Ahad, 4 Ogos 2013

Jom Makan Kat Sugarbun

Antara kedai fastfood yang paling saya minat adalah Sugarbun. Memang dari dulu lagi masa belajar kat Sarawak.... memang selalu makan kat sana. Antara menu yang tak boleh tahan kat Sugarbun adalah menu ikan talapia - Sambal Eco Fish. Kepada peminat ikan air tawar.... leh try kat Sugarbun. 

Menu ni simple tapi sedap iaitu ikan talapia digoreng garing, sedikit pickles, nasi putih dan tiga jenis sambal berlainan. Harga untuk ala-carte adalah RM12+ dan untuk set dengan Coca Cola adalah RM14+. Antara menu lain yang sedap adalah chicken / beef burger, ayam goreng dan three layer tea. Kalau kat area Kota Kinabalu, Sugarbun ada kat Tanjung Aru dan Gaya Street. Nak tahu lebih lanjut mengenai Sugar Bun, sila layari laman web mereka.

Sugar Bun di Tanjung Aru best sebab dekat ngan pantai. Boleh duduk kat kerusi luar atau dalam. Luar syok sikit sebab ada angin sepoi-sepoi bahasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!