Jumaat, 27 September 2013

Mari ke Jalan Masjid India, Kuala Lumpur : Jimat Style!

Updated 12 Julai 2016
Sekarang semua orang boleh melancong. Lagipun senang saja. Tiket kapal terbang boleh beli online. Baru-baru ni ke Kuala Lumpur bersama mum. Kiranya nak pergi jalan-jalan la ni. Tapi hajat sebenar nak pergi membeli barang. 

Tapi.... bagaimana nak melancong dengan cara yang jimat. Sini saya ada sedikit tips untuk anda.
  1. Rajin-rajin tengok tiket murah. Boleh tengok website MASAir Asia atau Malindo Air. Kalau ada tiket murah.... apa lagi.... book cepat. Biasanya mesti ada promosi. Hari tu dapat tiket murah kat Air Asia. Hanya RM140 pulang balik BKI - KUL. Nak lagi murah (flight + hotel), masuk ke laman web AirAsiaGo.
  2. Booking hotel secara online. Masuk ke laman web seperti Agoda, Booking.com, Hotel.com atau Trivago. Saya tinggal di Citin Hotel Masjid Jamek sebab murah dan lokasi strategik.
  3. Sampai saja kat Terminal LCCT, jangan naik taxi. Mahal. Kena cas dalam RM80. Naik bas lagi best. Hanya RM8+ saja. Bas akan stop kat KL Central. Lagipun bas senang nak dapat. Ada kaunter buka kat airport.
  4. Dah tu.... amik taxi dari KL Central ke tempat penginapan. JANGAN ambil taxi sapu sebab mahal tau! Hari tu risik-risik.... harga yang dia minta (dari KL Central menuju Citin Hotel yang begitu punya dekat) pun RM30. Amik taxi yang sah. Kaunter kupon taxi ada dalam central tu. Harga RM13 sahaja. Nak jimat.... boleh naik LRT juga. Lagi jimat rak sampai RM10.
  5. Nak pulang pun macam tu juga. Amik taxi ke KL Central. Then dari KL Central naik bas ke airport.
Citin Hotel Masjid Jamek.

Buah delima. 5 biji RM10. Beli kat area Jalan Masjid India

Sarapan kat Kopitiam





Kat KL Central

8 ulasan:

  1. Mahal jugak teksi... Nak menapak pon kalo kita bawak beg berat, penat jugak nak menapak sampai lrt tu, hihi

    BalasPadam
  2. Taxi mahal tu taxi sapu. Kalu nk naik taxi naik yg pakai kupon beli d kaunter.

    BalasPadam
  3. byk blog yg dibaca... rata-rata mengatakan CITIN hotel tu x selesa... bilik yg sempit..
    CITIN hotel tu berdekatan tak dgn lrt masjid jamek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, CITIN hotel berdekatan dengan lrt masjid jamek. Standard hotel bajet. Bilik kecil berbanding hotel2 mewah. Lift pun kecil skit. Heheh.... Nak kata tak selesa sangat... tak juga. Boleh pilih sama ada nak bilik ada tingkap atau x ada. Kalau nak bilik yg bagus sedikit boleh juga ke Star Points hotel. Cuma harga ada sedikit berbeza dengan CITIN.

      Padam
  4. yna ambil hotel 2 untuk 1 malam atau 1 hari 1 malam? sebab ade ek kat laman web 2 kat kalendar die, tlis no 1 maksudnya 1 mlm atau shari semalam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy menginap di Citin Hotel untuk 2 malam (means 3 hari 2 malam. Contohnya Jumaat check in... Ahad check out). ^^

      Hanya RM220 tetapi tanpa breakfast. Booking dari Agoda.com boleh dapat murah2. www.agoda.com/

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Terima kasih!