Ahad, 25 Ogos 2013

Masakan Express.... Beraya + Lunch

Ntah. Tiba-tiba rasa nak mengajak bebudak office ni (Amy dan Lily) datang ke rumah. Konon nak berhari raya. Dah la hari Jumaat pula tu. Rehat awal. Jadi boleh la pulang ke rumah kejap. Called mum.... mum tak ada. Pergi pulau ngan ahli keluarga yang lain. Kiranya memang tak ada masak apa la.

Dah sampai rumah.... macam lapar pula. Kalau makan kuih raya semata-mata memang tak kenyang la. Tengahari mesti nak makan nasi. Nak tak nak.... kena masak juga ni. Nasib baik nasi ada lagi. Tinggal panaskan balik.

Fikir-fikir nak masak ayam... memang tak sempat sebab still dalam peti ais. Nak tunggu cair lagi. Adei. Lastly masak yang express. Menu masa tu adalah corn soup, fried nuggets and sausages, cucumber with dried shrimps. Masak simple pun okay. Yang penting kenyang. :-) ngeeeee......

P/s - tahun ni ntah buat open house atau tak. Asyik sibuk saja. Foto kredit to Amy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!