Selasa, 8 Oktober 2013

Jika Ia Sebenar-Benar Kemaafan

Jika kita melakukan sesuatu itu seikhlas hati, kita tidak akan mengharapkan sebarang balasan. Biarlah Semoga kebaikan yang kita lakukan itu mendapat berkat. Amin ya Rabbal Alamin...

Kita manusia. Tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. "Maafkan saya" atau dalam bahasa Inggeris disebut "I am sorry". Ungkapan ini seringkali disebut selepas kita sedar kita  telah membuat suatu kesalahan .... atau merasa diri kita bersalah atau (kita ingin mengalah dalam suatu hal - yang pastinya bukan salah kita tapi tak nak gaduh... kita mengaku kalah saja) Tapi adakah ia sebenar-benar terbit dari dalam hati? Atau hanya sekadar dari mulut sahaja? Jika ia adalah benar... maka anda adalah orang yang berjaya..... berjaya menundukkan ego sendiri.

Tips minta maaf dengan cara yang nice (dan jangan buat lagi!)
  • Berjumpa sendiri dengan orang yang kita dah buat salah tu. Mengaku salah, then minta maaf... semaaf-maafnya. Luahkan semua apa yang terpendam dalam hati. Pandang tepat ke mata dia. Nak nangis ke atau apa.... terpulang. Yang penting kita dah buat yang terbaik. Tujuan kita datang jumpa orang tu adalah untuk mendapat kemaafan. 
  • Kalau ada extra income boleh bagi hadiah sambil minta maaf. Nak lagi kreatif pun boleh. Buat surprise kat dia. (Biasanya ni untuk pasangan kekasih la)
  • Kalau rasa tak yakin nak jumpa ngan orang, takut orang tu pergi marah kita balik.... kita call saja. Bagi saya.... bagus call dari SMS. Sebab kalau SMS ni kita tak dengar nada keikhlasan tu. Tak ada percakapan spontan di sana. Kan sekarang ni call murah je..... Kalau orang yang marah kat kita tu tak nak jawab fon.... baru la sesuai untuk SMS ;-) That's the correct way... kan?
  • Kalau rasa-rasa pernah post something yang tak berapa nice pasal orang tu contohnya dalam Facebook.... better padam balik la.
  • Lepas minta maaf, jangan cerita benda-benda yang lepas pasal orang tu kat orang lain lagi. Orang kata.... buka buku baru.
  • Akhiri kemaafan itu dengan satu senyuman
  • Tetapkan niat yang ikhlas untuk meminta maaf. Bukan untuk impress orang lain atau kerana terpaksa demi kepentingan diri
Memang sesetengah orang susah untuk memaafkan kerana luka itu terlalu dalam buatnya. Mungkin sekadar perkataan "maaf" itu tidak berbaloi langsung dengan apa yang dirasakan selama ini. Tapi kita sebagai manusia yang berakal perlu mengatasi perasaan itu. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Percaya dengan ketentuan Ilahi kerana semua ini ada hikmahnya. Mungkin luka yang dalam itu membuatkan kita menjadi lebih tabah, lebih berhati-hati dalam hidup.

P/S - Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!