Sabtu, 31 Ogos 2013

Beautiful Danum Valley

Danum Valley terletak di Lahad Datu, Sabah. Maklumat lanjut sila layari Danum Valley, Sabah

Nak lagi thrill perjalanan ke Lahad Datu, bawalah kereta. Make sure  kereta four wheels sebab bila masuk kat Lembah Danum nanti, tentunya bukan jalan tar. Lebih kurang dalam 1 jam lebih juga perjalanan dari simpan Lembah Danum masuk ke dalam research area tu. Dan memang tak ada line kalau masuk ke dalam tu. Tapi tak apa, ada Borneo Rainforest Lodge untuk kemudahan tempat tinggal dan internet. Untuk pengetahuan, Prince William and Kate Middleton juga pernah melawat Danum Valley. ^^

Sebenarnya hari tu ada lawatan Pengerusi LPU UMS ke Danum Valley. Jadi saya join sekali. Ada macam-macam aktiviti yang dijalankan seperti safari night, canopy walk, tree planting etc. Untuk makluman, semasa bulan mengambang.... binatang tak keluar memburu dan cari makan. Mereka agak malu-malu sikit masa tu. Jadi kalau buat safari night time bulan mengambang, agak tak berapa best la. Masa lawatan kami tu pun bulan tengah terang. Tapi nampak juga beberapa red giant flying squirrel dan berjaya tengok benda alah tu terbang hinggap kat pokok lain.

Ada aktiviti canopy walk juga dimana kita leh naik kat atas pokok yang tinggi-tinggi tu (ada jambatan disediakan). Memang best kalau jalan awal-awal pagi. Lepas kita dah jejak tanah balik, kita jalan kaki pergi lodge. Sana kita boleh tengok binatang seperti mouse deer, orang utan, hornbill dan lain-lain. Yang paling famous kat Danum Valley ni tak lain tak bukan.... Pacat Ada macam-macam jenis pacat tapi yang bikin takut tu Tiger Leech sebab size dia besar sikit banding yang lain. Orang lain tak kena hinggap pacat pula tapi saya kena 3x pacat. 2 kecil, 1 besar. Nasib baik saya tak geli pacat. Haha XD Dan nasib juga la pacat tu tak sempat hisap darah sebab saya pakai sarung kaki khas dan baju lengan panjang.

Kepada sesiapa yang nak datang melawat Sabah, jangan lupa singgah ke Danum Valley di Lahad Datu. ^^






-
-
-
-
-
-
-
Sempat singgah ke Kundasang, Sabah sebelum teruskan perjalanan ke Lahad Datu

Rumah Terbuka Aidilfitri UMS 2013 - My Perspective

Baru-baru ni ada UMS (28hb Ogos 2013) adakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2013. Sebanyak 31 booths dengan 31 macam makanan telahpun disediakan untuk seluruh warga UMS. 

Seperti biasa ada pertandingan booth tercantik dan tanhiah kepada SPKS kerana berjaya mendapat tempat pertama untuk tahun ini. Selain tu, tahun ni saya tak 'beraya' kat SPU lagi sebab dah join Jabatan Canselori. Tapi tak apa, still singgah-singgah juga kat sana. Cuma tak sempat makan ayam penyet SPU sebab ramai orang berbaris amik makanan. Lain-lain makanan best adalah SPL : Buah-buahan, PKPP : Pecal, kelupis + kuah kacang, Canselori : Nasi briyani, rendang, Library : Nasi kuning.... dan lain-lain lagi. Pendek kata semua makanan pun sedap ^^ Dua kali saya round gerai tengok-tengok apa yang best. 

Persediaan booth dah dilakukan sebelum tu. Habis saja buat kerja sekitar jam 7 malam, terus kemas semua barang etc..... then turun pergi dewan tengok apa yang patut. Sekitar jam 12.30AM baru pulang ke rumah. Yang lain-lain.... ada yang balik jam 1 lebih, ada yang jam 4 pagi.... ada yang accident etc... Apa-apa pun tetap nak ucap tahniah kepada warga Jabatan Canselori yang telah bertungkus-lumus menyiapkan booth ini. Walaupun tak menang, tapi tak apa. Semangat kerjasama tu yang penting. Oh ya.... Tema tahun ni adalah EcoCampus. Jadi kebanyakan gerai menggunakan bahan-bahan terbuang seperti botol mineral, kotak, newspaper dan lain-lain untuk dijadikan aksesori hiasan booth. 







Ahad, 25 Ogos 2013

Masakan Express.... Beraya + Lunch

Ntah. Tiba-tiba rasa nak mengajak bebudak office ni (Amy dan Lily) datang ke rumah. Konon nak berhari raya. Dah la hari Jumaat pula tu. Rehat awal. Jadi boleh la pulang ke rumah kejap. Called mum.... mum tak ada. Pergi pulau ngan ahli keluarga yang lain. Kiranya memang tak ada masak apa la.

Dah sampai rumah.... macam lapar pula. Kalau makan kuih raya semata-mata memang tak kenyang la. Tengahari mesti nak makan nasi. Nak tak nak.... kena masak juga ni. Nasib baik nasi ada lagi. Tinggal panaskan balik.

Fikir-fikir nak masak ayam... memang tak sempat sebab still dalam peti ais. Nak tunggu cair lagi. Adei. Lastly masak yang express. Menu masa tu adalah corn soup, fried nuggets and sausages, cucumber with dried shrimps. Masak simple pun okay. Yang penting kenyang. :-) ngeeeee......

P/s - tahun ni ntah buat open house atau tak. Asyik sibuk saja. Foto kredit to Amy.

Sabtu, 24 Ogos 2013

Dia adalah Cinta

Semalam 23 Ogos 2013.... ada open house raya di rumah Datuk VC. Saya minta Hafiz hantar sebab tak ingat mana rumah Datuk walaupun sebenarnya dah pernah pergi. Apooo da! Makan punya makan.... hari-hari makan.... rasanya berat badan dah bertambah sikit tapi kira okay la sebab seluar dah fit balik. Mula-mula tu longgar. Rasa diri kurus sangat. -_- ni sekarang dah berisi sikit. Harap-harap tak naik pula sampai seluar tak muat.

Sebenarnya gambar-gambar ni bukanlah lukisan tapi hasil suntingan menggunakan paper artist, satu lagi app dari Samsung. Mudah digunakan dan very simple la. Gambar-gambar ni adalah corak di baju. . Semuanya bercorak..... LOVE!!! Suka sangat. Terima kasih. :-)



Khamis, 22 Ogos 2013

Desa Cattle, Kundasang - Cantik!

Kebetulan masa tu amik cuti. Dan dah plan untuk ke tempat yang jauh sikit daripada bandar. Jadi pilih ke Kundasang. Memang teringin nak pergi ke Desa Cattle sebab nak rasa suasana ala New Zealand. 

Kalau nak ke Desa Cattle, tiket masuk harga RM4. Adalah dinasihatkan bagi sesiapa yang guna kereta rendah, jalan agak berliku sikit. Jadi keta pandai sangkut juga la. Nak senang better guna four wheels. 

Dah masuk ke area Desa Cattle, boleh pergi kat kilangnya sekali. Ada jual fresh milk harga murah sikit berbanding kat supermarket. Memang best la. Boleh amik gambar cantik-cantik. Selalu kalau orang amik pre-wedding shoot pun kat sini juga. Tak rugi singggah kat sini sebab tempat ni sejuk. Cuma ada area bau kureng sikit sebab.... yalah.... ladang lembu.

Tapi apa-apa pun, tempat ni perfect untuk di lawati.







-
-
-
-
-

Ni kat War Memorial, Kundasang. Tak jauh dari Desa Cattle.

Rabu, 14 Ogos 2013

Miaw...... ^^


Kalau balik kampung saja..... mesti ada 2 ekor miaw yang comel sedang menunggu. Go and Back. Kucing kembar yang paling cute dan paling lembut pernah saya jumpa (geram!). Kalau boleh nak bawa tidur lagi. Sangat manja lagi tu. Memang miaw-miaw la!

Oh ya! Masa saya tengah cuti raya di kampung, tiba-tiba abang saya called pula bagitau ada kucing parsi putih sesat kat rumah. Dah tu tak nak blah pula. Tinggal kat situ saja. Fikir-fikir, tak ada juga jiran yang tengah kehilangan miaw. Jadi decide untuk biarkan saja la. Bagi makan saja macam bagi ngan kucing lain. Miaw tu ada sedikit luka di bahagian pipi, tak tau la gatal atau digigit oleh kucing lain. Tapi biasanya kalau begitu mesti disebabkan gatal-gatal. Miaw ni ada ganas sikit. Teringin nak pegang tapi dia asyik moody. Mesti nak cakar. Jadi tak jadi nak pegang dulu. Nak bagi biasa persekitaran. Dah tu.... baru la groomingkan sikit miaw ni. :-) seronok ada miaw gebu. Ngeeee

Photoshoot untuk Eid Mubarak

Agak lama juga tak update blog. Maklumlah.... Hari Raya Aidilfitri.... Sibuk menziarahi saudara mara dan kawan-kawan. Tapi yang pastinya saya tak amik cuti after raya (means hari Isnin dah start kerja balik). Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.... Ku susun 10 jari memohon kemaafan kepada sesiapa yang pernah ku terkasar bahasa atau buat salah.

Sempena hari raya ni.... saya mengambil kesempatan untuk mengadakan sesi photoshoot di Pulau Labuan yang begitu indah ini. Lokasi kat Pantai Batu Manikar dan telah diadakan pada Hari Raya ke-2. ;-)






P/S - Jika ingin memohon kemaafan... pinta la seikhlas hati.

Rabu, 7 Ogos 2013

Hari Terakhir Sebelum Aidilfitri Menjelang Tiba

Ramai staff yang dah mula bercuti.... Tinggal la beberapa orang saja yang berada dalam office ni. Saya confirm tak cuti punya. Tapi hari sebelum raya ada pelepasan awal kuar office untuk staff. Jadi saya hari ni kiranya half day la ni. Suasana memang lengang. Tengok blok Utara pun macam tak ada orang dah. Tengok blok Selatan pun sama juga keadaannya. Tapi waktu ni la yang paling seronok kerja sebab keadaan tak terlalu rush sangat. Bagi saya, seronok kalau amik cuti selepas raya sebab masa tu orang dah start kerja balik.... tapi kita relax berholiday.

Parking lot yang kosong

Ramadhan dah nak habis. Rasa rindu sebab setiap kali datangnya bulan yang mulia ini, disini la kita berlumba-lumba mengerjakan ibadah kerana pahalanya yang berlipat-ganda. Ramai orang berpusu-pusu ke masjid untuk Solat Terawih dan ada yang rajin menghulurkan sedekah untuk yang memerlukan. Tak lupa juga kepada yang memberi orang berpuasa makan, mudah-mudahan hidup mereka sentiasa diberkati Allah s.w.t.... Amin ya rabbal alamin...

Tapi bila tibanya Syawal, suasana Aidilfitri tu la yang ditunggu-tunggu kerana disanalah kita boleh berjumpa sanak saudara, bergembira bersama-sama dan yang paling best.... boleh pergi open house! Seronok tengok orang pakai baju bewarna-warni, dapat makan biskut raya yang comel, dapat angpow raya dan kawasan rumah penuh ngan lampu pelita. (Nak pergi beli Kerosin kalau kat KK ni... ada jual kat Shell berdekatan DBKK. Tapi Hafiz kata.... nak senang... pergi ke lapangan terbang. Betul tak Hafiz? Nak tau kenapa? Klik link ini.)

-
-
-
-
-
-

Sepanjang Ramadhan ni.... alhamdulillah.... kehidupan dan kesihatan bertambah baik. Kerja juga berjalan dengan lancar, walaupun berpuasa... malah lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Berbuka puasa bersama rakan-rakan dan family dapat mengeratkan silaturahim. Bukan selalu dapat makan bersama-sama kerana masing-masing mempunyai komitmen sendiri, jadi time bulan Ramadhan tu la masa paling sesuai untuk duduk semeja ^^

Masa ni la traffic jam di bahagian bandar terutama malam sebelum raya. Orang berpusu-pusu membeli jualan murah dan beli barangan raya last minute. Sebab dulu pernah experience juga benda ni. Memang gila-gila jem. Nak ikut jalan lain pun tak dapat dah kalau dah terperangkap dalam bandaraya. Dah tu.... area Kinarut, Papar juga akan sesak sebab orang nak pulang kampung.

Ahad, 4 Ogos 2013

Resepi Biskut Cornflakes Madu

Resepi kedua untuk hari raya tahun ni adalah Biskut Conflakes Madu, biskut yang paling senang nak buat.... dan paling express.

Cara-caranya:
Bahan yang diperlukan hanyalah butter, cornflakes, madu, gula kastor. Caranya pun mudah saja. Cairkan butter. Masukkan gula dan madu secukup rasa. Then masukkan conflakes. Gaulkan. Tu saja. Lepas tu boleh dah masukkan ke dalam cup kertas tu dan susun comel-comel. Nak lagi best, taburkan manik gula yang warna warni tu kat atas cornflakes. Panaskan oven bersuhu 150 darjah C. Dan bakar selama 5 minit. 



Taaa Daaaa.....!

Jom Makan Kat Sugarbun

Antara kedai fastfood yang paling saya minat adalah Sugarbun. Memang dari dulu lagi masa belajar kat Sarawak.... memang selalu makan kat sana. Antara menu yang tak boleh tahan kat Sugarbun adalah menu ikan talapia - Sambal Eco Fish. Kepada peminat ikan air tawar.... leh try kat Sugarbun. 

Menu ni simple tapi sedap iaitu ikan talapia digoreng garing, sedikit pickles, nasi putih dan tiga jenis sambal berlainan. Harga untuk ala-carte adalah RM12+ dan untuk set dengan Coca Cola adalah RM14+. Antara menu lain yang sedap adalah chicken / beef burger, ayam goreng dan three layer tea. Kalau kat area Kota Kinabalu, Sugarbun ada kat Tanjung Aru dan Gaya Street. Nak tahu lebih lanjut mengenai Sugar Bun, sila layari laman web mereka.

Sugar Bun di Tanjung Aru best sebab dekat ngan pantai. Boleh duduk kat kerusi luar atau dalam. Luar syok sikit sebab ada angin sepoi-sepoi bahasa.

Iftar Bersama Geng....

Nama saja satu office tapi tak pernah berbuka puasa bersama-sama. Maklumlah.... masing-masing ada komitmen sendiri.

Jadi..... janji punya janji..... akhirnya dapat juga buka puasa bersama. Mula-mula nak makan kat tempat lagin tapi full la pula. Lepas tu makan kat Pizza Hut. Sana saja yang available. -_- Tak apa la. Kira best juga la dapat berbuka puasa bersama-sama geng satu kepala ni kan. Sebab banyak juga cerita-cerita yang boleh dikongsikan. Mana lagi semuanya gila-gila.... memang tak bosan la dengar cerita mereka.

Apa-apa pun, thanks geng! Ramadhan pun dah nak habis dah.... lepas tu sambut Hari Raya Aidilfitri lagi. Selamat pulang ke kampung halaman dan selamat bercuti!


Muka serius konon. Hehehe

Sabtu, 3 Ogos 2013

Organic Brown Rice and Aloe Vera

Kalau mandi guna sabun yang best.... mesti rasa nak mandi lama sikit.

Nak promote sabun Organic Brown Rice and Aloe Vera dari Guardian. Harga RM18+. Made in Korea. Sabun ni best sebab guna sikit saja dah kuar begitu banyak buih. Bau harum tapi tak juga terlalu kuat sangat. Tapi memang sure best la.

Lepas guna sabun ni, rasa calm saja... plus kulit terasa lebih halus. Produk dari Guardian dan Watson juga bagus dan berkualiti. Jadi sesiapa yang tak try lagi... just give a try! Mesti tak rugi punya.