Sabtu, 1 Jun 2013

Lawatan ke UM dan UKM

Masa 13 Mei 2013.... Jabatan Canselori ada buat lawatan ke Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Lawatan ni bertujuan untuk melihat sistem pentadbiran universiti dan memberi pengalaman kepada para kakitangan untuk bertukar-tukar idea. Lawatan kkmi adalah Group Pertama dan jumlah rombongan seramai 24 orang. (Group, Kedua buat lawatan ke Utara iaitu ke USM, UUM dan UNiMAP).

Ni 1st time saya ikut airlines baru iaitu Marlindo Air. Biasanya ikut MAS. Walaupun tak dapat guna enrich card.... Tapi service airlines tu kira bagus juga la. Siap boleh jawab soalan lagi (sempena Mother's Day... Siapa dapat jawab dapat duduk kat Business Class).

Sepanjang tempoh lawatan memang banyak input menarik yang saya perolehi. Pegawai dan kakitangan serta students melayan kami dengan baik sekali. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudi menerima kami dan memberikan maklumat yang cukup padat. Masa lawatan tu sempat juga kami dibawa melawat muzium masing-masing, taman orkid (UM) dan lain-lain lagi la.

Lain kali kalau pihak UM dan UKM ingin melawat UMS, anda amat dialu-alukan.

Terima kasih yang tak terhingga!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!