Sabtu, 31 Ogos 2013

Rumah Terbuka Aidilfitri UMS 2013 - My Perspective

Baru-baru ni ada UMS (28hb Ogos 2013) adakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2013. Sebanyak 31 booths dengan 31 macam makanan telahpun disediakan untuk seluruh warga UMS. 

Seperti biasa ada pertandingan booth tercantik dan tanhiah kepada SPKS kerana berjaya mendapat tempat pertama untuk tahun ini. Selain tu, tahun ni saya tak 'beraya' kat SPU lagi sebab dah join Jabatan Canselori. Tapi tak apa, still singgah-singgah juga kat sana. Cuma tak sempat makan ayam penyet SPU sebab ramai orang berbaris amik makanan. Lain-lain makanan best adalah SPL : Buah-buahan, PKPP : Pecal, kelupis + kuah kacang, Canselori : Nasi briyani, rendang, Library : Nasi kuning.... dan lain-lain lagi. Pendek kata semua makanan pun sedap ^^ Dua kali saya round gerai tengok-tengok apa yang best. 

Persediaan booth dah dilakukan sebelum tu. Habis saja buat kerja sekitar jam 7 malam, terus kemas semua barang etc..... then turun pergi dewan tengok apa yang patut. Sekitar jam 12.30AM baru pulang ke rumah. Yang lain-lain.... ada yang balik jam 1 lebih, ada yang jam 4 pagi.... ada yang accident etc... Apa-apa pun tetap nak ucap tahniah kepada warga Jabatan Canselori yang telah bertungkus-lumus menyiapkan booth ini. Walaupun tak menang, tapi tak apa. Semangat kerjasama tu yang penting. Oh ya.... Tema tahun ni adalah EcoCampus. Jadi kebanyakan gerai menggunakan bahan-bahan terbuang seperti botol mineral, kotak, newspaper dan lain-lain untuk dijadikan aksesori hiasan booth. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!