Selasa, 9 Julai 2013

Makanan Manis.... Akhirnya Sakit Gigi

Betul.... makanan manis ni berbahaya.... Bukan sahaja menyebabkan kencing manis, malah sakit gigi juga!

Kalau hati yang sakit.... still boleh lagi buat kerja walaupun mulut tengah membebel. Tapi kalau sakit gigi, buat kerja pun macam tak dapat dah. Kepala tunduk kat desk, tangan pegang pipi sebab tahan sakit gigi. Dan sebenarnya..... saya pernah mengalami sakit gigi yang sangat teruk. 

Kalau gigi berlubang ni kan, sana la lidah tu rasa gatal nak sumbat chewing gum la apa la kat lubang tu. Lepas tu ada satu renjatan elektrik yang menyebabkan gusi terasa begitu sakit. Sendiri mau tanggung la. Tapi macam best juga sebab bukan selalu kena perasaan macam ni nih. Hihi... Saya dah start merepek dah.

Gini la. Sebenarnya kita perlu kurangkan makanan manis sebab akan membuatkan gigi rosak. Saya akui saya memang gila makan chewing gum, makan gula-gula dan minum yang manis-manis. Lepas tu sekarang baru padan muka kerana gigi dah berlubang. Kos untuk cabut gigi di sekitar Kota Kinabalu adalah RM50 ke atas. Kalau kat Semenanjung mahal sikit. Dulu pernah cabut juga masa study kat sana. RM90 woh kena cas. 

Tapi bagi saya, best lagi cabut gigi ni berbanding tampal gigi. Sebab kalau tampal-menampal ni.... lambat betul. Korek sana sini lagi. Kalau cabut gigi, jarum gusi dulu.... then... jalannnnn.... Hahah.

Nasihat daripada saya..... 

  • Amalkan pemakanan sihat
  • Rajin berus gigi
  • Kurangkan makanan manis
  • Kalau gigi berlubang cepat-cepat jumpa doktor
  • Selagi gigi tu dapat ditampal, tampal saja. Jangan cabut kerana ramai orang yang tak ada gigi nak tanam gigi balik. Tapi kosnya beribu ringgit. 


Jadi.... sayangi gigi anda! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!