Jumaat, 25 Oktober 2013

Klinik Gigi Teh & Chan di King Fisher

Kalau cakap pasal cabut gigi mesti fobia atau takut. Dah tu mesti terbayang doktor gigi garang, tak comel dan akan cabut gigi macam tu saja. Tak adalah! Tu dalam ceta film boleh la.

Satu klinik gigi terbaik pernah saya pergi. Teh & Chan Dental Clinic di King Fisher. Kalau bulatan dekat Likas Hospital tu, kita masuk kiri.... jalan terus then akan nampak klinik tu sebelah kiri tepi jalan.

Dah dua kali saya pergi sana untuk rawat gigi saya. Doktornya pun bagus, peralatan pun bagus, servis pun baik. Cabut gigi RM50+, tampal RM60+, bagi putih gigi RM800. Kalau nak datang better buat appoinment terlebih dahulu. Sebab kadang-kadang penuh. Boleh call di talian 088 386 322.

Sebenarnya cabut gigi tak sakit. Sebab gusi dah kena bius. Tak dapat rasa apa-apa. Kalau tampal gigi tak seronok sangat sebab penat kena buka mulut. Apa-apa pun.... jangan takut untuk berjumpa doktor gigi ^^

Senyum.... jangan tak senyum!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!