Rabu, 7 Ogos 2013

Hari Terakhir Sebelum Aidilfitri Menjelang Tiba

Ramai staff yang dah mula bercuti.... Tinggal la beberapa orang saja yang berada dalam office ni. Saya confirm tak cuti punya. Tapi hari sebelum raya ada pelepasan awal kuar office untuk staff. Jadi saya hari ni kiranya half day la ni. Suasana memang lengang. Tengok blok Utara pun macam tak ada orang dah. Tengok blok Selatan pun sama juga keadaannya. Tapi waktu ni la yang paling seronok kerja sebab keadaan tak terlalu rush sangat. Bagi saya, seronok kalau amik cuti selepas raya sebab masa tu orang dah start kerja balik.... tapi kita relax berholiday.

Parking lot yang kosong

Ramadhan dah nak habis. Rasa rindu sebab setiap kali datangnya bulan yang mulia ini, disini la kita berlumba-lumba mengerjakan ibadah kerana pahalanya yang berlipat-ganda. Ramai orang berpusu-pusu ke masjid untuk Solat Terawih dan ada yang rajin menghulurkan sedekah untuk yang memerlukan. Tak lupa juga kepada yang memberi orang berpuasa makan, mudah-mudahan hidup mereka sentiasa diberkati Allah s.w.t.... Amin ya rabbal alamin...

Tapi bila tibanya Syawal, suasana Aidilfitri tu la yang ditunggu-tunggu kerana disanalah kita boleh berjumpa sanak saudara, bergembira bersama-sama dan yang paling best.... boleh pergi open house! Seronok tengok orang pakai baju bewarna-warni, dapat makan biskut raya yang comel, dapat angpow raya dan kawasan rumah penuh ngan lampu pelita. (Nak pergi beli Kerosin kalau kat KK ni... ada jual kat Shell berdekatan DBKK. Tapi Hafiz kata.... nak senang... pergi ke lapangan terbang. Betul tak Hafiz? Nak tau kenapa? Klik link ini.)

-
-
-
-
-
-

Sepanjang Ramadhan ni.... alhamdulillah.... kehidupan dan kesihatan bertambah baik. Kerja juga berjalan dengan lancar, walaupun berpuasa... malah lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Berbuka puasa bersama rakan-rakan dan family dapat mengeratkan silaturahim. Bukan selalu dapat makan bersama-sama kerana masing-masing mempunyai komitmen sendiri, jadi time bulan Ramadhan tu la masa paling sesuai untuk duduk semeja ^^

Masa ni la traffic jam di bahagian bandar terutama malam sebelum raya. Orang berpusu-pusu membeli jualan murah dan beli barangan raya last minute. Sebab dulu pernah experience juga benda ni. Memang gila-gila jem. Nak ikut jalan lain pun tak dapat dah kalau dah terperangkap dalam bandaraya. Dah tu.... area Kinarut, Papar juga akan sesak sebab orang nak pulang kampung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!