Ahad, 2 Jun 2013

Tubeless Tire Repair Kit : Baiki Tayar Pancit Dengan Mudah

Paling tak best kalau tengok tayar then ada paku melekat la pula....

Tapi tak apa. Ada cara mudah untuk baiki keadaan ini tanpa perlu pergi ke kedai.
AMARAN! Untuk tayar tubeless saja okay!

1. Anda perlukan Tubeless Tire Repair Kit. Beli kat supermarket pun ada. Tak mahal. Paling-paling dalam RM5.90 ke atas tapi tak lebih dari RM10

2. Tengok tayar yang terkena paku tu. 

3. Cabutkan paku

4. Cucuk ngan besi penyucuk untuk besarkan sikit lubang supaya besi pengepit getah dapat dimasukkan kemudian.

5. Then besi pengepit tu kita muatkan ngan getah (yang warna coklat)

6. Masukkan besi pengepit sehingga getah masuk separuh. Jangan lupa letak gam pelincir untuk memudahkan besi dimasukkan
7. Lepas tu macam ni la jadinya.

8. Nak lebih selamat, siram air untuk tengok sama ada kebocoran masih berlaku atau tak. Kalau rasa-rasa ada bubble keluar tu, still ada bocor la tu. 

9. Jangan lupa ke stesen minyak berhampiran untuk pam tayar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!