Jumaat, 4 Oktober 2013

Info Mengenai Kucing

Saya suka binatang especially miaw. ^^ Yeah!

Sesiapa yang belum menjadi member SPCA Sabah atau nama panjangnya Society for the Prevention of Cruelty to Animals.... sila layari ke laman web mereka melalui link ini. 

Di sini saya nak kongsikan sikit info mengenai kucing. Some maklumat ni saya dapat dari TV, ada yang saya observed sendiri dan ada juga yang kawan-kawan cerita kepada saya. Jemput baca... ^^

This is CoCo

1. Kalau kucing dah start tidur terbongkang (dedahkan perut) depan kita.... tu maknanya dia selesa dan betul-betul trust dengan tuan dia. Kucing takkan sesuka hati tunjuk perut ngan sesiapa macam tu sahaja. 

2. Rajin bawa kucing anda ke klinik haiwan.... sekurang-kurangnya bawa pergi vaksin. Make sure kucing dalam keadaan sihat. Kalau tak sihat then pergi vaksin... kucing boleh mati. Vaksin penting untuk prevent kucing terkena penyakit... terutama virus. 

3. Virus sangat bahaya, boleh berjangkit dan membawa maut walaupun dah bagi antibiotik. Antara simptom terkena virus adalah air liur meleleh dan tak nak makan. Certain kucing akan mula pergi ke tempat yang lembab, tertutup dan redup. Tu yang merisaukan tu....

4. Makanan terbaik adalah nasi dan ikan atau makanan basah. Kalau rajin, beli ikan selayang / basung atau tamban, rebus ikan tu dan gaulkan bersama nasi. Nak bulu berkilat, boleh bagi ikan mentah (potong kecil-kecil). Jangan lupa juga perlu bagi makan ubat cacing mengikut aturan yang ditetapkan. Makanan yang tak berapa bagus adalah berbentuk keropok sebab boleh menyebabkan batu karang terutama kepada kucing jantan (menyebabkan maut). Make sure kalau nak bagi makan makanan jenis keropok, sediakan air secukupnya. Air perlu sentiasa diganti bagi mengelakkan pencemaran.

5. Kalau kucing sakit memang kurang selera makan. Apa yang kita perlu buat selain bawa ke klinik, kita paksa dia makan juga. Walau kesian tengok kucing tu... kita kena buat juga. Try bagi makanan basah atau berkuah seperti Whiskas ayam dan hati ayam (kerana lebih berkuah berbanding perisa lain) atau sardin dalam kuah tomato. Tak pun ikan rebus. Kalau tak nak makan... kita bagi dia minuman. Gunakan picagari untuk suap kucing tu. Minuman terpenting untuk kucing sakit adalah glukosa atau air madu. Sebab kebanyakkannya kalau kucing sakit juga mati disebabkan tak makan... dan bukannya sebab sakit.

6. Orang kata orang yang pelihara kucing ni rezeki masuk, boleh hilangkan stress dan tak rasa sunyi.

7. Kita dilarang memukul kucing terutama di kepala. Apatah lagi membunuh dan menzalimi binatang. Nabi Muhammad s.a.w sendiri menyayangi kucing. Baginda mempunyai kucing bernama Mueeza. Suatu hari baginda ingin mengambil jubahnya. Apabila baginda terlihat Mueeza tidur diatas jubah itu, lalu baginda memotong belahan lengan jubah yang ditiduri Mueeza.

8. Kalau bulu kucing mula gugur dan nampak kucing tu sedap menggaru kat bahagian telinga atau kulit, beware of kutu. Better rawat awal sebelum merebak. Ia akan menyebabkan kulit kucing menggerutu dan bulu gugur. 

9. Kucing hitam lebih kuat memburu berbanding kucing putih


Nanti kalau ada info pasal kucing lagi saya akan post dalam blog ni

5 ulasan:

  1. best bila dpt dekat dgn kucing...so sad...saya allergic bulu2 kucing :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waaaa.... nda bole dekat sama miaw. Bahaya tu... resdung or athma

      Padam
  2. gatal2 kak...trus mata bengkak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak. teruknya allergic. Klu mcm tu mmg x bole pgg miaw. :-(

      Padam
  3. Iyaa akak...kadang geram ni tgk anak kucing yg comel2 chubby2...hehe...

    BalasPadam

Terima kasih!