Isnin, 30 September 2013

Post Birthday.... Thank You!

Setelah mendapat beberapa hadiah dari kawan-kawan.... ada satu surprise lagi masa 27 September.... Iaitu sambut post birthday dari Hammie, MyC dan kak Izza yang comel. Sebenarnya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang telah membelanja saya ^^ Walaupun saya dah tak berkhidmat kat SPU lagi.... tapi still nak ucapkan THANK YOU VERY MUCH!!!!!

Hari tu makan kat Chicken Rice Shop 1Borneo. Plan sebenar nak buat masa 26September tapi kebetulan masa tu saya cuti. Jadi tu yang pindah pergi 27 Sept. Sambil-sambil makan, ada kena bagi kek berperisa jem strawberry + kek coklat dan hadiah (daripada kak Izza). Thank you! Huhuhuhu... 

Apa-apa pun, thank you again! ^^
Fav. minuman.  - Calamansi drink



P/S - Thank you Hafiz sebab teman saya makan ngan kawan-kawan.

Jumaat, 27 September 2013

You Langggar.... You Salah.... You Bayar

25hb September 2013.... Hari yang agak tak berapa nice tapi still wonderful sebab dapat hadiah pre-birthday dari kawan-kawan.

Apa yang tak best? Tak best sebab kereta Viva saya accident kat parking 1Borneo. Kat parking lot pun boleh accident. Mana-mana tempat pun kena berhati-hati bila bawa kereta.

Begini ceritanya....

Saya dan adek nak pergi 1Borneo sebab kebetulan hari tu gaji masuk. Jadi hati pun happy la nak pergi membeli belah. Dah amik tiket parking, saya jalan terus nak pegi cari parking best. Tiba-tiba ada satu kereta ni ntah keluar dari arah yang salah, meluru terus. Apa lagi, memang tak sempat nak elak..... BAAAAMMMM!!!! Bumper tanggal sikit, lampu rosak, kereta calar. 

Dah terang lagi bersuluh, orang tu yang salah sebab dia keluar wrong way, dah tu meluru keluar tak tengok orang. Tapi yang buat saya agak rasa tak best adalah dia tak mengaku salah... dah tu salahkan saya sebab tak tengok jalan... then dia siap marah security kat sana tu kenapa buat jalan macam tu. Security tu cakap balik... dah terang-terang ada anak panah kata one way, yang dia pergi jalan wrong way apahal la.... Ntah. Memang hari tu menggeramkan juga. Dah la tak ngaku salah, bayar pun tak nak mula-mula tu. Okay la..... Dia nak panggil mekanik dia sebab nak tengok kalau kerosakan begitu, berapa dia kena bayar. Saya cool lagi. Memang tak marah pun. Time tu pun Hafiz and the geng datang sekali tengok keadaan.

Datang mekanik dia, saya naik angin. Sebab kenapa? Sebab mekanik dia kata saya drive tak guna mata. Pergi langgar orang macam tu saja. Tak faham betul la. Dah terang-terang dia yang keluar jalan salah... dah tu meluru keluar macam tu saja.... pun boleh lagi orang tu kata saya yang salah. Ingat saya ni suka hati nak pergi langgar orang macam tu saja? Sepa suruh tiba-tiba meluru keluar. Memang sengaja supaya buat orang takut. Konon siap called polis lagi ntah Dato' mana dia pergi call. Tak juga datang. Alasan... luar kawasan. Jadi kena settle sendiri. Tak ke pelik tu?

Last sekali Hafiz call polis kat Alam Mesra. Dah tu Darul lagi datang sebab saya tak nak keta saya masuk kat bengkel mekanik pelik tu. So kami minta RM350 ikut kadar kerosakan keta saya. Orang tu tak nak bayar. Dah tu macam orang tak tau dia pergi call konco-konco dia untuk gertak kami. Tiba-tiba datang saja polis tengok apa kes.... orang tu terus bayar RM300. Kata ada duit tapi siapa nak tanggung another RM50? Hish. Tak best betul!! Kalau boleh tak nak lagi jumpa orang-orang tu. Kan bagus kalau dah salah tu bayar terus la. Tak payah nak gertak orang, then nak lengahkan masa.

25hb September memang hari yang pelik. Tiba-tiba 1Borneo black out. Tiket parking Hafiz pula lagi hilang ntah kemana. Lepas tu jalan raya traffic jam gila-gila. 

Mari ke Jalan Masjid India, Kuala Lumpur : Jimat Style!

Updated 12 Julai 2016
Sekarang semua orang boleh melancong. Lagipun senang saja. Tiket kapal terbang boleh beli online. Baru-baru ni ke Kuala Lumpur bersama mum. Kiranya nak pergi jalan-jalan la ni. Tapi hajat sebenar nak pergi membeli barang. 

Tapi.... bagaimana nak melancong dengan cara yang jimat. Sini saya ada sedikit tips untuk anda.
  1. Rajin-rajin tengok tiket murah. Boleh tengok website MASAir Asia atau Malindo Air. Kalau ada tiket murah.... apa lagi.... book cepat. Biasanya mesti ada promosi. Hari tu dapat tiket murah kat Air Asia. Hanya RM140 pulang balik BKI - KUL. Nak lagi murah (flight + hotel), masuk ke laman web AirAsiaGo.
  2. Booking hotel secara online. Masuk ke laman web seperti Agoda, Booking.com, Hotel.com atau Trivago. Saya tinggal di Citin Hotel Masjid Jamek sebab murah dan lokasi strategik.
  3. Sampai saja kat Terminal LCCT, jangan naik taxi. Mahal. Kena cas dalam RM80. Naik bas lagi best. Hanya RM8+ saja. Bas akan stop kat KL Central. Lagipun bas senang nak dapat. Ada kaunter buka kat airport.
  4. Dah tu.... amik taxi dari KL Central ke tempat penginapan. JANGAN ambil taxi sapu sebab mahal tau! Hari tu risik-risik.... harga yang dia minta (dari KL Central menuju Citin Hotel yang begitu punya dekat) pun RM30. Amik taxi yang sah. Kaunter kupon taxi ada dalam central tu. Harga RM13 sahaja. Nak jimat.... boleh naik LRT juga. Lagi jimat rak sampai RM10.
  5. Nak pulang pun macam tu juga. Amik taxi ke KL Central. Then dari KL Central naik bas ke airport.
Citin Hotel Masjid Jamek.

Buah delima. 5 biji RM10. Beli kat area Jalan Masjid India

Sarapan kat Kopitiam





Kat KL Central

Pre Birthday.... Thank You!

Yang paling best adalah bila kita dapat hadiah daripada seseorang. Dan untuk hari tua saya tahun ni.... dapat dua hadiah yang menarik. Tapi sebelum tu.... saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kengkawan yang sudi memberi hadiah birthday kepada saya. Thank you so much! Hadiah yang saya dapat ni akan saya manfaatkan dan akan jaga sebaik-baiknya. :-)

Pertama sekali saya dapat buku Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam. Kali pertama saya pandang buku ni sebelum tu.... memang saya kiranya dah "jatuh cinta" la. Hasrat nak memiliki buku ni agak tinggi. Sebab kandungannya menarik, ada gambar cantik-cantik... Long story short.... buku yang berkualiti. Tiba-tiba dapat pula time birthday. Jadi amat suka la. :-)

Lepas tu dapat teddy bear yang gebu.... comel... besar dan bewarna putih. Nama dia Bebeh. Boleh tak? Hehehe.... Thank you sebab bagi teddy bear ni. Boleh buat koleksi teddy bear dalam bilik sebab sebelum ni ada juga dapat teddy bear yang lain. Tapi ni yang paling cantik sebab warna putih dan sangat lembut!!! Arggh. Geram!

Selasa, 24 September 2013

7 Cara Elak Mengantuk Ketika Mesyuarat

  1. Makan gula-gula. Yang paling best makan gula-gula yang masam. Tak pun, kunyah gula getah. (Cuma certain people rasa mengunyah chewing gum ni tak berapa proper)
  2. Minum kopi atau teh
  3. Keluar sebentar dari bilik mesyuarat. Pergi amik angin segar.. minum air atau ke toilet.
  4. Gerakkan badan atau buat sedikit senaman ketika duduk. Contohnya gerakkan kaki.... luruskan badan etc
  5. Elakkan makan yang berlebihan sebelum mesyuarat. Jenis hidangan juga mempengaruhi sama ada  akan membuatkan kita ngantuk atau tak. Kurangkan makanan berlemak ^^
  6. Hidu bau aroma terapi. (Kalau boleh pasangkan aroma terapi dalam bilik mesyuarat)
  7. * Amalkan gaya hidup sihat. Jangan lupa bersukan dan bersenam. Rehat dan tidur yang cukup ^^

Isnin, 9 September 2013

Throwback 29 Ogos 2013

Pagi-pagi buat kerja seperti biasa. Duduk menghadap computer menguruskan hal duniawi (bak kata Syahrul). Tapi hari tu ada special sikit sebab malam nanti ada gathering between my family and keluarga Hafiz. Datang nak beraya.... ^^

Waktu tu agak kelam kabut juga. Dah kena suruh pulang awal sikit. After 5 terus balik tapi degil juga.... nak balik lambat. Jam 6 baru balik. Lepas tu padah terkena sendiri.... traffic jam pula kat area Yayasan Sabah tak tau apa hal. Then kesesakan berlaku sekali lagi kat Petagas.... yang memang akan sesak setiap kali waktu balik bekerja.... Mana lagi hujan. Tapi tak peduli. Yakin juga akan sampai rumah sebelum jam 8 malam. Dan akhirnya sampai juga kat rumah dengan selamat...

Dah sampai.... mum masak siap-siap. Saya pergi mandi itu ini.... then pakai saja baju kurung yang mana yang saya suka. Simple saja. After that daddy pun dah sampai rumah. Then my sis and dua orang anak buah saya (Hafiz and Asya). Lepas tu Hafiz (bukan Hafiz anak buah.... Hafiz yang satu lagi) sampai dengan parents, berlainan kereta. (Sebab Hafiz dari office.... parents dia dari rumah). Agak excited juga la sebab baru 1st time jumpa family Hafiz. Congceng punya congceng.... memang rancak family kami ni bercerita. Kami dua orang tak campur hal orang tua. Jadi main ngan bebudak dua orang tu saja. Tapi memang bebudak tu suka ngan Hafiz. Tak tau kenapa. Mula la duduk kat badan... bawa cerita bla... bla... blaa... Okay juga sebab memang Hafiz pun suka ngan budak-budak. Senang melayan.

Overall, hari yang agak best juga la. Okay. Habis dah merepek. Nak blah. Pergi airport. ^^ Tata...

Rumah. With my adik

Aktiviti di Hari Ahad yang Mulia 8/9/2013

Tak best kalau asyik bekerja! Kena juga rehatkan diri. Hari Sabtu dah turun kerja..... Jadi hari Ahad tu totally free. Chit chat dengan my mum sambil makan jagung manis rebus dan minum teh pudina.

Lepas tu tengok tanaman yang ada kat sekitar rumah. Tali penggantung bunga tu patah la pula. Then nasib baik ada spare. Jadi tukar kepada yang baru la. Sangkut kat kanopi garaj kereta. 

Then..... usha besi buruk kat tepi rumah tu macam tak berapa nice. Jadi simpan pasu bunga kat sana. At least berisi skit.


Pagi-pagi begini kalau saya keluar tengok halaman.... automatik kekucing saya akan join the club dan lepak kat simen halaman buat aktiviti sendiri. Semua akan berkumpul. Ni memang kebiasaan dah ni. Kat belakang sekali tu kucing taiko. Nama dia Carlitto. 

Dah siap menguruskan tanaman.... saya potong buah epal pula. Sambil tengok TV.


Dah tu bawa my mum keluar jalan-jalan. Nak pergi beli barang-barang rumah... terus nak lepak makan dulu. Dah memang gila makan. Apa boleh buat la.

Tempat paling best kalau nak lepak ngan mum adalah kat Grace Point, Sembulan sebab ada banyak choice. Kali ni saya makan fried mandu, masakan Korea. Dalam tu ada inti isi ayam dan sayur. Rasa macam martabak pun ada. Ini harga dia RM10. rangup kat luar... lembut kat dalam.

Sebelum pergi makan tu.... berjaya membeli pin tudung yang sangat comel ini dengan harga yang begitu murah. Beli kat 1 Place Mall, Putatan. Sebenarnya pin ni dijual sepasang (dalam plastik ada 2x warna yang sama). 1 plastik jual RM4.50. Kalau beli 3x, hanya RM10. Memang sangat comel!! ^^

Windbell Seafood Restaurant - Tanjung Aru

Kalau rasa-rasa nak makan banyak, boleh pergi ke Windbell Seafood Restaurant yang terletak tak jauh dari bandaraya Kota Kinabalu iaitu Tanjung Aru. Nak tau lebih lanjut mengenai restoran ini, sila layari laman web Windbell Seafood Restaurant.

Restoran ini menyediakan makanan buffet steamboat. Untuk dewasa RM30+ dan kanak-kanak adalah RM15+ (tambah 10% service charge). Pelbagai makanan disediakan seperti seafood, sayur-sayuran, nasi goreng, mi goreng, buah-buahan dan kuih-muih. Servis dan layanan amat memuaskan. Siapa-siapa yang nak buat event kat sana pun boleh juga.

Jadi jom pergi Windbell.

Sup steamboat - Kari dan sup ayam

Sabtu, 7 September 2013

A Marvellous Day

Bulan September ni memang gila-gila busy. Saya pun kiranya non-stop juga ni. Dari awal September sampai akhir memang penuh dengan program. 

Baru-baru ni pada 3hb September 2013, Pengerusi LPU datang untuk berjumpa dengan kakitangan sokongan. Jadi waktu tu saya on duty dari pagi sampai petang (sebenarnya dah start sibuk dari hari Merdeka hari tu lagi ^^). Rasa best juga dapat bertemu dengan Tun. Ada juga sedikit nasihat yang Tun berikan kepada saya cara untuk mengamalkan penjimatan dalam universiti. 

Walaupun hari agak kelam kabut juga..... saya berjaya amik hadiah saya dari Kak Izza sebab kebetulan big big boss singgah buat taklimat kat Sekolah Perubatan (tempat saya kerja dulu). Thank you to Kak Izza sebab belikan saya something dari Korea. Suka!! ^^

Habis saja duty dan Tun pun selamat pulang kembali, dah boleh duduk dalam office dan mana-mana kerja yang perlu disiapkan. Waktu tu tengok cantik saja pemandangan kat luar tingkap. Jadi amik la beberapa keping gambar untuk kenangan. 

By the way, thank you kepada semua yang telahpun bertungkus-lumus menjayakan lawatan Tun. ^^

From Korea ^^

Pengerusi LPU UMS datang kat SPU untuk sesi suai kenal dan sedikit taklimat

Waktu petang yang indah di UMS

Rabu, 4 September 2013

Kenangan untuk Disimpan~

Hidup ini bagai frame by frame. Setiap saat yang dilalui pasti tak akan sama dengan yang seterusnya. Kadangkala kita tentunya rindu untuk berada di kenangan itu kembali. Disini saya nak kongsi ngan anda apa yang saya praktikkan, cara nak abadikan kenangan itu. ^^ Tak kira kenangan bersama yang tersayang, kenangan bersama sahabat, kenangan bersama family dan lain-lain. Ada sesetengah orang kata cara saya ni agak tak best, tapi saya tak peduli. Ni la yang saya buat. Percayalah, bila try buka balik 10 tahun lepas tu.... mesti kita rasa rindu dengan kenangan waktu tu.

  • Simpan resit, tag harga baju, tiket kapal, tiket masuk zoo, kad raya, sarung angpow yang orang bagi etc.... semua tu saya simpan or klip dalam diary.
  • Menulis blog dan cerita benda best-best kat dalam blog. Yang tak best..... tak nak cerita banyak.
  • Snap picture dengan aksi yang ntah apa-apa, then simpan dalam handphone atau laptop
  • Amik video. (Terutama bila berada dalam kereta paling senang nak bercakap). Lepas tu ceta ntah apa-apa then simpan video tu dalam laptop.
  • Amik gambar then cuci gambar kat kedai. Cuci saiz kecil dan lekat dalam diary.
  • Apa-apa kad yang paling kita suka, kita sisip / lekat kat tepi cermin. Hari-hari kita akan nampak benda yang sama. Lepas tu mesti senyum. Saya ada dua kad yang paling saya suka. Satu dari mummy. Satu dari Hafiz. 
  • Simpan SMS yang paling kita gemari. Bila kita baca buat kita senyum ^^
  • Benda yang paling suka saya buat adalah.... bila saya dapat bunga ros, saya akan keringkan dan simpan bunga tu baik-baik. (Terhad kepada bunga yang saya suka saja ^^)
P/S - Ntah apa-apa saya merepek..

Ahad, 1 September 2013

He Jia Fo Seafood Restaurant : Halal Muslim Chinese Food

-
-
-
-
-
-
-
-
Sambil menunggu makanan sampai.... 

-
-
-
-
-
-
Antara masakan kegemaran saya adalah masakan Cina. Simple dan sedap. Kalau nak masakan Cina yang halal, boleh pergi ke Restoran He Jia Fo Seafood di Jalan Tuaran berhadapan dengan Razmataz. Restoran ni ada logo Halal dari JAKIM. Ada pelbagai menu yang best dengan harga berpatutan. Tempat kira selesa juga dan bila tengok macam style kopitiam yang lama-lama. 

BUSINESS HOUR
Breakfast / Lunch
7.15AM - 3.15PM

Dinner
6.15PM - 10.15PM