Sabtu, 8 Jun 2013

Zaman Belajar Dahulu (Bachelor Degree)....

Teringat balik masa zaman belajar dulu kat Puncak Perdana. Banyak kenangan yang still tersimpan dalam otak ni. 0_o (Saya cerita pasal zaman Bachelor Degree)

Dengan semangatnya saya adalah seorang bekas pelajar IS222 Bachelor Degree Information Studies (Hons) Pengurusan Rekod - (Major), narrow bahagian Medical Records.... amik Minor subjek Resource Centre Management. ^^ tahun 2008-2010.

Okay la. Saya ada tiga orang kawan rapat yang memang selalu jalan sama-sama pergi kelas la. Zetty, Zira dan Lea. Mereka adalah roomate saya ^^. Teman sperjuangan saya!

Kelas paling awal adalah pada jam 9 pagi. Kelas malam pun ada juga tapi tak setiap hari la. Tapi tak risau sangat pasal kenderaan sebab kampus kami adalah kampus satelit kat Puncak Perdana. Jadi kelas dekat ngan hostel. Banding ngan kampus Shah Alam, perlu naik bas lagi ek. Ingat lagi.... kalau kat kelas ada take five. Lepas tu turun pergi membeli kat gerai di tingkat bawah. Beli pisang goreng atau roti, minum air tebu atau air kelapa. Then naik balik masuk kelas. (Sekarang pun macam tu juga. Pas habis kerja mesti take five turun membeli makanan ringan kejap). 

Kalau dalam kelas, saya suka amik gambar. Koleksi gambar masa kat UiTM dulu masih saya simpan lagi baik-baik dalam laptop saya ni, sama ada zaman Diploma ataupun Bachelor Degree. Pas tu suka makan-makan snek. (Sekarang pun gitu juga. Ada snek kat dalam laci. Hehe) Tapi lecturers semua cool dan supporting. Masa belajar serius juga la tapi kadang-kadang mata tu tahan ngantuk juga. Kalau ngantuk betul mesti blah pergi tandas kejap. Gula-gula atau chewing gum mesti ada kat dalam beg. Tu wajib bawa. Memang saya gila makan ek.
 Spicy Sizzling Lala - Garden Cafe

Menu di Noodle Station

Lepas kelas selalu nak pergi jalan-jalan. Naik bas Rapid... turun kat bandaraya Shah Alam. Pusing-pusing dari PKNS.... SACC Mall dan Plaza Alam Sentral. Memang tiga tempat tu jadi tumpuan. Tempat makan favorite adalah Noodle Station. Kalau tak... mesti makan kat Garden Cafe selain KFC. Then mesti pergi singgah membeli buah-buahan. Saya memang species suka jalan-jalan tapi tak suka shopping sakan. Suka window shopping saja.  


Program Pengurusan Rekod ni tak semestinya duduk dalam kelas dan belajar pasal rekod saja. Tapi ada juga subjek lain. Saya juga belajar buat sistem, buat research dan belajar bahasa (Saya amik bahasa Perancis). Yang kat atas tu contoh sistem untuk kedai kek dan kedai donut. 


 Design yang sangat fancy daripada saya. Haha ^^ Ni adalah projek berkumpulan (2 orang - saya dan Zetty). 


Ni projek berlakon dalam bahasa Perancis. Haha. Bila tengok balik video ni.... tergelak juga sebab macam lawak pula cara saya action dalam tu. Ahahaha! XD Tak hafal skrip. Tapi subejek ni tetap dapat A juga. Yeah! Dah la tajuk La Vigne (anggur). Lucu betul. Sebenarnya jalan cerita dia ni.... kami nak pergi tengok wayang. Tapi tak tau nak pilih wayang mana satu. Last-last pilih filem La Vigne. Apa punya jalan cerita la. Tapi kami berlakon ni berdasarkan apa yang kami dah belajar dalam kelas.

Ni adalah subjek minor... Resource Centre Management. Projek berkumpulan (2 orang). Projek ini adalah untuk budak-budak sekolah.... jadi design kena nampak kartun sikit. Yang ni kami guna HTML. Nampak simple tapi masa buat tu pening juga sebenarnya.


Ni projek lain untuk subjek Resource Centre Management



Lain-lain subjek lebih kepada cara-cara nak preserve records, nak buat pelupusan rekod dan lain-lain lagi la.

Arkib Negara Malaysia tu memang tempat tumpuan budak-budak rekod cari maklumat. Di sana la saya dapat tengok macam-macam rekod lama dalam pelbagai bentuk. Paling best bila dapat tengok newspaper yang dah lama (saya baca news tahun 60-an). Kami juga buat research di beberapa tempat dan antaranya Hospital SALAM dan RTM. 

Antara kenangan yang saya ingat masa saya belajar dulu.... gigi saya sakit. Dah la masa tu bulan exam. Tiba-tiba bangun pagi ngadu ngan kawan gigi sakit. Terus blah naik kereta sewa cari dental clinic. Haha. Tapi kat sana cabut gigi mahal sikit la. RM90 rasanya. Cabut gigi tak la lama sangat. Banding tampal gigi agak lama la... . . . . .

Banyak lagi kenangan masa zaman belajar dulu. Tapi kalau nak cerita dalam ni mesti panjang. In Shaa Allah saya akan cerita lagi next time. ^^

Tengok-tengok dulu la gambar kenangan masa belajar dulu.... (Saya memang gila amik gambar dan banyak gambar yang saya simpan untuk kenangan. Tak semestinya gambar saya dan kawan-kawan... tapi gambar yang ntah apa-apa pun saya amik juga. Haha XD)

Ni masa tinggal kat rumah sewa. Makan tengahari masak sendiri. Memang best!

Masa sambut birthday Lia. Tapi kek dah hancur. Adohai

Masa buka puasa kat Pizza Hut Shah Alam

Ni la ni.... masa kelas pun sempat amik gambar. Tu sticker lekat kat kuku.


Masa buat research kat Perdana Leadership Foundation


Port makan untuk students Puncak Perdana. "Kandang"

View dari hostel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!