Jumaat, 25 Oktober 2013

Apa Saya Buat Kalau Balik Kampung

Kalau balik kampung... aktiviti yang dibuat lain sikit dari kebiasaannya. Suasana kampung tu yang mahal....

Balik kampung saja, confirm akan turun ke laut. Ngam lagi air tengah surut, paling best la mengetuk tiram.... cari remis... siput... pancing ikan etc. Kalau uncle tengah pasang pukat, sana la yang paling best! Kat restoran... lobster mahal. Uncle kalau tak pergi off shore, selalunya akan pasang pukat (bintur). Dapat makan seekor lobster pun kira untung dah. Ni kan lagi kalau dapat makan banyak. Seronok dapat makan makanan laut segar.

Antara aktiviti lain kalau kat kampung... petik buah-buahan. Arwah datuk ada dusun. Kalau musim rambutan... etc best la. Buah lain seperti mangga dan kedondong pun selalu saya tarpau bawa balik. Aunty suka tanam bunga, jadi terus bawa balik bunga. Hehehe :b

Paling seronok... saya suka drive keta sorang-sorang dan pusing seluruh pulau Labuan tu. Dapat tengok keindahan alam semulajadi. Lagipun Labuan adalah pulau yang aman. Petang lepak makan satay dan minum air kelapa muda kat Pohon Batu. Walaweh! Bila lagi nak buat macam ni. Masa cuti-cuti saja la!

Ntah la tapi kalau bosan saya suka pergi ke Ujana Kewangan. Lepas tu makan KFC dan pergi duduk kat kerusi urut Rest and Go. Tapi kalau cakap pasal urut ni, pilihan utama saya selain urut kat sana.... saya lagi suka pergi ke lapangan terbang Labuan sebab kerusi urut dia lebih selesa, nampak baru dan tak ramai orang di sana. SWoT.. :b

Gambar tu adalah hasil tiram yang telah dikumpul. Mengetuk tiram bukan senang sebab kena pilih tiram yang baik. Lenguh tangan tau kalau tak biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!