu tengah azan berkumandang di waktu Maghrib. Tiba-tiba terhidu bau hanyir. Saya pun tegur la, busuknya bau. Abang saya kata jangan tegur. Kadang-kadang memang bau tu akan datang. Cuma saya yang tak tau sebab saya jarang kat rumah (sambung belajar). Jadi pas tu saya diamkan saja. 

5. Ditegur Lembaga Perempuan Tua yang Tinggal di Pokok Pisang
Peristiwa ni agak seram. Macam biasa la terjadi kat rumah saya juga. Rasanya terjadi antara dalam tahun 2010. Masa tu saya tengah cari anak kucing saya. Round sampai belakang rumah (belakang rumah adalah belukar dan paya bakau + gelap). Akhirnya saya jumpa juga anak kucing saya tu. Saya tangkap nak bawa balik ke depan rumah. Tiba-tiba ada satu suara garau "aarrrhhhhgghh!". Saya terkejut juga. Tapi saya tak toleh belakang. Kang ada pula berdiri. Saya jalan terus. Lepas tu suara "aarrrhhhhgghh!" tu ada lagi. Saya tak peduli. Saya jalan terus. "aarrrhhhhgghh"...! Sekali lagi berbunyi. Saya cepatkan langkah dan bawa anak kucing saya masuk dalam rumah. Saya tertanya-tanya juga suara apa tu. Jadi saya beritahu kat adek. Adek kata dia pun ada dengar tapi tak pasti apa benda. Esoknya saya ceta kat makcik yang jaga kat butik mummy. Makcik tu kiranya "berilmu" juga. Dia kata kat tepi rumah saya ada pokok pisang. Yes! Memang betul. Ada satu lembaga "perempuan tua" tinggal kat sana. Benda tu yang memanggil saya. Makcik tu suruh tebang pokok pisang, sambil tebang sambil membaca ayat suci. Akhirnya mum dah tebang dah pokok pisang tu. Dan tak ada apa-apa gangguan lagi.

6. Pontianak di Dalam Kereta
Ni terjadi kepada abang saya pula. Suatu hari tu dia hantar kawan dia. Berdekatan rumah kawan dia tu ada kuburan. Dah siap hantar, abang saya nak balik. Nak reverse keta, tiba-tiba kat cermin tengah tu terpandang perempuan duduk kat kerusi belakang. Abang saya kata dia tak nak keseluruhan muka, cuma nampak bahagian dahi dan rambut. Rasa nak gugur jantung waktu tu. Tiba-tiba kawan yang dia hantar tadi tu ketuk tingkap. "Ko okay ka?", dia tanya. Abang saya kata okay. Lepas tu tengok kat cermin, perempuan tu dah hilang.

7. Lembaga Putih Terbang Turun ke Arah Bakau
Peristiwa ni berlaku masa sekolah menengah dulu. Terjadi kat rumah saya juga. Area rumah dulu tak banyak rumah orang lain. Yang ada hanyalah paya bakau. Malam tu blackout. Jadi.... saya, adek dan abang saya keluar kat halaman. Konon nak main lampu suluh dan tengok bintang di langit. Tengah best tengok bintang, saya dan abang saya nampak ada lembaga putih terbang di langit. Lepas tu pelan-pelan turun masuk ke bakau. Hairan juga tapi dah mula terfikir benda yang lain, terus tak nak main kat luar lagi.

8. Terkena Angin Pontianak
Ni pula terjadi masa amik Diploma kat Sarawak. Time tu ada hari sukan kat stadium. Jadi pulang waktu Maghrib. Dah tu bermain tolak-tolak kat luar bas pula dengan kawan saya, Roy. Malam tu tiba-tiba badan jadi gatal. Bengkak seluruh badan. Saya ni allergic sikit ngan peluh. Asal berpeluh mesti gatal. Esoknya badan still gatal. Tapi gatal tu keluar pada masa tertentu saja. Dah seminggu berlalu, badan masih gatal-gatal. Saya pun jumpa la doktor. Doktor kata allergic habuk dan bagi ubat sapu. Tapi tak ada kesan. Saya garu sampai la badan saya luka. Memang gila gatal. Tapi hairan, gatal tu bukan setiap masa. Sampailah sebulan berlalu, cuti semester bermula. Saya balik Labuan. Mum kata saya bergaru-garu masa tidur. Dah pergi klinik pun tak pandai baik, jadi try la ubat tradisional. Kawan dad ada "ilmu". Dia kata saya terkena angin pontianak. Sebab tu badan gatal. Jadi dia bagi saya mandi air limau dan minum air yang dah dibacakan ayat suci. Lepas tu badan dah tak gatal lagi cuma ada pantang waktu tu. Tak boleh makan benda yang masam seperti limau atau lemon. Kalau tak memang badan gatal balik. Pernah juga terlanggar pantang sebab tak tau makanan tu ada perah limau. Tapi sekarang dah okay dah...

9. Tiada Angin, Pintu Berbunyi
Kes baru lagi masa saya kerja kat Canselori UMS. Office saya di tingkat 6, Pejabat VC. Saya selalu pulang lewat sebab nak elak traffic jam. Suatu petang tu, memag dah tak ada sesiapa kat office. Tengah saya buat kerja, tiba-tiba dengar pintu bilik setiausaha berbunyi (macam ada orang try nak buka tapi tak dapat sebab berkunci). Selalunya tak ada pula saya pernah dengar bunyi macam tu. Mustahil juga angin sebab tingkap semua ditutup. Dah start rasa lain. Tiba-tiba dengar pula bunyi tapak kaki berjalan atas karpet. Memang tak leh jadi. Saya on computer my colleague sebab computer saya ni tak ada speaker. Konon nak pasang ayat Kursi kat Youtube. Baru nak start, Internet suddenly down. Punya bikin hairan!! Agak tak best la waktu tu. Lastly saya call kawan saya kat bangunan sebelah. Suruh dia datang teman saya kejap. Haiishhh....!

10. Lembaga Hitam Tinggi datang Mencekik Leher di dalam Mimpi
Dad saya pernah berkhidmat sebagai polis di Labuan. Dalam sebulan tu ada sekurang-kurangnya sekali saya akan pergi melawat dad. Dad tinggal di rumah kerajaan. Waktu tu suka sangat sebab ada kucing putih baru beranak 6 ekor kat dalam stor. Tapi tiba-tiba hilang ntah ke mana. Saya dan adek mencari serata tempat. Kat rumah tu disediakan bilik orang gaji tapi tak pernah pakai. Sampailah bilik tu usang. Mula-mula tu berat hati saya nak masuk ke bilik tu sebab ada papan menghalang untuk masuk ke sana. So kena merangkak dulu baru boleh sampai ke bilik tu. Rasa tak sedap hati tapi kucing punya pasal memang sanggup redah apa saja. Lalu saya pun merangkak masuk ke bilik orang gaji tu. Memang waktu tu seram sejuk. Bilik tu nampak redup walaupun cuaca kat luar cerah. Sejuk pula tu. Cari kucing tak jumpa. Sampai la pada malam tu, saya dan adek tidur di ruang tamu. Saya pun bermimpi, saya baring kat sebelah adek. Then saya nampak satu lembaga hitam, tinggi dan kurus berlari laju. Dia terus datang ke tempat saya dan cekik saya. Waktu tu dengar bunyi yang sangat bising dan saya tak pernah dengar lagi bunyi tu seumur hidup saya. Susah nak explain tapi bunyinya nyaring dan bising. Dalam mimpi tu saya baca "audzubillahiminasyaitan niradzim...", lembaga tu berteriak dan lari ke arah cahaya. Lepas tu terbangun terus. Dan tak boleh tidur lagi sampai pagi. Erk.

11. Rumah Kosong Tapi Dengar Orang Memasak dan Cuci Pinggan
Dulu rumah jiran sebelah lama tak ada orang sebab tuan rumah tu dah pindah. Tapi setiap hari saya akan dengar ada orang memasak-masak atau mencuci pinggan mangkuk kat rumah tu. Mula-mula tak perasan tak ada orang. Sebab bagi saya normal la bunyi tu. Dah lama-lama baru perasan. Waktu malam pun dengar bunyi yang sama juga cuma tak ada lampu menyala. Lepas tu ada tuan rumah baru mendiami rumah tu. Upacara "membersihkan" rumah juga telah dibuat.

12. Bunyi Mengengsot di Atas Atap Rumah
Orang kata kalau penanggalan ni suka terbang kat atas atap rumah orang. Kadang-kadang perut pandai tergeser kat atap rumah. Tak tau betul atau tak tapi ada satu malam tu saya dengar bunyi benda mengengsot kat atap zink rumah saya. Bukan tu saja, malah kadang-kadang tiap malam mesti ada dengar bunyi batu jatuh ke atap rumah. Saya tak sure bunyi apa tu, dan tak nak tau apa-apa tentang tu. Cuma hari tu jiran ada bercerita juga. Waktu tu jiran saya bangun malam. Tiba-tiba ada seorang lelaki menjenguk dari tingkap. Jiran saya ni terus la teriak kat orang tu sebab apa hal pula jenguk kat rumah orang. Orang tu terkejut dan blah terus. Tapi bila fikir balik.... bilik aunty tu berada di tingkat 2, bagaimana orang tu boleh jadi begitu tinggi jenguk tingkap?

Banyak lagi ceta seram yang saya dah lalui. Saya ingat lagi masa kawan saya terkena ilmu hitam tapi effect dia terkena ngan kami yang lain (roommate masa Degree dulu). Kat ruamh saya tu pun kadang-kadang dengar bunyi burung hantu dan sangat menyeramkan. Kalau ada rezeki boleh tengok burung hantu bertenggek kat tangki air. Nanti kalau ada ilham saya ceta lagi. :-)

Moga dijadikan ikhtibar. Sekian.

6 ulasan:

  1. X prcaya la..btw..pndai buat ayat n create cite ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak percaya x apa. Btw... ini pengalaman yg saya pernah lalui sendiri dan bukan create cite. Thanks :-)

      Padam
  2. nice story..nih klebihan allah bg pd tuan pnye blog..x sume org mrase pglaman mcm nih..bg yg x pcye mmg ugi lar..alam ghaib lg luas dr alam mnusia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sekali lagi saudara Syed Al-Yahya.

      Padam
  3. ni cite menarik sekali tuk di baca.

    BalasPadam
  4. Best... menarik jugak blog macam ni

    BalasPadam

Terima kasih!