Rabu, 31 Julai 2013

Another Good Books

Walau saya tak gemar baca novel..... Tetapi membaca tetap salah satu hobi saya. Sebelum melelapkan mata.... saya akan baca buku selain daripada menulis diari atau bertelefon atau buka internet. Hehehe....

Baru-baru ni jalan kat Suria Sabah dan macam biasa la akan lepak kat kedai buku Times. Duduk punya duduka.... Tiba-tiba terpikat ngan dua buku ni. Ni memang subjek kegemaran saya sepanjang zaman..... :b (saya juga ada buku lain seperti Membongkar Rahsia Dajjal, Yakjuj dan Makjuj, The Choice Ahmad Deedat - Dialog Kristian & Islam dan Keajaiban Allah). Buku-buku macam gini memang banyak memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

Oh ya. Kalau nak tengok banyak lagi buku best dan tempat membaca free yang selesa selain library, jom pergi kedai buku Times. Kalau kat area KK ni yang saya tau ada kat Suria Sabah dan 1Borneo. 

Tak apa buang sikit duit untuk beli buku yang berfaedah. Ilmu itu akan tersimpan juga dan mudah-mudahan kita akan praktikkan. Dan jika kita share ngan orang lain, kita juga akan mendapat lebih banyak lagi ilmu selepas itu. In Shaa Allah :-)

RM37+

RM35+

P/S - Tq Hafiz sebab sponsor skit beli buku ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!