Khamis, 31 Oktober 2013

Cerita Sebelum Tidur....

Kenapa nak peningkan kepala memikirkan perkara yang negatif? Hidup ini singkat. Cuba jangan layan sangat perasaan tu...

Bulan November merupakan bulan tersibuk pada tahun ini. Nanti the Biggest Boss akan datang melawat UMS selama beberapa hari, lepas tu ada Konvokesyen UMS kali ke-15 selama 3 hari (belum termasuk perarakan berjubah dan perasmian Tamu Gadang). Lepas tu ada audit Fail Terperingkat, audit Pra-Siswazah dan juga pemeriksaan aset. Belum kira lagi mesyuarat dan program yang lain. Bulan tu juga my brother akan berkahwin, jadi sebagai ahli keluarga kena buat persiapan sebaiknya. 

Walau sesibuk mana pun.... friends and family tetap penting. Ada orang sentiasa sibuk walaupun pada hujung minggu. Tapi itu bukan alasan untuk kita tak dapat menikmati our weekend dengan baik. Overtime ni bagus. Itu menunjukkan kita seorang yang hardworking. Tapi kalau asyik-asyik overtime.... nak bawa jalan pun susah.... tak best juga. Lebih baik try to catch up works sebelum tiba Sabtu dan Ahad. And try to reduce browsing Facebook, Twitter, chatting or playing online games.... Kan?
-
-
-
-
Recently sangat rajin update blog sebab bermacam-macam idea berlegar dalam kepala otak.
-
-
-
-
-
Oh ya... teringat satu cerita. Hari tu kawan saya ada hadiahkan saya dua helai kain sarung. Kain yang dihadiahkan ni pun jenis berkualiti dan tentunya mahal. Katanya.... mak yang belikan. Satu untuk my mum and satu lagi untuk saya. Terima kasih! ^^ Kain tu sangat cantik. Masa dia bagi tu kat office. Jadi saya tak buka dulu kain tu. Biarkan berlipat kemas di dalam bungkusan. Dah sampai rumah, punyalah excited nak tengok. Tiba-tiba buka.... ada something wrong pula. Kenapa tiba-tiba kain tu koyak? Koyak digunting pula tu. 


Bukan satu tapi kedua helai kain. Bukan alang-alang kena gunting. Memang rabak. Masa dalam bungkusan, elok saja. Buka satu lipatan, sudah...... nampak dah koyak. Buka terus, lagi banyak koyak. Jadi saya pun bagitau kat kawan saya. Mula-mula dia tak percaya juga sebab katanya, dia jaga kain tu baik-baik. Lagipun kain tu mak dia sendiri yang pilihkan untuk saya. Kalau satu kain saja yang koyak, still boleh consider kedai punyai salah. Ni dua-dua sekali koyak, cara yang sama pula tu. Ada terfikir juga.... siapa la yang sanggup gunting kain tu. Kalau gunting sikit tak apa. Ni gunting macam tak nak bagi orang pakai. Kot ada yang sakit hati pun, janganlah lepaskan geram kat kain tu. Kalau tak puas hati datang terus jumpa. Settle baik-baik. Bayangkan kalau hadiah yang kita nak bagi kat orang lain tu dirosakkan orang, apa kita rasa? Tentunya sedih... Tapi syukur juga la sebab dah dapat dua helai lagi kain sarung baru yang lagi cantik! Jadi total ada dapat 4 helai kesemuanya. Thank you aunty!! ^^ Nota - Kepada yang berkenaan, mohon terasa. Terima kasih.

P/S - Kain sarung yang mula-mula tu mum dah buatkan seluar tido budak (untuk anak buah saya). Jadi tido pun tak panas dan selesa.

-
-
-
-
-
-

By the way..... rasa sangat bersyukur kerana dikurniakan kehidupan yang wonderful! ^^ Setiap hari dari saya bangun pagi, the first person yang saya akan tengok adalah my mum. Go to work and simply redah traffic jam seperti biasa.... masuk office sebelum jam 8.... and received call atau SMS... 'jangan lupa breakfast' from Hafiz. Sometimes kalau ada masa akan breakfast sama-sama or he will buy me something to eat. Everyday akan buat kerja dan perlu buat dengan cepat.... Talking with my colleagues about current issues and ideas... monitoring my staff, tengok muka bos, masuk bilik P.A.... greet pakcik guard yang on duty time tu.... bla bla bla.... same things. Jangan komplen! Cuba untuk extract the values yang kita dapat dari semua tu. Make your life awesome! Be creative! Rutin bukan sesuatu yang membosankan ^^

-
-
-
-
-
-



Okay la. Dah ngantuk.... start dah melalut ntah apa-apa.... Tadi actually tertidur kejap tapi Hafiz called jadi terbangun. Lepas tu segar balik mata then now ngantuk balik dah. Goodnight...

Assalamualaikum... ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!