Rabu, 2 Oktober 2013

Memori Terkumpul Bulan September 2013

Saya mengaku gambar-gambar ni kebanyakan saya upload menerusi handphone saja. Sebab malas tiap hari buka laptop. Tapi baru-baru ni semua gambar saya.... saya dah pindahkan ke dalam laptop (terpaksa juga buat sebab memory hp makin berat + nak masukkan lagu-lagu baru! Jadi tinggal sikit saja gambar yang ter-save dalam handphone....

Bulan September adalah bulan di mana mood orang agak layan blues. Some of them akan dengar lagu Green Day, Wake Me Up When September Ends.  Tapi bagi saya... September merupakan bulan yang busy seperti biasa.

Jadi jom la review balik apa-apa benda yang best terjadi pada bulan September...

SEPTEMBER..... dapat souvenir from Korea sempena launching ceremony Kempen Tuberkulosis di Galeri Canselori. Sebenarnya hadiah ni untuk boss tapi boss bagi satu kat saya, dan satu lagi ngan kak Nurul... P.A boss. Jadi best juga la dapat hadiah. Boleh simpan kerongsang

SEPTEMBER.... pada 26hb tu saya dan Hafiz bercuti sebab nak sambut birthday saya punya pasal. Thank you to Hafiz sebab bawa saya jalan-jalan and having fun sepanjang hari tu. Memang berjalan sakan. Sampai pergi ke Rumah Terbalik (entrance fee RM10. Dalam rumah terbalik tak boleh amik gambar atau video. Kalau amik juga kena denda RM100 untuk setiap gambar). Then pergi makan kat Masakan Sedap di Hilltop, Luyang yang memang sedap, pergi ke Suria Sabah main game ting tong sampai tamat cerita game tu, pergi makan aiskrim Baskin Robins, makan kat The Glass dan macam-macam lagi la. Thank you!!! ^^

Dah petang sikit saya jalan amik Hafiz. Dah beli tudung baru masa kat KL hari tu. Tak mahal pun shawl ni. Lagipun senang nak pakai, kain lembut dan tak licin dan yang paling best.... MURAH! Kat mana beli? Tentunya kat Muaz Textiles, Jalan Masjid India. Nak tau berapa harganya? Hanya RM2.80. Memang best! Kerongsang tudung tu pun saya beli kat KL juga. RM1 sahaja. Seronok la shopping kat Jalan Masjid India.

SEPTEMBER...Sempat ke majlis kahwin Tracey, staff UMS juga. Tema warna oren. Nasib baik ada beli baju dan tudung oren. Jadi tak ada masalah dah. Tempat perkahwinan tu kat Papar. Masa tu ngam pula Darul nak hantar kereta kat rumah saya. Lepas tu Hafiz called nak jemput saya... bawa pi tempat orang kahwin. Saya tak bersiap lagi. Baru lepas masak. Oleh kerana bersiap cepat.... jadi tak ada masalah la. Pakai baju... pakai mekap sikit.... sarung tudung... Jeng! Siap!

SEPTEMBER.... Nak ucapkan thank you kepada aunty and uncle sebab belikan souvenirs from London, England. Yeahhh.... ni salah satu hadiahnya. Mula-mula ingat mesti baju ni besar.... tapi bila pakai.... yeahhh.... ngam! Jadi amat sesuai la. Thank you again ^^

SEPTEMBER.... last sekali masa 30hb September tu.... ada jamuan kecil staff Canselori kepada sesiapa yang menyambut birthday bulan September dan Oktober. Dapat makan kek. Sepatutnya ada dua biji kek tapi saya amik gambar yang ni saja. Thank you so much kawan-kawan! ^^

2 ulasan:

  1. Cayang...mungkin saya nda romantik ka atau apa2. nda wish di fb la...nda kasi hadiahla...tp bagi saya hadiah yg saya bagi cayang...adalah rasa cinta dan kasih sayang saya terhadap cayang yang nda berbelah bagi. for me, hadiah tu yg kekal selamanya...i love u cyg... :)

    BalasPadam
  2. Ngeeeee..... pndai komen2 juga aaaaa. Hehehe... Tq ^__^
    Bagi saya, you yourself is the greatest present yg sy dapat.

    I love you too beh :-)

    Nanti kita pergi jogging and makan sama2 lagi keh? ;-)

    BalasPadam

Terima kasih!