Rabu, 31 Julai 2013

Another Good Books

Walau saya tak gemar baca novel..... Tetapi membaca tetap salah satu hobi saya. Sebelum melelapkan mata.... saya akan baca buku selain daripada menulis diari atau bertelefon atau buka internet. Hehehe....

Baru-baru ni jalan kat Suria Sabah dan macam biasa la akan lepak kat kedai buku Times. Duduk punya duduka.... Tiba-tiba terpikat ngan dua buku ni. Ni memang subjek kegemaran saya sepanjang zaman..... :b (saya juga ada buku lain seperti Membongkar Rahsia Dajjal, Yakjuj dan Makjuj, The Choice Ahmad Deedat - Dialog Kristian & Islam dan Keajaiban Allah). Buku-buku macam gini memang banyak memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

Oh ya. Kalau nak tengok banyak lagi buku best dan tempat membaca free yang selesa selain library, jom pergi kedai buku Times. Kalau kat area KK ni yang saya tau ada kat Suria Sabah dan 1Borneo. 

Tak apa buang sikit duit untuk beli buku yang berfaedah. Ilmu itu akan tersimpan juga dan mudah-mudahan kita akan praktikkan. Dan jika kita share ngan orang lain, kita juga akan mendapat lebih banyak lagi ilmu selepas itu. In Shaa Allah :-)

RM37+

RM35+

P/S - Tq Hafiz sebab sponsor skit beli buku ^^

Ahad, 28 Julai 2013

Abadikan Gambar Makanan

Saya memang suka masak. Walaupun tak la terrer sangat dan bolehlah kampung-kampung..... saya tetap suka masak juga.

Dan memang gila amik gambar... -_- (Typical Asian maaa....)

Setiap apa yang kita masak tu mesti ada perasaan kasih sayang. Baru la masakan tu sedap. (Ntah la betul atau tak tapi aura tu kena ada juga. Rasanya betul la tu kot teori pelik saya ni).

Rasa rindu nak masakkan untuk orang-orang yang kita sayang. Dan kalau dah start rindu tu, mula la pergi membeli bahan-bahan. Saya orang bekerjaya, jadi biasanya Isnin sampai Jumaat memang tak ada kat rumah.  (Selalu balik lambat) Untuk balas dendam balik, Sabtu Ahad kena juga turun dapur untuk masak. 

Oleh kerana saya suka amik gambar, jadi saya selalu abadikan gambar masakan saya. Ntah la.... saya pun tak tau kenapa suka sangat buat macam tu. Ada orang kata penyakit mental. Hahaha... tapi saya tak kisah. Janji saya happy.

 Sarapan pagi! Sayur, nugget dan roti

 Ayam goreng special

 Kek batik coklat

 Cucur sayur dan green tea

 Sup labu putih (atas), Telur dalam capsicum (kiri), ayam goreng (kanan)

 Mi goreng

 Spaghetti dan bebola daging + keju

Ketam goreng dan sup sayur betik muda

Popia Kecil - Kuih untuk Hari Raya Aidilfitri

Ini la..... kalau time puasa, banyak pula entry pasal makanan. Tapi tak apa. Untuk raya tahun 2013 ni.... akan buat secara sederhana saja seperti tahun-tahun sebelumnya. Walaupun ada banyak jual biskut raya (kuih tunjuk)... tapi saya nak juga buat homemade biscuit. 

Tak ada alasan kata orang yang bekerja tak sempat buat kuih raya. Buat yang simple-simple dah.... Kan? Kuih raya pertama yang saya buat adalah Popia Kecil atau kuih Serunding Udang. Ni memang all time favorite ni. Kalau nak tempah pun boleh juga... cuma nak lebih puas hati.... better buat sendiri kan? ^^




P/S - Sekarang inti serunding udang ni pun dah ada jual yang siap sedia. Tinggal nak beli kulit popia saja, then gulungkan macam biasa.

Berbuka Puasa di Kenny Rogers Roasters, 1Borneo

Ni lagi satu. Favorite shopping mall saya adalah 1Borneo Hypermall sebab dekat ngan tempat kerja saya. 

Kepada yang suka makan ayam panggang dengan kuah BBQ yang enak, try makan kat Kenny Rogers Roasters. Selain kat sini, ada satu lagi cawangan yang dekat iaitu kat Centre Point. 

Who is Kenny Rogers???
Kita suka makanan masakan Mr. Rogers tapi kita tahu siapa dia? Dia ni penyanyi dan song writers sebenarnya. Tapi saya tak nak explain panjang. Kalau nak tau lebih lanjut pasal beliau ni, jom google Wikipedia - Kenny Rogers.

Okeh. Berbalik kepada cerita makan-makan. Kalau hajat nak berbuka puasa kat sini, dinasihatkan untuk booking awal. Takut nanti penuh pula. Ada pelbagai menu yang disediakan tapi yang pastinya favorite saya adalah.... (sila tengok gambar kat bawah ^^). Nyum!

Lepas ni rasa macam nak masak ayam panggang berkuah BBQ la. Oh ya. Nak tengok apa yang best kat Kenny Rogers? Sila klik sini untuk terus masuk ke laman web mereka..








Mr. Rogers









-
-
-
-
-
-


Oleh kerana hari tu adalah my treat.... jadi saya treat Hafiz dengan Baskin Robbins sekali. Nah! Habis hutang okay! (Dah lama janji nak bawa makan kat BR)

Belated Birthday yang Sangat Belated.... -_-

Tak tau la tapi asal birthday sesiapa.... mesti saya lambat bagi hadiah. Kali ni lagi la lambat. Dekat sebulan lebih baru saya dapat bagi hadiah. Sorry.... :-(

Walaupun hadiah agak biasa saja.... (thank you to Syahrul sebab sudi temankan beli hadiah dan tolong pilihkan mana satu paling best) tapi tak apa. Mesti nak bagi juga untuk dia!

Jadi.... Happy Belated Birthday to you. Jangan nakal-nakal! :-)


Berbuka Puasa di Homes, 1Borneo

Memang tempat makan favorite saya adalah kat Homes, 1Borneo. Tak tau dah berapa kali saya post entry yang ada kaitan ngan Homes. 

Tapi kalau nak tempat makan best untuk berbuka puasa sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak ini.... try makan kat sini. Ada pelbagai menu yang enak untuk dirasa. Saya suka makan kat sini sebab makanan simple dan tak banyak rempah. Lagipun environment juga selesa. 

Menu yang mesti try kalau kat Homes ni adalah Kam Heong Chicken / Udang dan Marmite Chicken Rice.  Kepada peminat sup herba, boleh juga try kat sini. Lagi best.... kalau weekdays ada promotion untuk lunch. Hanya RM6.90++ termasuk makanan dan minuman (iced lemon tea).

Kepada yang tak try makan kat sini lagi, jom la singgah. Terletak kat tingkat paling bawah 1Borneo, berhadapan dengan Pancake House. (Lot C-608, Lower Ground, 1Borneo Hypermall)




P/S - Saya memang suka bawa kawan-kawan saya makan kat sini..

Selasa, 23 Julai 2013

Thank You for This Awesome....!

Sekali lagi.... thank you berjaya buat saya terkejut dengan bunga ni.

Memang tak expect apa-apa langsung tau. Sebab kata minta teman pergi beli minyak kereta. Jadi saya pun okay saja, kebetulan tak berapa busy sangat hari ni. Jadi cerita punya cerita di dalam kereta..... saya hairan juga kenapa dia kata saya akan call dia bila dah sampai office nanti. 

Sampai saja kat office (naik tangga lagi tu), security kat kaunter panggil saya. Dia kata ada orang bagi bunga cantik ni kepada big boss.... then nak minta saya tolong simpankan ke dalam bilik. Sekali saya tengok la kad kat bunga tu.... Eh apasal nama saya. Memang masa tu tak fikir apa dah... siapa lagi yang nak bagi bunga kat saya ni.... kalau bukan....

By the way... thank you so much!!



Green Tea Scent Spray - Fresh and Yummy!

Thank you kerana hadiahkan perfume ni kepada saya. Import from UK.

Scent memang fresh. Oleh kerana saya sangat gilakan green tea, jadi ni adalah one of the best perfumes yang saya pernah ada selain Britney Spears punya perfume. Saya dah bagi try kat rakan-rakan sepejabat tadi. Ada yang kata after hidu bau... terus rasa segar. Kalau dah sembur lama-lama pun, makin best pula bau wangi perfume ni.

Thank you so much! ^^ Ngeeeee..........

Isnin, 22 Julai 2013

Bagaimana Menjadi Seorang Rakan Sekerja yang Baik

Berikut adalah tips untuk menjadi rakan kerja yang baik dan disenangi ramai:

  1. Sentiasa menghulurkan bantuan apabila rakan sekerja yang lain memerlukan. Nak lagi extra? Jadi seorang yang proaktif
  2. Sentiasa mengukir senyuman dan melayan rakan kerja dengan baik.
  3. Jangan mengumpat sesama sendiri
  4. Sentiasa bertanya khabar, ziarah-menziarahi (kalau lain-lain department). Leh try calling-calling
  5. Ajak pergi sarapan atau makan tengahari sama-sama
  6. Support to each other. (Kalau ada task diberikan, sama-sama uruskan. Tak rugi kan? ^^)
  7. Kalau nak suasana lagi best... sambil-sambil buat kerja tu sambil la juga cerita sikit. Baru la nampak ceria office tu. Ada juga hiburan di siang hari
  8. Kalau rasa-rasa dah menyakitkan hati rakan sekerja, cepat-cepat minta maaf. 
  9. Hormat-menghormati antara satu dengan yang lain tak kira boss atau bukan boss
  10. Kalau boleh, jagalah perasaan sesama sendiri. :-)
  11. Bawa kuih muih atau apa-apa makanan... dah tu kongsi sama ngan yang lain.

Khamis, 18 Julai 2013

Majlis Istiadat Pentauliahan PALAPES Diraja Ke-32 : My Perspective

Berikut adalah gambar-gamabr yang sempat saya amik masa majlis pentauliahan PALAPES Diraja yang disempurnakan oleh Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim pada 6 Julai 2013.








Buffet Ramadhan di Promenade Hotel, Kota Kinabalu

Bulan Ramadhan Al-Mubarak, di mana kita berpuasa selama sebulan serta memperbanyakkan amal ibadah. 

Tapi kepada peminat tegar makanan, ada satu tempat berbuka puasa yang best kalau kat area Kota Kinabalu ni. (sungkai kalau orang Sabah bilang). Nak makanan yang pelbagai, cuba pergi ke Promenade Hotel Kota Kinabalu (RM108). Juadah sebegini adalah khas untuk bulan Ramadhan sahaja.

Ada macam-macam jenis makanan yang disediakan seperti grill lamb, gado-gado, masakan Melayu, seafood, kuih-muih, ABC dan ais-krim. Nak mengetahui lebih lanjut mengenai Hotel Promenade Kota Kinabalu, sila klik ini.

Sebenarnya berbuka puasa tak perlu makan banyak dan disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Amalan membazir seperti membeli makanan yang banyak di bazaar Ramadhan bukanlah suatu amalan yang betul. Tips saya menjimatkan duit di bulan Ramadhan adalah..... balik rumah makan nasi terus. Tak perlu singgah pergi bazaar. Kalau rasa-rasa nak singgah juga, saya hanya akan beli kuih limit dalam RM2 hingga ke RM3 sahaja. Di samping tu, boleh juga diet. Kalau ikutkan cara saya adalah, makanan masa berbuka tu adalah makan malam juga. Then masa sahur saya tak makan nasi. Just makan kurma dan minum air. Tapi kalau nak makan nasi juga, just makan dalam kadar yang sikit. (Tapi puasa tahun ni berbeza sikit sebab kurang jimat dan kurang diet. Haha :b)

Sebenarnya masa ni kebetulan ada majlis berbuka puasa dan venue adalah kat Promenade. Tu yang dapat makan best tu ^^ Tak apa la. Sekali sekala...




Isnin, 15 Julai 2013

Happy Birthday Lily

Walaupun agak lewat untuk saya upload gambar-gambar ini.... saya masih ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir (2 July 2013) kepada my staff, Lily.

Tak apa la sambutan sederhana, janji enjoy ek? Masa sambut birthday Lily, memang tak tau nak makan kat mana. Kat Sushi King la apa la.... last-last makan kat Homes juga la sebab teringin nak makan nasi waktu tu. 

Apa-apa pun semoga Lily bertambah seri, dimurahkan rezeki dan mendapat rahmat oleh Allah s.w.t :-)

Amin ya rabbal alamin....



Khamis, 11 Julai 2013

Brooklyn Restaurant, 1Borneo - Untuk yang Gila Western Food

Kepada sesiapa yang gilakan makanan Barat - pasa, burger, hotdogs, etc... try la singgah kat Brooklyn Restaurant di 1Borneo Hypermall. Untuk maklumat lanjut boleh layari page Brooklyn Restaurant di Facebook.

Masa tu.... kebetulan saya baru lepas ke dentist (cabut gigi..... -_-), jadi memang tak boleh makan makanan yang keras. Tapi perut sangat lapar. Last-last makan kat Brooklyn. Tempat dia agak selesa dan makanan pun semua nampak sedap. 

Jadi saya decide untuk pesan spageti dan clam chowder soup. Memang best! ^^

Sebenarnya ada banyak lagi pilihan makanan dan minuman kat restoran ni. Kalau tak pasti kedudukan restoran, ianya terletak di G838 Ground Floor 1Borneo (Sebaris ngan Secret Recipe tapi kat hujung sikit lagi).

Jom makan ramai-ramai kat sini ^^
 Napolitana Marinara - RM21+



P/S - Restoran ni dah tak ada lagi. Sedih T_T