Isnin, 1 Julai 2013

Oxy-Nase Nasal Spray untuk Hidung Tersumbat

Hidung tersumbat memang tak best. Nak tidur pun tak selesa, nak makan pun tak senang.... nak buat kerja pun susah. Tambahan lagi kalau terkena kat dalam aircond.... memang tak boleh blah. 

Tapi jangan risau. Sekarang dah ada jalan penyelesaiannya. Tapi saya tak galakkan sangat beli benda ni.... cuma kalau betul-betul tak boleh tahan dah dengan hidung yang asyik tersumbat.... anda boleh gunakan Oxy Nase Nasal Spray. Harga antara RM13 hingga ke RM19. Boleh didapati di farmasi berdekatan.

Cara-caranya.... masukkan nozzle kat dalam hidung dan spray. Mula-mula akan rasa tak berapa selesa sangat.... dan akan bersin kerana tindak balas ubat. Lepas tu boleh jadi running nose. Kalau rasa-rasa tersumbat lagi, spray sekali lagi. Then mesti hidung akan rasa lega. Tindakbalas bertahan selama 6 jam.

P/S - Baca manual sebelum menggunakan ubat ini. Ubat ini tidak boleh digunakan lebih dari tiga hari atau akan mendatangkan kesan sampingan. Selain itu, saya juga suggest anda makan ubat Clarinase jika mengalami running nose.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!