Selasa, 29 Oktober 2013

Cara Berdepan Dengan Orang Yang Cepat Merajuk / Kecil Hati

Kadang-kadang malas nak layan kalau sikit-sikit kecil hati.... merajuk tak tentu pasal.... Tapi kalau ignore terus pun nanti masalah bertambah teruk pula. 

Orang kata orang yang kuat bercakap dan mulut laser sebenarnya mempunyai hati yang sensitif. Betul ke?
Jadi saya ada beberapa tips untuk handle orang cepat merajuk:
  1. Kena bersabar dengan karenah mereka. Kena kawal temper tu sebab kalau dah kecil hati... muka pun jadi masam. Kalau ikutkan hati memang rasa geram, tapi yang dalam hati tu biarkan saja dalam hati. Kena terima la kalau terkena orang kuat merajuk, sabar saja...
  2. Tumpukan perhatian, meng-iya kan dan bagi mereka menang. Nah! Ini la part paling susah sekali. Kalau orang tu dah bising dan mula luahkan ketidakpuasan hati.... sila amik perhatian. Tak payah bertekak sebab nanti tambah parah. Kita kata 'ya' atau anggukkan kepala tak semestinya kita betul-betul setuju, cuma kita tak nak gaduh. Tak apa.... 
  3. Try pujuk. Ni kaedah paling bagus la supaya masalah tak bertambah teruk. Pujuk selagi boleh.
  4. Kalau dah tau orang tu cepat kecil hati, kena kawal tingkah laku dan perkataan yang diungkapkan. Sometimes ada orang tak boleh nak bergurau skit pun. Kalau salah bahasa saja... mula kecil hati. Jadi kalau dah tau ada kawan yang cepat kecil hati.... kena berhati-hati masa bercakap. 
  5. Kalau rasa dah tak tahan dengan perangai kawan yang kuat merajuk, kita boleh cakap kat mereka tentang perasaan kita tapi dengan bahasa yang paling lembut. Kalau tak nak terima juga, baik renggangkan skit la dari berkawan ngan orang tu. Nanti buat sakit kepala saja.
Sebenarnya kehidupan perlu balance. Kita tak boleh menjadi 'pemberi' saja tapi tak jadi 'penerima'. Kalau sikit pun nak merajuk, siapa juga yang tahan? Kalau boleh kurang-kurangkan la sifat tu.... banyak sangat merajuk / kecil hati.... muka cepat tua. :-) Hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!