Ahad, 28 Julai 2013

Berbuka Puasa di Homes, 1Borneo

Memang tempat makan favorite saya adalah kat Homes, 1Borneo. Tak tau dah berapa kali saya post entry yang ada kaitan ngan Homes. 

Tapi kalau nak tempat makan best untuk berbuka puasa sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak ini.... try makan kat sini. Ada pelbagai menu yang enak untuk dirasa. Saya suka makan kat sini sebab makanan simple dan tak banyak rempah. Lagipun environment juga selesa. 

Menu yang mesti try kalau kat Homes ni adalah Kam Heong Chicken / Udang dan Marmite Chicken Rice.  Kepada peminat sup herba, boleh juga try kat sini. Lagi best.... kalau weekdays ada promotion untuk lunch. Hanya RM6.90++ termasuk makanan dan minuman (iced lemon tea).

Kepada yang tak try makan kat sini lagi, jom la singgah. Terletak kat tingkat paling bawah 1Borneo, berhadapan dengan Pancake House. (Lot C-608, Lower Ground, 1Borneo Hypermall)




P/S - Saya memang suka bawa kawan-kawan saya makan kat sini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!