Rabu, 14 Ogos 2013

Miaw...... ^^


Kalau balik kampung saja..... mesti ada 2 ekor miaw yang comel sedang menunggu. Go and Back. Kucing kembar yang paling cute dan paling lembut pernah saya jumpa (geram!). Kalau boleh nak bawa tidur lagi. Sangat manja lagi tu. Memang miaw-miaw la!

Oh ya! Masa saya tengah cuti raya di kampung, tiba-tiba abang saya called pula bagitau ada kucing parsi putih sesat kat rumah. Dah tu tak nak blah pula. Tinggal kat situ saja. Fikir-fikir, tak ada juga jiran yang tengah kehilangan miaw. Jadi decide untuk biarkan saja la. Bagi makan saja macam bagi ngan kucing lain. Miaw tu ada sedikit luka di bahagian pipi, tak tau la gatal atau digigit oleh kucing lain. Tapi biasanya kalau begitu mesti disebabkan gatal-gatal. Miaw ni ada ganas sikit. Teringin nak pegang tapi dia asyik moody. Mesti nak cakar. Jadi tak jadi nak pegang dulu. Nak bagi biasa persekitaran. Dah tu.... baru la groomingkan sikit miaw ni. :-) seronok ada miaw gebu. Ngeeee