Khamis, 10 Oktober 2013

Jalan-Jalan Cari Makan di Kota Kinabalu

Ada banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Kota Kinabalu. Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai makanan yang enak. Kalau hajat nak makanan simple, berpatutan, segera dan rasa nak bersembang.... boleh try kat tempat-tempat ni.

Fook Yuen Cafe and Bakery
Kedai ni terletak di area Gaya Street, tak jauh dari Pejabat Tourism Sabah. Pelbagai makanan ekonomi disediakan seperti lauk-pauk, fishball, meatball, roti bakar, mi goreng, dim sum dan lain-lain. Berkonsepkan kopitiam. Kalau rasa-rasa petang tu nak makan roti bakar, boleh datang lepak kat sini.

Kedai Kopi Fortune
Nak lagi rasa lebih old school dan feel bila makan roti bakar, boleh singgah ke Kedai Kopi Fortune yang juga terletak di area Gaya Street. Kedai ni memang tak ada perubahan turun temurun, jadi memang old school habis la. Old folks suka lepak kat sini juga. Selain tu, satay sini juga memang best. 

Pick and Pay
Nak snek boleh try kat sini. Terletak di Lintas. Sebenarnya ini adalah mini market tapi disediakan juga tempat duduk. Barang-barang yang dijual kebanyakan barangan import dari luar negara. Tapi ada juga jual sushi, sandwich, kek, buah-buahan, burger etc. Kalau rasa nak cepat, boleh duduk makan kat Pick and Pay. Ada cawangan lain tapi fav. saya kat Lintas ni la. Biasanya akan pergi after habis jogging.

Upperstar
Restoran Upperstar ada beberapa cawangan seperti di Segama, Lintas dan Suria Sabah. Yang ni pula cawangan Damai. Menyediakan makanan Western dan juga local. Tempatnya selesa dan agak romantik la. Harga boleh tahan. Untuk menu seperti gambar di bawah adalah RM8.20 - Nasi Lemak King. 

Lain-lain tempat kalau nak makan kat area Kota Kinabalu (link dalam blog saya):

2 ulasan:

  1. Assalammualaikum...

    Hahaha I was looking for inspiration to order food as one of must-know-skill and came across this blog that you have write eloquently well. I did not know that you are a food lover too. Have to try every suggestion via this page.

    P.S I was one of your hopeless groomsman. :P Hahaha guest who? Hahaha I'm going to suggest people to read this blog. Hahaha being mischievous. Lek bah kidding.... or maybe... Hahahaha

    BalasPadam
  2. Wa' alaikumusalam....

    Thanks. By the way.... not very sure about the "hopeless groomsman". Toing! -_-

    This page is special because I keep updating the links... Wherever I eat and I feel great, it should be on the list.

    Thank you for reading my blog. I hope I can read yours' too ^^

    BalasPadam

Terima kasih!