Khamis, 18 Julai 2013

Buffet Ramadhan di Promenade Hotel, Kota Kinabalu

Bulan Ramadhan Al-Mubarak, di mana kita berpuasa selama sebulan serta memperbanyakkan amal ibadah. 

Tapi kepada peminat tegar makanan, ada satu tempat berbuka puasa yang best kalau kat area Kota Kinabalu ni. (sungkai kalau orang Sabah bilang). Nak makanan yang pelbagai, cuba pergi ke Promenade Hotel Kota Kinabalu (RM108). Juadah sebegini adalah khas untuk bulan Ramadhan sahaja.

Ada macam-macam jenis makanan yang disediakan seperti grill lamb, gado-gado, masakan Melayu, seafood, kuih-muih, ABC dan ais-krim. Nak mengetahui lebih lanjut mengenai Hotel Promenade Kota Kinabalu, sila klik ini.

Sebenarnya berbuka puasa tak perlu makan banyak dan disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Amalan membazir seperti membeli makanan yang banyak di bazaar Ramadhan bukanlah suatu amalan yang betul. Tips saya menjimatkan duit di bulan Ramadhan adalah..... balik rumah makan nasi terus. Tak perlu singgah pergi bazaar. Kalau rasa-rasa nak singgah juga, saya hanya akan beli kuih limit dalam RM2 hingga ke RM3 sahaja. Di samping tu, boleh juga diet. Kalau ikutkan cara saya adalah, makanan masa berbuka tu adalah makan malam juga. Then masa sahur saya tak makan nasi. Just makan kurma dan minum air. Tapi kalau nak makan nasi juga, just makan dalam kadar yang sikit. (Tapi puasa tahun ni berbeza sikit sebab kurang jimat dan kurang diet. Haha :b)

Sebenarnya masa ni kebetulan ada majlis berbuka puasa dan venue adalah kat Promenade. Tu yang dapat makan best tu ^^ Tak apa la. Sekali sekala...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!